LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 2, 2011

Kalau Dah Jodoh



Orang kata biasa jodoh yang datang pada kita akan bertentangan dengan sikap sebenar kita. Memandangkan jika bertentangan, perkara ini pastinya akan saling melengkapi hidup kita sebagai suami isteri.




Awal nya memang saya kurang percaya. Tapi setelah hampir 3 tahun bersama memang agak ketara jugak lah sikap kami. Dan saya mula percaya yang perkara ini akan melengkapi rumah tangga kami hingga akhir hayat kami. Amin.




Perkara pertama yang paling ketara ialah soal makan. Satu suami tak makan pedas. Tapi saya ni memang lah memerlukan keperluan pedas pada setiap kali makan. So, bagi berlaku adil jika saya masak. Saya akan hanya masak lauk yang biasa-biasa saja untuk kami. Dan bagi memenuhi citarasa saya, saya akan menyediakan sambal belacan sebagai back up. So senang la.




Soal makanan yang kedua, suami tak suka makan makanan semalam. Tapi saya no hal je. Pendek kata, kalau tu adalah lauk semalam yang dipanaskan, dia sanggup suruh saya goreng telur mata je sebagai lauk baru. So, kalau siapa-siapa datang rumah saya, style saya, saya akan masak lauk tu cukup-cukup saja. Bukan kedekut tau. Tapi saya tak menyimpan lauk lebihan sebab suami tak layan. Tapi alhamdulilah, setakat ni orang datang rumah tak pernah tak cukup lauk kot.




Then, soal penjagaan anak. Jujurnya, saya dengan anak agak garang lah jugak. Rayyan Adam memang jenis budak reti bahsa kalau saya marah. Tak payah guna rotan ke apa ke. No need la kan nak pukul budak pakai benda alah tu. Kita bukan hidup zaman mak bapak kita yang ikat anak kat pokok kerengga lagi. Tapi saya hanya panggil Adam!!! Lepas tu besar kan bijik mata kat dia. Terus dia diam tanda bersalah. Ye sangat takjub jugak melihat keadaan ini. Rayyan Adam sangat tahu mama dia akan marah kalau dia tak dengar cakap. Dia tak de la ngamuk-ngamuk nak jugak buat benda yang kita larang tu. Alhamdulilah.




Tapi tang bapak nya.... Harus lah kan. Bila mama dah marah. Dia akan panggil anak dia. Pujuk. Then, kata kita bap mama. Mama marah anak ayah eh. Sian anak ayah mama marah. Perrrrgghhh!!! Suami memang pujuk anak dia kaw kawa la kalau saya marah. Nampak kan kontra nya macam mana. So, saya masih anggap lagi perkara ini akan melengkapi hidup kami sekeluarga. Amin.




Di kala perkara-perkara tersebut adalah kontra bagi kami, masih ada lagi perkara yang sama antara kami. Contohnya, soal tidur. Kami 3 beranak memang ketara tak boleh tidur di tempat terang. Kalau gelap segelap nya pun boleh. Kak Ana sampai pelik Rayyan Adam boleh tidur di tempat yang gelap gelita. Siap tanya, anak kau tak lemas ke tidur gelap-gelap. Alhamdulilah jugak tak. Bagus dia ikut perangai mak bapaknya.




Lepas tu kalau tidur kami 3 beranak ni pun jangan harap lah nak tidur tempat yang bising-bising. Contoh kalau tidur kat ruang tamu. Huh!! Jangan harap lah kan. Kecuali kalau kau memang dah penat gila dah tak mampu nak tanggung anak mata ni. Setakat nak tidur untuk saja-saja tu minta ampun lah. Memang tak menajdi. Telinga kami tipis ye puan-puan




Ni lah orang kata kalau dah jodoh. Moga segala yang Tuhan sudah tentukan untuk kami ini akan dipermudahkan jalannya sepanjang hayat kami hidup bersama ini. Dan semoga kami bahagia sekeluarga hingga akhir hayat kami. Amin

2 comments:

kella said...

begitulah...kalau dah jodoh.. tak kemana perginya..
sejauh mana lari.. kan ketemu juga...
kadangkala kita fikir apa yang kita idamkan tak dapat, tapi apa yang kita taknak dapat pula..
tahukah kita..sebenarnya yang kita tak idamkan itulah yang terbaik sebenarnya...
Allah sentiasa berikan yang terbaik... :)

Unknown said...

kella : betul tu. Allah Maha Mengetahui