Semalaman saya tidak dapat tidur dengan lena. Baby sudah semakin membesar. Membataskan pergerakan saya semasa tidur. Sakit belakang pun semakin menjadi-jadi. Terasa bisa bila kesakitan itu datang. Saya akui memang semua perempuan mengandung akan mengahadapinya. Tapi ini pengalaman pertama saya yang membuat saya sentiasa menitiskan air mata. Walaupun berjauhan dengan suami, suami tetap memberikan kata-kata semangat. Nasihatnya, selawat banyak-banyak, zikir dan sabar. Banyak pahala yang diperoleh dengan membawa amanah Tuhan ni. Saya tahu. Cuma mungkin tahap kesabaran saya tidak mampu untuk beringat tentang semua perkara itu dalam keadaan yang amat sakit. Suami juga cakap, kalau tak nak makan ubat, tolong lah minum susu. Mungkin tenaga saya sudah kurang bila kesemuanya sudah menyerap dalam tubuh baby. Saya bukan tak nak makan ubat. Saya dah cuba hingga saya menangis depan ubat tu. Tapi saya memang tak tahan bau ubat tersebut. Dan juga bukan saya tak nak minum susu. Saya memang tak minum susu tepung. Saya akan muntah bila minum. Saya ada susu Anmum tu.
Bukan saya tak usaha. Saya dah lakukan yang terbaik untuk saya dan baby. Suami memujuk, kalau tak nak minum untuk sayang, minum untuk abang. Tolong lah, abang betul-betul minta tolong ni. Kalau nak letak ais pun abang benarkan. Janji sayang minum. Saya tekad, hari ni saya akan paksa diri saya minum dalam apa jua keadaan pun. Saya kasihan juga kat suami yang terlalu kerap mendengar rintihan saya ini. Dan dalam masa yang sama pun, suami tidak sihat hari ini. Maaf abang, sayang tiada di sisi abang sekarang. Abang rehat je lah ye kat rumah. Doktor pun dah bagi mc kan. Makan ubat dan tidur. Sayang tak kacau sementara abang rehat. Get well soon sayang.

4 comments:
As maser kau nak minum susu tue kau bayangkan susu tue adalah air yang pling kau suka...comform kau minum...
fatiha : apa kata aku bayangkan ko fatiha...hahahhaha
huhu.. bersabar lar as melalui 'musim' nih. pregnant mmg best sbb nk sambut baby tp bab ni lar yg x tahan. smpai x cukup tido dibuatnyer bila sakit blakang, kaki cramp, tido ngiring x kena, telentang x kena.. slalu lar wat exercise ibu mengandung yea as ;)
kak nora : nak wat exercise pun sakit gak. huhuhuhu
Post a Comment