Macam ni... Bila kita fikir-fikir balik, sejak dari kecil sampai lah kita besar (means sampai tahap mana kita belajar) siapa yang sara kita? Takkan lah kita minta sedekah kot. Hmmmm tapi mungkin ada lah yang sampai tahap minta sedekah sebab mak bapak tak mampu tanggung. Tapi takkan lah sampai 1 sen pun tak pernah mak bapak kita ni suap kat mulut kita. Jangan lah sesekali kita dok kata, aku selama ni belajar, belanja, makan minum pakai duit sendiri. Mak bapak aku tak de pun bagi duit kat aku. Eh hello....bohong!!!! Tu saya rasa satu pembohongan yang paling besar yang pernah saya dengar. Jangan sesekali berkata begitu. Minta dijauh kan saya dari berkata begitu. Nauzubillah....Itu pun kadang-kadang ada gak yang dah kerja tapi mak bapak still tanggung lagi. Dah lah engkau tu dah bergaji. Duduk dengan mak bapak free-free tak payah bayar sewa rumah. Makan lak entah-entah tak de nya nak rasa bertanggungjawab nak beli barang dapur. Duit gaji habis kat diri sendiri. Hish ada gak manusia jenis macam ni kat dunia ni.
Entry ni bukan lah nak berkata tentang diri saya ni konon-kononya baik sangat sampai tak pernah sakit kan hati ibu bapa saya. Tapi tiba-tiba saya sakit hati bila adalah segelintir manusia yang macam takde perasaan kat ibu bapa mereka. Contohnya macam ni lah kata-kata manusia tersebut, balik kampung pun bukan boleh buat apa. Bosan je. Cuti lama-lama pun kawan-kawan bukannya ada. OIIIIITTTTT!!!!! Engkau kata kat kampung takde siapa???? Wei mak bapak engkau hidup lagi wahai insan. Balik lah kampung. Telek lah muka diorg puas-puas. Kalau tak nak telek pun, ajak lah pergi mana-mana. Kalau tak mampu nak ajak bercuti, engkau berborak lah apa sahaja topik yang engkau rasa sesuai dengan umur ibu bapa engkau. Gosip-gosip pun tak apa. Update lah sikit kehidupan engkau di rantauan atau pun engkau view sikit kehidupan mak bapak engkau di kampung. Itu pun nak kena ajar ke. Sedar lah wahai insan yang suatu hari nanti engkau juga akan menjadi ibu bapa seperti mereka.
Tu satu perkara...Yang ni lagi satu hal. Soal berkira. Ada lagi jenis manusia yang amat amat amat amat berkira soal duit. Apa lah sangat nilai duit tu jika nak dibandingkan dengan pengorbanan mak kita yang melahirkan (macam yang saya tengah menanggung sekarang ni) dan juga pengorbanan ayah kita mencari rezeki demi menyuapkan sesuap nasi supaya kita tidak menangis kelaparan. Saya rasa kalau lah ada ibu bapa yang berkira soal ni, mesti kita dah jatuh terduduk nak buat pembayaran semula kepada mereka. Ni saya sentiasa mengingatkan diri sendiri sementara mak saya hidup lagi (info: bapa saya telah meninggal dunia 5 tahun lepas) demi mendapat kan keberkatan sepanjang hidup dan doa yang baik-baik dari mak saya, saya akan rasa menyesal kalau saya berkata tidak kepada mak saya. Kadang-kadang tu ada juga yang takut nak bagi ibu bapa mereka duit sebab takut duit habis. Hish! Duit sampai bila pun memang takkan cukup. Ingat lah, even kita ni bergaji RM500 pun takkan lah tak de 10 hengget or 1 hengget nak bagi kat diorg. Mintalah keberkatan sikit melalui pemberian kita tu. Nak tak nak kita kena terima gak lah kot-kot ada gak ibu bapa yang tak bersyukur anak-anak yang dah bagi duit tapi asyik merungut kata anak bagi tak cukup. Itu kita kena lah redha kan..
Kesimpulannya, saya berdoa supaya saya tidak akan pernah menjadi seperti si tanggang yang durhaka, kacang lupakan kulit, laut lupa daratan or lupa dan hilang ingatan terhadap ibu bapa saya. Mungkin manusia yang seperti saya sebutkan dia atas bercita-cita mahu menjadi si tanggang????
4 comments:
nauzubillah...
mintak jauhkan dari kite bersikap seperti itu...
ameen....
mzhany : akuu harap dia baca entry ni. hish emo lak tiba2!!!
ada perasaan terusik baca entry ni.. kdg2 kita x sedarkan betapa mak ayah kita tu rindu sgt dgn kita. Kita igt dorg kt kg tu ok2 je tp hakikatnya dorg tu sgt la rasa sunyi. Balik kg cerita je apa2... ckp je apa2 pun kdg2 cite psl bkn2 je, tp boleh gelak2 jugak. kenapalah ada org tak fhm bhw ibu bapa tu bukan nak sgt duit kita, tp huluran duit pd mereka tanda syukur mrk dah besarkan kita kenapa la ada yg x fhm. aku pun emo bila smpai bab mak ayah ni.. lg2 lepas tgk video kelahiran td arghhh.. ha kan dh pjg aku komen!
Filah : bab ibu bapa ni hanya org tak de perasaan jek yg tak leh nk baca apa perasaan ibu bapa sebenarnya.
Post a Comment