LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 14, 2013

Tips Bila Anak Kecil Demam Panas

Rayyan Adam baru je usai dari demam panas yang tinggi. Walaupun dia nampak dah besar. Huhuhu. Kecik je lagi kot. Baru nak masuk 4 tahun. Tu pun dekat nak hujung tahun baru 4 tahun.


So, sepanjang memiliki anak sekecil ni banyak mengajar kami suami isteri tentang perihal kesihatan anak terutama bila diserang demam panas yang tinggi.


Dulu masa umur nya 3 bulan, terpaksa ditahan wad kerana demam panas yang tinggi. Bayangkan, saya dan suami tak tahu pun dia demam. Tahu-tahu masa tu nak cek up bulanan, nurse kata anak saya terlalu panas. Seee?? Memang we all tak tahu.


Lama kelamaan, saya telah tahu apakah yang patut dilakukan jika tanda-tanda kepanasan melanda seorang anak kecil.


Mula-mula mak ayah ni kena la ada thermometer. Benda alah ni ada banyak jual kat farmasi. We all beli lepas je Rayyan Ada keluar hospital masa umur dia 3 bulan tu la. Senang nak cek kalau-kalau badan dia panas semacam je. 


Lepas tu stok ubat kena la ada ye sayang. Ubat demam tu kena la tahu sesuai tak dengan umur baby ye. Kalau bawah setahun yang kena hati-hati. Takut salah umur je ubatnya. Ni Rayyan Adam dah besar senang sikit. Dah boleh makan kotal. So, stand by kotal je la. Tapi!!!! Kalau la anak tuan puan ni adalah susah nak makan ubat. Sila stand by kan ubat bontot. Ubat bontot pun ada jugak kat farmasi. Masa nak beli, kena la bagi tahu kat ahli farmasi, anak umur berapa. Lain umur, lain kondisi ubat nya.


Ok let say ubat-ubatan semua habis. Nak tak nak anak tu tiba-tiba demam tengah malam. Mana nak cari ubat and farmasi yang 24 jam kan. Kalau ada bagus la. Kalau tak de, memang kena pergi klinik. So, cari la kain basahkan. Lap terutama di bahagian kepala and ketiak. Tu memang semua tahu kan. Itu pun kau nak ajar ke Asfaliza. Huhuhu.


Ha yang ni pulak agak tradisional la. Lumur kan badan anak dengan asam jawa. Kalau dapat mandikan lagi bagus. Memang asam jawa ni fungsinya menyejukkan badan. Kalau orang tua yang demam pun boleh dipraktikkan.



Dan yang paling penting pakaian. Tolong pakai kan anak kecil anda dengan pakaian pendek dan tipis. Ini memang saya praktikkan habis-habisan sebab ini memang sering diingatkan doktor. Doktor cakap, kalau dia sejuk, ada ubat nya. Tapi kalau badan dia panas yang terlalu tinggi akan menyebabkan sawan dan tarik.


Selain tu, toleransi suami isteri pun penting. Biasa nya anak kecil yang demam ni akan merengek dan susah nak lena tidur malam. Kejap-kejap bangun nangis. Ada u sampai mengigau nak benda yang bukan-bukan. Macam Rayyan Adam, tengah-tengah malam suruh buka tv nak tengok karton. Layan kan je. Asal kan dia selesa dalam keadaan tu. Dia pun kena tenang jugak. Mak bapak pun jangan gaduh-gaduh merungut tak cukup tidur ke apa ke. Ingat!!! Dulu mak bapak kita pun sama jugak layan kita macam tu kalau kita sakit tengah malam. So, sekarang tiba masa kita pulak.



Ok ok bagi yang dah tahu ok la kan tips ni. Tapi ini memang pengalaman saya dengan kawan-kawan yang baru je dapat anak sulung and tak tahu apa yang perlu dibuat bila anak demam panas terutama bila kena demam panas. Ada tu, akan call saya tengah-tengah pagi pukul 2 pagi. So, saya rasa baik saya share mana yang saya tahu. Sebabnya, saya dulu pernah tidak tahu apa yang patut dilakukan sehinggalah saya dan suami sendiri mengalaminya.      

2 comments:

Wanafzan said...

bila anak demam panas la saat plg tak best.. kesian n susah hati jer. mesti doa byk2 spy cpt2 turun suhu panas tuh kan. btw, thanks for sharing this!

Mummy Sher said...

Terima kasih untuk info ni. Samalah kita. Sayapun tak tau cara dia bila anak demam. Tapi selalunya kalau anak dah mula demam aku dan suami cepat2 pergi klinik. Risau demam anak melarat pula. Bila baca info ni, rasa lega sikit.lepasni bolehlh aku praktikkn pula..:)