LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 3, 2010

Kanan Baik, Kiri Jahat

Korang pernah tak tengok drama-drama melayu yang kalau orang tu dalam dilema, kanan dia orang baik, kiri dia orang jahat. Lepas tu dua kerektor ni muka yang sama dengan tuan punya badan yang dalam dilema tu.



Then, pengarah buat kerektor orang baik muka bersih je. Pakai baju putih. Pujuk tuan punya badan secara baik-baik. Cakap yang baik-baik. Pendek kata semuanya positif la. Yang jahat pulak duduk sebelah kiri. Bisik semua benda jahat. Kalau boleh jangan buat. Dia suruh jugak buat. Si tuan punya badan ni badan dah turun naik napas jek. Tak tahu keputusan apa yang perlu dibuat.



Bila ingat-ingat balik. Rasanya macam logik kot cerita macam tu. Cuma kita ni mungkin tak sedar kot. Diri kita ni sering terdengar beberapa bisikan. Kadang-kadang bisikan tu baik. Kadang-kadang rasa macam nak bunuh diri pun ada kan?



Tapi tu lah. Lain orang lain perasaan kot. Cuma dalam keadaan sekarang ni saya yang mengalami. Memang terasa sangat. Sekejap ok. Sekejap pulak tak ok. Bila rasa ok, semuanya berjalan lancar. Bila tak ok pulak asyik lah mengalir air mata. Penat jugak layan perasaan macam ni.



Nanti mula lah sekejap fikir yang indah-indah je. Tak lama lepas tu mood berubah. Berubah terus. Tak de tapis-tapis dah.




So which one you want?