LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 19, 2009

Kalau Berani Tengok Lah!!!!




AMARAN KERAS !!!
TONTONAN DI BAWAH ADA UNSUR-UNSUR 18SX & 18SG
KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR DILARANG MENONTON
MEREKA YANG LEMAH SEMANGAT TIDAK DIGALAKKAN MENONTON



video



video

Aug 18, 2009

Keberkatan

Entah kenapa saya terpanggil untuk menulis berkenaan dengan keberkatan. Keberkatan yang saya maksud kan di sini ialah dari segi harta dunia. Pendek kata, harta itu ialah duit lah. Dan duit itu ialah gaji kita. Eh tapi bukan soal duit je kot. Tapi soal perhatian, kasih sayang & bla bla bla. Kenapa yek nak tulis pasal ni. Sebab kejadian sedemikian berlaku di sekeliling saya. Tak tahu nak mulakan dari mana. Kiranya entry ni nak tulis berkaitan dengan perjalanan hidup kita bersama ibu bapa yang selama ini memberi keberkatan kepada hidup kita dari dunia alam rahim hingga lah ke akhirat kelak. Insyaallah





Macam ni... Bila kita fikir-fikir balik, sejak dari kecil sampai lah kita besar (means sampai tahap mana kita belajar) siapa yang sara kita? Takkan lah kita minta sedekah kot. Hmmmm tapi mungkin ada lah yang sampai tahap minta sedekah sebab mak bapak tak mampu tanggung. Tapi takkan lah sampai 1 sen pun tak pernah mak bapak kita ni suap kat mulut kita. Jangan lah sesekali kita dok kata, aku selama ni belajar, belanja, makan minum pakai duit sendiri. Mak bapak aku tak de pun bagi duit kat aku. Eh hello....bohong!!!! Tu saya rasa satu pembohongan yang paling besar yang pernah saya dengar. Jangan sesekali berkata begitu. Minta dijauh kan saya dari berkata begitu. Nauzubillah....Itu pun kadang-kadang ada gak yang dah kerja tapi mak bapak still tanggung lagi. Dah lah engkau tu dah bergaji. Duduk dengan mak bapak free-free tak payah bayar sewa rumah. Makan lak entah-entah tak de nya nak rasa bertanggungjawab nak beli barang dapur. Duit gaji habis kat diri sendiri. Hish ada gak manusia jenis macam ni kat dunia ni.





Entry ni bukan lah nak berkata tentang diri saya ni konon-kononya baik sangat sampai tak pernah sakit kan hati ibu bapa saya. Tapi tiba-tiba saya sakit hati bila adalah segelintir manusia yang macam takde perasaan kat ibu bapa mereka. Contohnya macam ni lah kata-kata manusia tersebut, balik kampung pun bukan boleh buat apa. Bosan je. Cuti lama-lama pun kawan-kawan bukannya ada. OIIIIITTTTT!!!!! Engkau kata kat kampung takde siapa???? Wei mak bapak engkau hidup lagi wahai insan. Balik lah kampung. Telek lah muka diorg puas-puas. Kalau tak nak telek pun, ajak lah pergi mana-mana. Kalau tak mampu nak ajak bercuti, engkau berborak lah apa sahaja topik yang engkau rasa sesuai dengan umur ibu bapa engkau. Gosip-gosip pun tak apa. Update lah sikit kehidupan engkau di rantauan atau pun engkau view sikit kehidupan mak bapak engkau di kampung. Itu pun nak kena ajar ke. Sedar lah wahai insan yang suatu hari nanti engkau juga akan menjadi ibu bapa seperti mereka.





Tu satu perkara...Yang ni lagi satu hal. Soal berkira. Ada lagi jenis manusia yang amat amat amat amat berkira soal duit. Apa lah sangat nilai duit tu jika nak dibandingkan dengan pengorbanan mak kita yang melahirkan (macam yang saya tengah menanggung sekarang ni) dan juga pengorbanan ayah kita mencari rezeki demi menyuapkan sesuap nasi supaya kita tidak menangis kelaparan. Saya rasa kalau lah ada ibu bapa yang berkira soal ni, mesti kita dah jatuh terduduk nak buat pembayaran semula kepada mereka. Ni saya sentiasa mengingatkan diri sendiri sementara mak saya hidup lagi (info: bapa saya telah meninggal dunia 5 tahun lepas) demi mendapat kan keberkatan sepanjang hidup dan doa yang baik-baik dari mak saya, saya akan rasa menyesal kalau saya berkata tidak kepada mak saya. Kadang-kadang tu ada juga yang takut nak bagi ibu bapa mereka duit sebab takut duit habis. Hish! Duit sampai bila pun memang takkan cukup. Ingat lah, even kita ni bergaji RM500 pun takkan lah tak de 10 hengget or 1 hengget nak bagi kat diorg. Mintalah keberkatan sikit melalui pemberian kita tu. Nak tak nak kita kena terima gak lah kot-kot ada gak ibu bapa yang tak bersyukur anak-anak yang dah bagi duit tapi asyik merungut kata anak bagi tak cukup. Itu kita kena lah redha kan..





Kesimpulannya, saya berdoa supaya saya tidak akan pernah menjadi seperti si tanggang yang durhaka, kacang lupakan kulit, laut lupa daratan or lupa dan hilang ingatan terhadap ibu bapa saya. Mungkin manusia yang seperti saya sebutkan dia atas bercita-cita mahu menjadi si tanggang????

