HP hilang. Pergi rumah sepupu kahwin semalam. Sebelah rumah mak je pun. Kira-kira malas lah nak bawa apa-apa. Handbag pun tak bawa. Sehelai sepinggang bawa HP dan susu Rayyan Adam sebotol je. Beg Rayyan Adam pun malas nak bawa. Ye lah. Kan sebelah rumah je. Tak payah la bawa bekal kan.
Silapnya saya khayal. Kyahal terlupa saya punya HP tak de tempat simpanan. Maka dengan itu pun saya terlupa segala-galanya. Anggapan saya HP tu macam dah letak kat handbag adik saya. So, bertambah-tambah lah khayalannya. Sampai lah kami semua balik rumah mak. Tidur sampai nyenyak. Bangun tidur lapar. Makan.
Then baru tersedar di manakah HP tersebut. Semasa tersedar adik dan kakak dan makcik semuanya dah dalam perjalanan balik rumah masing-masing. Saya pun memaksa mereka berhenti untuk mengecam di manakah HP tu kot-kot kalau ada terdengar bunyi dalam beg masing-masing. Beg nasi minyak pun saya suruh cek. Tiada.
Pergi semula rumah sebelah. Cari. Pun tiada. Mula-mula saya cool. Kalau hilang tak pe lah. Aku beli lain. Tapi tiba-tiba emosi. Teringat dalam HP tu terlalu banyak gambar Rayyan Adam semasa lahir. Ya. Hampir menangis mengingatkan itu. Kenangan yang sensitif berada di situ. Gambar-gambar semasa membawa perut juga ada.
Suami mengcoolkan keadaan. Pujuk. Positif kan tenaga yang dah negatif. Saya cuba memujuk diri. Okey. Malas nak fikir. Lagi fikir lagi sakit hati. Call maxis suruh block nombor tu. Dengan bangganya suami bagi duit suruh beli HP lain yang murah-murah. Begini nadanya, ambil la duit ni sayang beli HP lain yang murah-murah je sementara waktu ni. Abang belanja. Thanks abang.
Apa yang saya harapkan saya harap-harap jumpa lah balik HP tu sebab naluri saya kata HP tu bukan kena curi. Cuma saya yang salah letak dan seingat saya, saya silent. Sebab tu bila kita call tiada ring tone. Tapi caller ring tone nya ada. Hope so...
4 comments:
hahahaha...
beb, ape lagik sambra r hp yang kamera 5.0 and above...hahaha
xpon ko beli je hp ngn afif, kan dia tgh promote kt blog dia...;)
aku baca gak blog dia. tapi laki aku bagi 100 je. hahhaha. dia jual 150+pos. aku nk usha gak hp mcm bujal. mana tahu mampu
nanti gaji beli la baru eh sayang... cian hp hilang. beli yg baru jgn hilang lg dh la.. gantung kat leher
syg tak nak gantung kat leher. nk tgu abg belikan handbeg baru hujung bulan ni. nti hp blh letak kat dlm handbeg baru
Post a Comment