LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 3, 2012

3 Years Old @ School


Tanggal 29.09.12 ialah besday si bujang trang tang tang tang ni yang ke 3. We all laki bini decide nak celebrate besday beliau awal sehari. Buat kat taska je. Semua nya saya buat sendiri. DIY orang putih kata.


Kat taska cuma tiup lilin and potong kek saja. Saya cuma bawak seketul kek dan 35 pcs goodies beg. Saya bawak lebih sebab nak bagi teacher jugak goodies beg tu. Makanan lain tak bawak pun.


Sebab!!! Budak-budak umur 3 tahun ke bawah dah siap sedia makan makanan kat taska. Kita ada anak kecik kita tahu la. Takut budak-budak terlebih makan. Kang ada yang sakit perut ke apa ke. Muntah ke kan. Ha sebab tu la saya tak bawak makanan lain.


Air pun bagi air masak je. Kek tu dah manis dan berkrim. So potong kek hanya nak buat suka-suka je.


Saat ini mood Rayyan Adam sangat tidak baik. Mentang-mentang mak bapak dia ada kat skul, dia cukup takut teacher dia amik dia and kena tinggal. Eh memang tak de mood langsung tau. Spoil!!!


Suruh tiup lilin tak nak. Suruh potong kek tak nak. Kawan-kawan dia yang over tiup lilin tu. Tak de dia peduli nak tiup-tiup bagai ni. Huh!!!


 
Nampak…. Ni la dia. Kepit kaki bapak dia. Huh!!!


Kawan-kawan dia yang exited tau. Tu diorg tak sabar nak tiup lilin tu




Masih tak de mood…. Geram wei tengok masa ni



Tengok la ha. Muka tak boleh belah. Berkerat kerut muka nak potong kek tu. Selama ni aku baca belog anak orang lain sentap masa potong kek. Rupanya anak aku pun sama sentap jugak time potong kek!!!



Boys and girls line up. Budak-budak dah beratur nak tunggu teacher bagi kek. Makan ajo budak-budak ni. Huhuhu. Pandai masing-masing beratur.








Siap bagi budak-budak kek, teachers pulak nak amik gambo dengan besday boy. Teachers pun nak hapdate fb katanya. Huhuhu




Teacher Liza



 Teacher Sara kot namanya. Huhu. Tak ingat lor



 Ni pun aku tak ingat nama ke benda teacher ni



3 orang teachers ni je yang biasa mengasuh budak umur 3 tahun. Yang baby ada lain pulak kot kat dalam bilik. Baby tak campur masa celebrate ni. Tengah golek-golek tidur dalam bilik



 Makan dia nak ler… Pasal mak dia yang suap.



So begitulah alkisah nya sambutan harijadi ketiga Rayyan Adam di sekolah nya..

1 comment:

Nens Collection said...

hehe..ammar pon sama jgak..dh la x puas tdo..ibu die xcited melawa nk amek gambar..keke..pastu budak2 plak duk nangis2 sbb nk kan gambar kt kek boboiboy die..haha..kecoh2!..