LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 3, 2009

Bayiku




Video ni aku terjumpa dalam youtube. Pertama kali menonton sangat tak tertahan air mata ni dari tumpah. Sumpah! Aku sudah mula merasai perasaan seorang ibu. Semakin besar perut ni, semakin dekat aku rasa diriku dan bayi ini. Banyak yang aku lalui bersamanya selama tempoh 26 minggu ini. Waktu ini, tiap detik aku akan teruja setiap pergerakannya yang semakin aktif. Hinggakan suami takut untuk menyaksikan perutku yang bergoyang, berjoget, bergerak dan entah apa lagi yang boleh aku istilahkan. Apa yang boleh aku katakan, aku tak sabar menanti kehadirannya di dunia yang nyata ini. Mencium bayi sendiri aku dapat rasakan yang perasaan itu adalah perasaan yang paling agung yang mungkin akan aku lalui. Terima kasih juga kepada suami yang sabar dengan karenah ku dan bayi sepanjang tempoh kehamilan ini. Walaupun adakala aku memaksa untuk menyentuh perut yang sedang bergerak-gerak tanpa kerelaannya. Hmmm...Ini lah penangan bayiku. Waktu mabuk, waktu pening, waktu loya, waktu letih, waktu sedih...semuanya hanya kerana kamu. Dan perasaan gembira lebih menguasai dari yang lain. Kala ini saat menunggu kelahirannya, sedikit demi sedikit perasaan takut sakit bersalin mula beransur hilang.

6 comments:

Fielah said...

keajaiban Illahi...

Anonymous said...

Boleh taj nak ckp... sgt teruja... emmm nak raser2...x sabar nak raser...

Unknown said...

Filah : keajaiban Ilahi gak filah

Fatiha : ko nk rasa ke fatiha. ko wujudkan la gak kat perut ko tu. mesti lagi teruja nk rasa. hahahha

Rohani Hashim said...

wohoooo,

suke jawapan as utk fateha,
teha ape lagik...wujudkan...

yer perkataan nyer wujudkan...;)

Anonymous said...

Wujudkan yek? mcm maner nak wujudkan muhahaahahaha.....

Unknown said...

fatiha: nak aku ajar kan ke? hmmm minta la sape2 wujudkan. janji kat perut ko. hahahahaha.