LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 11, 2010

Kejam

KEJAM... Mayat bayi perempuan dihurungi semut dijumpai di hadapan Masjid Permatang Duyong, Melaka, semalam. – Utusan/GAIE UCHEL



Emosi saya tersentap pada pagi hari ini apabila membaca berita kejam seorang berhati binatang bersuka suki membiarkan bayinya dihurung semut. Oh sedihnya melihat keadaan ini. Ya, saya sedang menangis sekarang sambil menaip entry ini. Terlalu pilu.


Tiba-tiba saya teringat anak kandung saya, Rayyan Adam. Setiap kali semut mendekati kawasan Rayyan Adam, saya akan seperti orang gila memaki hamun semut tersebut sedangkan saya tahu, semut hanyalah binatang yang tiada akal. Pernah sekumpulan semut cuba menghurung Rayyan Adam pun saya menangis sedih melihat darah daging saya disakiti. Oh!!!


Wahai ibu kepada bayi ini, mengapa meletak kesalahan anda terhadap bayi tidak berdosa ini. Tiada perasaankah anda? Betul...Itu bukan bayi saya. Buat apa saya perlu sedih. Tapi percayalah, naluri saya sebagai seorang ibu wujud. Tidakkah anda berasa naluri itu telah wujud sejak bayi itu dalam kandungan lagi. Mengucaplah. Ingatlah Tuhan. Bayi itu adalah anugerah. Rezeki buat kita sebagai ibu bapa. Subhanallah!!!



Buat bayi yang tidak berdosa ini, memang syurga lah tempat kamu. Berdoalah kamu di sana yang baik-baik untuk ibu bapa kamu semoga mereka segera bertaubat tentang kesalahannya membuang kamu terus dari dunia ini. Alhamdulilah kamu mendapat tempat di syurga sayang.... 


2 comments:

LiAnA said...

silapp tu.. hati ibu ni bukan mcm binatang.. binatang pun sayangkan anak.. ni hati iblis.. langsung takder kasih sayang...

ku tak dapat bayangkan mcm mana sakitnya baby tu kena hurung semut :-(

~aSFaLiZa~ said...

liana: yup. binatang pun ada rasa syg kat ank