LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 14, 2011

Mak Kena Stroke


Kejadian yang terduga terjadi dalam family kami. Dengan tak de angin, tak de berita, tak de apa yang berlaku, mak tiba-tiba diserang stroke.


Panik? Of course panik. Tiba-tiba je mulut mak senget. Tiba-tiba mak cakap pelat. Tapi mak tak sakit. Mak masih boleh bergerak. Mak masih boleh buat karipap lagi. Mak langsung tak sakit.


Sampai satu tahap saya yang pelik kenapa mulut mak senget and mak cakap pelat.


Bila berlarutan sampai subuh esok nya, saya tanya khabar mak dalam bilik, mak terus nangis. Mak cakap gagap. But masa pagi ni, saya ok ok saja. Saya tak gelabah. Saya tahu mak kena stroke. Saya pujuk mak kejap. Then saya call Kak Ana. Saya call Cik Yah. Saya call sepupu saya yang pernah kena stroke.


Yes, waktu ni saya ok ok saja. Saya setel kan mak pergi hospital. Saya jumpa doktor. Saya masih lagi ok ok. Sebab nya saya tak nak mak bertambah panik bila tengok saya pun turut sedih.


Sehingga la saya bertanya pada diri sendiri. Bila aku nak nangis ni? Kenapa aku tak boleh nangis tengok mak macam ni? Sakit jugak dada nak suruh air mata ni  keluar.


Serius. Adik beradik lain tengok mak semua nangis. Kenapa dengan kolam air mata aku ni.


Tunggu punya tunggu, rupanya saya nangis bila memikirkan mak tak boleh uruskan diri sendiri lagi untuk ketika ini. Ya Allah!!! luluhnya hati bila mengenangkan perkara ni.


Doktor advise suruh beli wheel chair. And for a while, doctor tak kasik mak pergi toilet. So, mak kena buang air kat pampers untuk seketika.


Dan air mata ni bertambah bercucuran bila mengenangkan arwah abah. Ya Allah, rasa nya mahu saja diri ini pergi dekat dengan abah. Saya nak mengadu dengan abah. Saya nak cakap kat abah, mak sakit bah. Mak sakit tak boleh gerak. Abah boleh dengar tak? Abah boleh nampak tak mak terlantar.


Saat ini saya memang nak sangat-sangat mengadu kat abah pasal mak. Nak sangat abah jadi pendengar. Sebab saya tak tahu nak mengadu kat siapa tentang perasaan yang saya tanggung sekarang.


Nak mengadu kat adik beradik? Diorg pun tengah berkonflik sedih memikirkan mak. Semua pun nangis. Semua pun takut mak dah tak kenal dengan anak sendiri. Semua pun terkejut.


Wal hal saya dah pesan. Korang kalau jumpa mak, jangan nangis. Tapi siapa lah kami untuk menidakkan perasaan yang ada ni terhadap ibu kandung sendiri.


Selagi hayat dikandung badan. Selagi boleh berbakti. Selagi boleh mencurahkan kasih sayang. Selagi itu saya akan laksanakan. Jangan sampai mak dah tak de. Menangsi air mata darah sekali pun dah tak guna lagi.



8 comments:

SiTi said...

bergenang air mata ct membacanya...sbb ct pun mcm mna perasaan tu coz mak ct pun tgh sakit skrg

Lynn Abd Latib said...

salam

sedih bila ibu @ ayah kita sakit..inikan arwah ibu mertua sakit terlantar saya sudah menangis berjurai2, inikan pula ibu kandung

smg awak tabah demi ibu awak..smg awak & adik beradik sehati sejiwa memberikan jasa bakti disaat2 ini.

semoga ALLAH mempermudahkan usaha penyembuhan & semoga ALLAH memberikan yang terbaik buat awak & keluarga

selalu muhasabah diri- Allah menduga dibawah kadar kemampuan kita..

subhanallah!!

apek said...

bumimelaka doakan semoga mak ko cepat sembuh seperti sediakala.

Kella said...

sedih.. sebak terasa ='(
sabar ya.. ini dugaan dari Allah untuk kita hambanya..
saya pun masih punya ibu.. terasa sangat.. air mata pun akan tumpah setumpahnya jika berlaku kejadian begini!

tabah ya.. kita doakan semoga ibu cepat baik dan semoga semua urusan dipermudahkan..insyaAllah..

Unknown said...

tq sume sbb mendoa kan mak saya. ALLAH saja dapat membalas jasa kalian.

nurul yusof said...

sedihnya. utk memahami mengenai penyakit macam ni n apa yg perlu dilakukan jmpt ke website sy ye.tq.

http://drnurulyusof.blogspot.com

Anonymous said...

Salam. Ada tak kenal kawan atau saudara mara yang berisiko atau telah mengalami stroke mahupun masalah jantung akibat salur darah tersumbat? Selain rawatan perubatan dan rawatan secara pembedahan yang menelan kos tinggi, saya syorkan rawatan dengan formulasi drpd penemuan Anugerah Nobel oleh Dr. Ferid Murad. Kaedah non-invasif, tiada surgeri diperlukan. Tiada ubat-ubatan yakni tiada kesan sampingan dan tiada masalah kebergantungan. Ketahui lebih lanjut sila sms/whatsapp ke 013 8573416. Atau boleh lawati www.facebook.com/livextra4u

Ayah Najmi said...

dah 14 tahun mak sy meninggal disebabkan stroke yg serang tiba2