LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 3, 2011

Mak Long

Kan dah kata kalau boleh tak nak buat entry rungut-rungut. Hahaha!! Tapi ni maybe bukan merungut kot. Ni macam ala-ala lite-lite merungut je kot. Eh ni memang bukan merungut tau. Cuma nak cerita karenah orang tua. Alahaiiiii...


 
Now Mak Long ada kat rumah saya. Pagi tadi pagi-pagi dah gelabah nak balik Aitam. Subuh dia dah siap mandi minta hantar pergi Melaka Central. Eh? Hahahaha. Ha gelak lah. Melaka Central tu pun bukak pukul 8 kot jual tiket.



Pada hal mak dah tipon Kak Ana suruh datang pagi ni lepas hantar budak sekolah then terus la hantar Mak Long pergi Melaka Central. So senang je kan cerita nya.



Ni tidak. Dia makin rumitkan keadaan. Dia suruh jugak saya hantar. Saya pun kata lah, saya nak pergi kerja ni. Saya tak lalu bus stand. Kalau saya hantar jugak, saya nak patah balik tol dah jauh. Then dengan jem nya.



Lepas tu suruh pulak suami hantar kan. Saya pun cakap kat Mak Long, Bad pun tak lalu bus stand. Tempat kerja dia dekat je ha dengan rumah ni. Memang tak lalu bus stand jugak. Kalau nak patah balik pun memang jem jugak. Nampak tak??? Adeh!!!



Then Mak Long kata, kalau macam tu, kau naikkan Mak Long teksi je la sampai bus stand. Takkan lah kitorg sampai hati nak biar je dia naik teksi sendiri. Ye, saya memang percaya dia naik teksi sendiri. Keluarga mak bab-bab naik teksi or naik bas ekspress or bas berenti-berenti ni teror jek. Macam saya cakap tadi. Takkan lah kitorg sampai hati nak biar je dia sorang-sorang naik teksi sampai Melaka Central. Soalnya bukan tak percaya. Tapi soal tak sampai hati. Ha macam tu lah lebih kurang. 



Saya cakap, Mak Long tidur je dulu. Karang dalam pukul 9 Kak Ana sampai. Nanti dia hantar Mak Long pergi bus stand. Kak Ana lepas hantar budak sekolah dia tak de kerja. Ni kitorg nak pergi kerja ni. Mak Long... Kitorg tak tipu lah. Memang kitorg tak lalu depan bus stand tu. Buat apa lah kitorg nak tipu.



Mak pun cakap. Entah kau ni Ani. Anak aku tak tipu lah. Nanti Ana datang dia hantar lah kau ke bus stand tu. Adeh!!! Lemas tahu tak. Mak pun geram je tadi. Nasib lah mak aku tak macam ni. Ni yang tak suka nak ajak mak-mak sedara datang duduk rumah. Baru kejap duduk dah panas punggung. Tapi dia nak datang jugak.

5 comments:

munna said...

orang tua ..mmg macam tu..kena kita bersungguh terangkan...

~aSFaLiZa~ said...

munna : hehehhe. sabo je la

fazilzura said...

aduyaii.... jenuh jgk kalau gitu ye, kalau hari cuti x pe ler..ni nak kejo keje lg, takut jem ..kang xpsl2 dpt surat cintan dr opis...

tp banyak2kan sabo je ler.. org2 tua mmg gitu kdng2 nye..

Kakzakie said...

Kakak dah masak bab org tua berkunjung rumah anak-anak. Kita memang kena bagitahu dulu sebelum ambil dia kata kita hantar balik bila. Kalau tak 2-3 hari dah sibuk nak balik.....

~aSFaLiZa~ said...

zura : org tua bukan tahu pun surat cintan dari opis. huhuhu

kakzakie: walhal dh remind pun kak. tapi biasa lah. org tua kan. gelabah semacam nk balik rumah dia