LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 11, 2010

Sabar

Saya kena bersabar atas setiap kejadian yang berlaku. Tapi saya tetap tansion. Pagi ni saya nak pergi kerja kereta tak boleh start. Fikiran dah gelabah. Kereta tak bersalah. Tapi rasa macam nak bagi penampar maut kat kereta. Call suami tanya mengapa. Suami yang mungkin telah mahir bab-bab kereta ni beranggapan beteri kong. Okey, beteri kong. Tapi saya tak tahu jugak macam mana nak selesai kan masalah kereta. Ya, saya akui saya tak tahu langsung pasal kereta. Saya cuma tahu jaga Rayyan Adam sahaja. 


Nada suara dah mula tinggi. Suami cool. Cakap jangan tansion. Cuba minta tolong kawan-kawan lelaki. Okey saya call Awang. Awang pergi Larkin pulak hantar En. Shahrul pergi Singapore. Then, saya call Ise kot-kot dia pandai melakukan aktiviti jumper yang mana suami saya perkatakan tadi. Oh, dia tak tahu nak buat dan mujur jugak jumper tu tak de. Mungkin kalau ada saya jumper dia kot. So, macam mana nak selesai masalah? Ise ambik saya kat rumah dan saya tumpang dia pergi ofis. 


Suami kata, beli je bateri baru then minta tolong diorg pasangkan. Mujur jugak Awang pandai. So, saya harap petang ni after kerja, saya beli beteri dan Awang pasangkan dan saya boleh bernafas lega sebab esok saya nak drive ke Melaka berjumpa keluarga tercinta dan sanak saudara melepaskan rindu dendam.


2 comments:

FAEZA eighteverlens said...

Ish3 byk dah kes mcm nie..
Kalo x nak g iza jer huhu...

Unknown said...

erkkk...ni komen entry mana ni?