LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 28, 2012

Nama Penuh

Ok macam ni. Entry ni saja je lah untuk simpanan diri sendiri.


Maksud saya dengan tajuk nama penuh ialah panggilan untuk nama seseorang tidak salah rasanya kita panggil nama nya dengan nama penuh yang ada dalam IC kan?


Biasanya parents akan bagi nama yang ada makna baik-baik untuk anak-anak mereka. Ada tu berjela-jela panjang nya. Sedap-sedap pulak tu. Sayangnya nama yang dipanggil untuk panggilan seharian tidak mendatangkan makna yang sebenar.


Contohnya, macam saya lah. Nama penuh simpel. Asfaliza. Ada orang panggil Asfa. Ada orang panggil As. Dan ada orang panggil Liza. But, yang saya tahu hanya Asfa yang mendatangkan makna yang baik dalam Bahasa Arab. Selain daripada tu memang tak de makna. 


Macam suami saya jugak. Nama pun dah pendek dan simple. Tapi orang hanya panggil Bad sahaja.


Ini hanyalah sekadar apa yang saya sedang praktik kan untuk anak saya sahaja. Terpulanglah pada masing-masing punya cara kan. Macam pada pendapat saya, saya lebih ke arah untuk memanggil Rayyan Adam dengan nama penuhnya. Walaupun kedua-dua nama beliau ada makna tersendiri. Tapi saya suka sebab saya nak kedua-dua nama itu tidak rugi.


Tidak rugi pada saya, maksud nya, kata lah, saya letak Muhammad Rayyan Adam, tapi saya hanya panggil Adam atau lebih pendek Dam. Tak ke rugi dua nama yang lain tu tadi.


Sebab tu kalau ada orang tanya, siapa nama anak? Saya akan jawab Rayyan Adam. Lepas tu orang tu tanya lagi, nak panggil apa ni. Saya jawab Rayyan Adam. Dan orang tu membuat muka pelik.


Ye, sejak Rayyan Adam lahir saya memang akan memanggil nama penuh nya. Kecuali kalau saya malas. Tapi yang kecuali tu boleh dikira kot. 


Cumanya, family members lain memang panggil dia Adam and bila dia kat school, teachers and his friends call him Rayyan. 


Kami suami isteri dah sepakat if Rayyan Adam dapat adik, adiknya akan panggil dia sebagai Abang Long. Itu hanya panggilan dari adik-adiknya je la. Sebagai tanda hormat dan menunjukkan pangkat sahaja. Bukan kah budaya Melayu penuh dengan adat sopan santun menghormati orang yang lebih tua.


Kalau ada rezeki Rayyan Adam dapat adik, saya cuba jugak untuk memberi nama yang mempunyai makna yang baik-baik. Dan kami akan membuat benda yang sama untuk memanggilnya dengan nama penuh supaya salah satu nama tak rugi sebab tidak digunakan. Insyallah...


2 comments:

Sherwieyna Muzzawer said...

Samalah kita. i pun suka panggil nama anak i dengan nama penuh..;D

Nens Collection said...

saya pon panggil anak ngn nama penuh..ammar haziq dikampongkan jd la amar ajiq..senang...hehe