LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 22, 2010

CONTEST - “PENGALAMAN MENYUSUKAN ANAK ANDA”






Contest kali ni nak bercerita tentang pengalaman menyusukan Rayyan Adam yang dah makin debab ni. Ibu-ibu bapak-bapak yang mana nak join contest ni boleh la jengah blog SweetDream-SweetFamily






Nama Baby : Rayyan Adam Bin Badrulhisam
Umur : 6 Bulan
Nama Mama : Asfaliza
Tempoh Menyusu : 6 Bulan


Saat pertama Rayyan Adam menjamah susu ni ketika masih dalam labor room lagi. Setelah saya dan Rayyan Adam dibersihkan, nurse mula cuba mengeluarkan susu dari badan ini. Alhamdulilah. Yang keluar adalah cecair kuning yang masih pekat lagi. Macam creamer. Rayyan Adam seorang bayi yang bijak. Rayyan Adam tidak tunggu lama untuk pandai menghisap. Setelah Rayyan Adam kenyang ketika di labor room, kami dibawa masuk ke dalam wad pula.



Bila masuk ke wad, sekali lagi saya menyusukan Rayyan Adam walaupun saya tiada pengalaman. Tiba waktu melawat, Kak Ana datang tanya dah bagi susu ke belum kat Rayyan Adam. Saya kata sudah. Then, Kak Ana tanya bila. Saya kata lah pagi tadi. Tak pasal-pasal saya kena marah sebab waktu dah tengah hari. Saya cuma bagi pagi je. Kak Ana kata, kalau baby tak nangis, bagi je. Jangan dibiar. Masa tu saya ingat kalau baby nangis baru lah bagi. Rayyan Adam pulak budak yang kuat tidur. Dia tak menangis lapar pun masa dalam wad.



Sepanjang pantang pulak, Rayyan Adam memang lah kuat menyusu. Bila nangis ubatnya hanya susu dari saya. Kenyang dia tidur. Lapar melalak macam kena cubit. Alhamdulilah susu saya memang banyak. Malah saya boleh membekalkan susu yang kuning tu sehingga 2 minggu lebih selepas bersalin.



Bila orang lain dukung Rayyan Adam, pasti orang tu akan kata, pandai dia ni cari susu mak dia. Mana taknya. Rayyan Adam dengan automatik akan membelokkan mukanya ke arah dada seseorang seperti mencari susu mama dia. Kadang-kadang mana yang anak dara dukung, mula malu dengan reaksi Rayyan Adam. Ayahnya pulak suka cakap, ayah mana ada tetek. Mama je yang ada. Huh!



Bila saya mula naik kerja, saya sangat sedih mahu memberi Rayyan Adam susu formula. Rayyan Adam saya berikan susu Anmum Infacare. Sekarang dah langkah 2 pun. Now, Rayyan Adam dah masuk 7 bulan. Rayyan Adam masih lagi menikmati susu dari mama. Mama akan secuba mungkin bagi yang terbaik untuk anak mama ni. Hmmm satu lagi, ayah Rayyan Adam selalu jugak cakap, ni ayah bagi pinjam je tau. Dah besar Rayyan Adam cari sendiri eh Rayyan Adam punya. Ceh!!!

6 comments:

Izan Ishak said...

hi asfaliza... good luck ye!
**hmmm..ayat terakhir yg tak boleh tahan tuh...dah besar kena cari rayyan adam punya sendiri...

Nazz@Purple said...

hehe best nye ade baby kan..bila nazz nak kawin nie..adoi...Gd luck dlm contest nie eh...

->xyah edit pun tak pe..buatla cerita yg menarik..finalis dinilai dari gambar dan cerita..pemenang ada 3 orang dipilih dari finalis yg dpt undian terbanyak...=)..

~aSFaLiZa~ said...

Izan Ishak : hehhehe...tu lah ayah dia yg selalu sebut


Nazz@Purple : nti nak join contest nazz pulak

zteesyahmi said...

haha. ape la papa adam ni... tk cabar2!

huhu.. so awak kire cmpur susu la yer?

~aSFaLiZa~ said...

zteesyahmi : ayah dia mmg mcm tu. jeles. haah campur. dua2 pun dia nak.

emma said...

Hai asfaliza..

Tq for join...

Good Luck