LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 16, 2009

Saat Kelahiran Rayyan Adam Part 1 (Kejadian di Rumah)



Rayyan Adam dijangka lahir pada 09 Oktober 2009, lebih kurang 2 minggu selepas raya. Tetapi doa saya sentiasa agar dia lahir sewaktu cuti Hari Raya Aidilfitri selama seminggu kerana pada waktu itu suami sentiasa berada di sisi saya. Dengan kuasa Tuhan, doa saya dimakbulkan. Cuma Rayyan Adam dilahirkan bukan pada waktu cuti, tapi pada waktu MC. Hahahaha.....


Pagi 28 September 2009, sepatutnya saya mula kerja selepas seminggu bercuti raya. Suami rasa tak sedap hati menengok kondisi saya waktu itu. Cewah!!! Dengan tak semena-mena suami menasihati saya mengambil MC. Jadi, pada jam 8 tarikh tersebut saya telah bejumpa dgn Doktor Zanawati dan beliau menyerahkan 2 hari MC kepada saya iaitu, 28 & 29 September 2009.


Balik daripada klinik, saya pun menyambung tidur bersama suami kerana pada waktu itu suami bekerja malam. Then, saya bangun semula lebih kurang pukul 1 tgh hari untuk memasak kerana perut dah mula lapar. Semasa buang air kecil saya mula perasan ada setompok darah macam period. Orang kata , itu tanda nak bersalin. Saya sudah mula gabra lantas mengejutkan suami yang sedang tidur. Suami bertanya, sakit ke tak, saya kata tak. Suami pun berkata, kalau tak sakit maknanya bukan tanda lah tu. Hish, ada ke dia cakap macam tu. Dia lelaki, apa dia tahu.


Lepas tu, saya telefon Kak Ana, cakap pasal darah ni. Kak Ana pun cakap tu memang tanda org nak bersalin. Dia kata, kalau tak caya, cuba angkat berat tengok ada lagi tak darah yang keluar. Saya pun mula lah mengemas apa yang patut barang baby untuk bawa balik kampung semasa berpantang nanti. Dalam masa yg sama saya tengok-tengok lagi kot-kot ada lagi darah keluar. Sah!!! Memang ada. Alamak... Macam mana ni. Suami dah bising-bising tak bagi saya gerak banyak sangat. Tapi nak buat mcm mana. Masa-masa mcm ni lah otak berserabut.


Suami mula memainkan peranannya sebagai jiran tetangga dengan memanggil seorang jirannya yang saya panggil Kak Nora untuk tengok-tengokkan darah yang keluar itu. Kak Nora pun mengesahkan darah itu ialah darah tanda bersalin. Tak lama kemudian, datang lah makcik-makcik sebelah yang dah mengetahui bahawa saya sudah ada tanda-tanda bersalin. Saat itu juga lah saya bersedia ke Hospital Jasin dan mula meminta agar mereka semua mendoakan keselamatan saya dan Rayyan Adam ....



No comments: