LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 21, 2011

Rayyan Adam Demam Nak Tumbuh Gigi Geraham


Last week Rayyan Adam demam panas secara tiba-tiba. Hari Sabtu ingat lah nak bersantai-santai. Pagi tu bangun budak kecik ni sakan main dengan mak bapak nya. Kira 123 lepas tu lompat atas mak bapanya. Then dalam  pukul 10 macam tu tidur balik. Mak bapak nya pun sambung balik la jugak tidur.




Tup-tup dalam pukul 11 macam tu dia dah start gelisah. Saya pun raba la badan dia. Panas. Suspek sikit je lagi masa ni dia demam. Then, macam tak sedap hati. Kejut suami. Cakap badan Rayyan Adam panas. Saya bangun terus masak bubur beliau, then bila dia bangun try bagi makan. Errkkk dia tak nak makan. Susu pun tak nak. Lepas tu try bagi nasi. Pun tak nak. Merengek.




Sah budak ni demam panas. Lepas zohor macam tu, terus siap pergi klinik. Doktor cek. Susupek budak ni nak tumbuh gigi. Pelik jugak. Sebab gigi-gigi sebelum ni dia tak pernah demam. Tenang je bila tumbuh gigi. Yang kali ni takkan la demam kot. Hmmm logik jugak. Yang kali ni nak tumbuh geraham. Ada dalam 4 batang belah atas kiri kanan. Tu yang mencabar kot.




Mula-mula saya takut jugak sebab suspek demam lain. Ye lah dengan rumah baru lepas banjir. Takut denggi je. Nyamuk banyak lepas-lepas banjir ni. Dah tu kan last week pergi hospital tengok mak sakit. Virus macam-macam kat sana. Nak tinggal kan kat rumah, nak tinggal dengan siapa. Bukannya dia ada pengasuh. Pengasuhnya mak.




Then, balik rumah terus pujuk dia makan aiskrim. Kot-kot la tekak dia tak sedap. Bagi aiskrim sejuk sikit. Sekali ayah dia salah beli falavor. Rayyan Adam ni saya peratikan, dia kurang sikit flavor coklat. Kalau makan benda yang bercoklat memang muntah. Lepas makan aiskrim. Pap!!! Ayah dia kena muntah. 




Mujur lah ubat yang doktor bagi tu berkesan. Memang piawai. Lepas makan ubat terus out. Lalok!!! Nak sampai kan ke malam, berapa kali suami mandi kan Rayyan Adam. Biar bagi sejuk kepala dengan badan dia.




Hari Ahad dia bangun sampai pukul 12 tengah hari dua beranak anak dengan bapak. Dan alhamdulilah, demam dia dah mula kebah. Dah mula nak main. Dah mula nak bergurau. Saya perasan kali ni, dia sakit dia tak de mood. Maklumlah budak dah besar. Dah tahu sakit. Tahu tak nak main. Tahu nak melepek je kat ketiak mak nya ni. 



Rayyan Adam anak mama. Cepat baik ye sayang. Mama sayang sangat anak mama ni

4 comments:

kella said...

semoga cepat sembuh hendaknya, budak encem nih... :)

~aSFaLiZa~ said...

kella : tq bebe

Jemari Seni said...

Semoga Rayyan cepat sembuh AMIN!!!

~aSFaLiZa~ said...

js : tq kak