Aug 11, 2009

My 1st Anniversary - 08.08.09



08.08.08… Saya sangat teruja pada hari kejadian saya selamat diijabkabul kan dengan jejaka penakluk jantung hati saya. Kini 08.08.09 sudah setahun berlalu. Kami menjalani detik-detik indah sebagai suami isteri dengan penuh ketenangan tanpa ada perasaan ragu-ragu. Untuk sekian kalinya dalam waktu umur menjangkau 25 dan suami 28 kami sangat tidak sabar menanti kehadiran bayi kami yang dijangka lahir pada Oktober 2009 ini. Oh Tuhan, syukur ke hadrat Mu melimpahkan nikmat yang tidak terhingga ini kepada keluarga kami. Sejak tahun 2000 lagi kami diangan kan dengan perasaan indah sebegini dah sekarang Kau makbul kan jua angan-angan kami ketika itu. Walaupun sambutan ulangtahun pertama ini dalam keadaan yang tidak menyihatkan, tapi dengan ingatan dari keluarga dan rakan-rakan cukup mengharukan. Suami melarang saya memasak memandangkan keadaan kesihatan yang tak berapa mengizinkan dan kami berkeputusan makan di Seri Percik sahaja. Itu pun kebanyakan makanan suami yang menghabiskan. Saya? Hanya sekadar makan untuk tambahan tenaga membawa baby.




Sesungguhnya dengan nama Tuhan Yang Maha Esa, saya terlalu menyintai suami saya yang sudi menjadikan saya sebagai permaisuri hidupnya yang mana katanya, hanya saya dan anak yang bakal lahir ini sahajalah nyawanya. Jika tiada kami, maka tiada jua dirinya. Kerana suami saya adalah seorang yang tiada siapa-siapa lagi di dunia ini melainkan adik beradiknya sahaja. Jadi saya juga akan menyerahkan seluruh jiwa raga saya sebagai seorang isteri kepadanya walaupun adakala tercalit jua perasaan kurang enak. Tapi bak kata orang, dah namanya asam garam kehidupan berumah tangga. Rumah tangga siapa yang tidak pernah bergelora. Dengan hadirnya anak kami kelak, saya berharap ianya akan mengukuhkan lagi ikatan cinta kami hingga ke akhir hayat. Amin…

Aug 7, 2009

H1N1

Berikutan dengan tajuk di atas ialah isu semasa yang kian hebat diperkatakan sekarang. Huhuhu... Intro macam nak buat karangan masa sekolah-sekolah dulu. Eh tapi memang betul apa. H1N1 sekarang ni dah semakin mengganas. Tapi kenapa yek saya terajin pulak nak menulis pasal isu semasa yang tak seberapa ni.

Alkisahnya macam ni, dulu-dulu orang kata kalau ramai yang demam, sakit tekak, batuk atau selesema, ha ni dah musim demam. Lebih kurang macam tu lah ayatnya. Sekarang ni pun ramai gak lah yang demam. Tapi musim demam yang bermusim sekarang ni agak lain macam sikit disebabkan virus H1N1 yang mula menular di negara kita yang mana setakat hari ini dah 14 orang jadi mangsa korban virus berkenaan

Yang saya nak cerita sekarang ni, orang di sekeliling saya ramai pulak yang terjangkit dengan simtom-simtom tersebut. Tapi bukan lah bermaksud mereka terkena jangkitan virus tersebut. Cuma... Ye lah. Takut jugak kan. Dalam keadaan sekarang dah macam darurat pulak penyakit ni. Kena berhati-hati, kena pakai topeng, kena kuarantin. Macam-macam lah.

Mula-mula balik kampung minggu lepas anak Kak Ana enam-enam demam. Hish! Tengok memang kasihan. Makan tak lalu. Pastu muntah. Melepek je semua. Yang besar-besar pun tak boleh nak harap sangat tolong buat kerja masa kenduri hari tu. Yang kecik jangan cerita lah. Sikit-sikit nangis. Last-last hari Isnin Kak Ana pergi cek lagi kat klinik, Nurin terpaksa ditahan wad. Tu pun yang kecik sekali. Yang lain-lain Kak Ana tak bagi dah keluar rumah. Lagi pun ikut kan berita-berita dalam akhbar kata, kebanyakan kes yang mati sebab H1N1 ni paling banyak kat hospital Melaka.... Alamak!!!! Nak dijadikan cerita, dalam masa yang sama, anak sedara husband pun dimasukkan kat hospital Melaka sebab excident patah kaki. Satu lagi bala. Kak Ana pun cakap lah kat saya, kalau boleh tak payah lah bersalin kat hospital Melaka, sebab memang binatang ni tengah mengganas sekarang. Habis tu nak bersalin kat mana? Hospital Johor? Dah ada gak 1 kes yang mati. Hospital Batu Pahat? Pun sama gak. Hish tak tahu lah.....

Ha ni satu lagi... Tu dah betullah family kita tengah melayan demam. Ni depan mata pun ramai gak yang demam tak baik-baik ni. Alahai.... Depan mata maknanya officemate. Ye officemate yang memang duduk depan mata saya. Oh Ise... Bila lah nak baik demam awak ni. MC sampai 2 hari. Hish cuak jugak ni. Awang pun sama. Demam tak baik-baik lagi. Ikutkan macam dah lama je diorang ni demam. En. Shahrul sampai kata macam ni, aku takut jangkit dekat As je ni. Habis sekarang macam mana? Rasa-rasanya saya kot yang perlu dikuarantin. Huhuhu...Maknanya tak payah datang kerja. Hahahahha. Ye lahhh... Kan wanita (eh wanita ke? eh tak. gadis la..) mengandung antara yang berisiko mendapat jangkitan tersebut. Hmmmm... tapi saya dalam keadaan serius ni berkata sedemikian rupa. Saya takut apa-apa jadi pada kandungan saya. Macam mana ni....