Saya mc sejak hari Khamis dan Jumaat. Suami tersayang amik saya di Equine Park memandangkan saya dah tak larat nak layan badan ni. Batuk saya tak baik-baik dah 3 minggu. Alasan utama mungkin sebab saya degil tak makan ubat and taram minum air batu. Ok itu memang salah sendiri.
Actly, doktor suggest pergi cek TB di klinik kesihatan. Saya ni bab-bab suruh mengecek memang tak pandang remeh. Saya pergi jugak walaupun ada doktor yang ingat kalau dia bagi saya mc, saya tak akan pergi cek semula kat klinik kesihatan. Itu doktor yang tak kenal siapa saya yang pandai-pandai nak claim saya macam tu. Ok tak pe. Nanti-nanti lah saya cerita kitorg laki bini jadi samseng. Huhuhuu.
Dengar je TB saya memang takut. Saya tak lengah-lengah lah orang kata pergi klinik kesihatan. Oh ye. Tb ni hanya boleh dicek di klinik kesihatan sahaja ye. Ini sumber yang saya dapat tahu lah dari beberapa orang doktor. Klinik swasta tak de untuk servis ni.
Setibanya saya di klinik kesihatan berkenaan, saya pun nak daftar lah kan. Yang ada di meja pendaftaran seorang misi yang macam dah nak pencen. Pendek kata misi tua la. Tapi nak kata misi macam bukan misi. Sebab tudung dia tak de line yang color-color tu.
Nak dijadikan cerita, masa saya cakap nak cek TB tu, saya terbatuk. Dengan pantas nya misi tua ni cakap, dik lain kali batuk tu tutup mulut. Kat sini ramai orang nak bekerja. Kalau jangkit awak kan susah kita nak bekerja.
Pehhh!!! Sentap ok. Aku ni fikirkan kau dah tua je. Kalau kau muda lagi kau kena dengan aku laki bini. Kau buta ke apa, aku batuk tutup pakai towel kecik. Dah tu kalau kau takut kena jangkit, apasal kau tak pakai face mask je. Dah kau memang keje kat klinik. Takkan yang datang klinik tu semua orang sihat. Kau tu dah tua. Tapi tak sedar-sedar ke kau keje tu untuk siapa. Kau kerja kan untuk masyarakat. Tak berkat la gaji kau kalau kau dok herdik orang sakit.
Ni satu lagi. Masa nak cek saya punya kahak, diorg suruh hantar kahak tu hari Isnin. Saya pun cakap lah. Isnin saya kerja. Tup-tup ada sorang misi tua ni jawab, dik semua orang pun bekerja dik. Datuk Datin yang kerja besar-besar semua datang sini. Tak de masalah pun nak datang. Yang tak kerja pun datang. Kalau awak kerja tak boleh datang tu bukan masalah kita. Tu masalah awak.
Mak aiiii!!! Ni lagi satu tak de insurans. Korang ni kerja tak belajar komunikasi ke. Kau kerja bukan kena cakap baik-baik ke dengan pesakit. Macam ni ke caranya cakap dengan orang. Kalau hidup kau tak berubah anak beranak, memang la patut. Mulut macam bontot ayam. Pulak tu ramai yang menyumpah. Takat kau nak cakap kasar dengan aku tak pe lagi. Ni kalau kau kasar dengan makcik-makcik tua yang tak tahu nak jawab apa. Tak ke kesian.
Ok lah, nanti-nanti saya sambung lagi entry sentap. Tapi bukan boleh nak tulis betul-betul pun. Kang salah tulis ada yang report polis lah. Saman lah. Blog ni ikutkan kita punya blog. Boleh je kalau nak buat luahan perasaan. Ikutkan hati nak je tulis secara terang-terang apa yang berlaku. Tapi nasib baik lah ilmu yang saya ada ni tak tenggelam dek ketidakpuashatian terhadap sesuatu. So, saya akan cuba tulis sebaik mungkin untuk dijadikan kisah benar tapi kita pakai bukan nama sebenar ye.
Now, nak bersiap balik kampung. Lalalalala!!!! Mak exited nak balik kampung. Ceh.
No comments:
Post a Comment