LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 26, 2012

Tips Pikat Suami Dengan Air Tangan Isteri

Suami saya dah komplen sejak saya duduk Melaka, perut dia dah buncit gila!!!

Dulu perut dia tak macam ni.  Dia tak tahu apa punca. Huhuhuu!!!

Bini dok jauh salah. Bini depan mata salah!!! 

Tapi tak kisah la kan... Buncit buncit pun pasal bini nya ni cukup kasik makan. Laki pergi kerja, kita kat rumah pandai-pandai lah nak godek-godek dapur. 

Dulu masa kerja kat KL pun saya rajin jugak masak. Tapi sekarang kena lah lagi rajinnnn.... Takut kena riject kalau malas-malas masuk dapur.

Cuma kadang-kadang tu time saya malas ada jugak lah masa nya kita makan luar. Atau pun malas tu cuma sikit, saya masak je magie kot. Tapi magie ni saya rasa sebulan tak sekali kot. 


Dan saja lah nak sharing is caring buat semua. Ala benda basic je pun. Mak mak kita pun ajar benda yang sama. Sebab tu dulu arwah abah akan jadi pelik kalau tetiba makan benda tak sedap. Rupanya memang bukan air tangan bini dia (mak aku lew tew). Dan suami saya pun dah jadi macam tu sekarang ni. Kalau pergi rumah sesiapa, makan tak kena tekak dia, baru masuk kereta dah sok sak sok sek, tak sedap la... Huhuhuu


Saya pun bukan pandai masak sangat kot. Tapi suami kata tak pe. Janji sedap and boleh makan. Practice makes perfecto!!!



9 tips agar anda boleh terus mengikat tali perkahwinan anda dengan penuh bahagia melalui masakan ‘air tangan’ anda. 


1. Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.   

2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.
 
3. Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran.
 
4. Pada hujung minggu, anda boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.
 
5. Jika anda penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
 
6. Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang anda.
 
7. Jangan biarkan dapur anda langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami anda.
 
8. Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. Anda boleh pujuk minta bantuan dari suami anda untuk sama-sama membantu.
 
9. Dalam sehari, sesibuk mana anda pun, anda wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami anda.
 
Semoga tips-tips ini dapat membantu anda untuk terus ‘tambat’ perut suami anda dengan air tangan anda.
 



Malas nak cakap banyak la!!! Huhuhu. Lu pikir la sendiri!!!! 3 beranak beli bawang sampai seguni. Bukan nak buat kenduri pun. Nak seribu daya.... Harga bawang seguni bukannya mahal pun. Janji kat dapur dah ada bahan asas. Masak telur goreng kicap potong bawang pun ok what. Ingattt.. Jangan banyak sangat alasan nak masuk dapur ni (peringatan ni lebih kepada mengingatkan diri sendiri)

4 comments:

Jaa said...

adeh, br igt nk bg alasan no 1..hehe

Sherwieyna Muzzawer said...

info yang sangat bagus..tq

doll said...

heibat! (bawang tu)

nurul baharuddin said...

dah lama gila i xmasak...malas...haha kat kedai macam2 mknan ada hehe...

Jiran belakang rumah :)