LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nov 3, 2010

Mereke Yang Menghendap Hidup Orang





Ada lah sikit manusia kat luar sana yang suka ye menghendap hidup orang. Ala kalau takat kau nak tanya aku beli rumah berapa k? Aku beli kereta berapa k? Tu aku tak de hal la beb kau nak sibuk pasal life aku. Benda tu semua normal.




Ni yang kau sibukkan, apa kasih sayang  yang laki aku bagi kat aku. Apa cara aku jaga laki aku dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bila aku komen negatif laki aku, mula lah orang-orang yang peel dia suka mengehendap ni menggelabah. Bila aku try komen positif kat laki aku, senyap pulak. Donia donia.





Tak payah la nak sibukkan kau nak atur hidup aku sama ada aku kena duduk sebumbung goyang kaki kat rumah tunggu kepulangan suami dengan penuh rasa cinta. Tak payah. Sebab. Karang aku duduk goyang kaki kat rumah, aku pakai gelang besar-besar kau kata aku habiskan duit laki je tahunya. Laki penat-penat cari duit. Lepastu yang ni pun kau nak menghendap jugak hidup aku kan.




Kau kau kau dan kau, duduk diam-diam jaga bontot jangan sampai kena bisul. Tak payah nak sibuk kata aku garang dengan laki. Dah Tuhan nak jadikan raut muka aku ni garang. Cuba kau kalau senang-senang telek muka aku yang cantik ni bila aku tersenyum gembira. Bukan kah bila aku tersenyum tu menampakkan keayuan wajah aku. Ke kau jeles tengok keayuan aku yang terserlah?





Lepas tu kau tak payah sibuk-sibuk kata laki aku ni lembut sangat dengan aku sebab tu aku boleh buat sesuka hati. Tak payah. Kau tutup mulut kau sekarang. Jangan kau perlekehkan laki aku. Jangan kau campur urusan rumah tangga aku. Soal siapa pijak kepala siapa tak terjadi dalam rumah tangga aku. Sejak aku kecil lagi aku tahu mana duduknya kepala seorang isteri. Mak aku dah ajar jangan kurang ajar dengan laki sebab mak aku tak pernah kurang ajar dengan bapak aku. So, didikan aku sempurna ok.




Takkan aku nak jaja kat sini aku setiap hari peluk cium laki aku lama-lama. Karang kau meluat pulak dengar kan. Takkan aku nak bagi tahu kau, aku akan tanya laki aku, bang.. abang nak makan apa hari ni. Sayang nak masak makanan kegemaran abang ni. Then, nak aku cakap kalau aku kejut laki aku bangun tidur, aku belai sebaik mungkin supaya dia bangun tidur dengan aman. Nak aku bagi tahu ke semua ni. Jangan kejut laki kau goyang pakai kaki je. Deeee!!! Pakai otak la deeee!!!




Kesimpulan aku buat dengan koncu-koncu aku kan. Kau ni manusia penjeles. Kau jeles tengok kebahagian aku. Patutnya kau diam je la. Doa supaya kau juga akan hidup bahagia macam keluarga aku. Kau jangan bukan-bukan dengan aku. Aku anak yatim eh. Kadang-kadang hati aku ni akan terdetik doa yang tidak-tidak. Sedaya mungkin aku tepis doa untuk orang yang kacau hidup rumahtangga aku. Aku tepis ok aku tepis.





Dah kau pergi main jauh-jauh!!!


4 comments:

Me, Myself and I said...

Amboiii...didih nampak...hehe..
As..utk org2 cenggini..sila butakan mata..pekakkan telinga..usah dilayan sbb mereka2 itu adalah manusia yang sakit dan berjiwa kacau.

Unknown said...

kak syam : ni bukan didih lagi kak. tahap nak meletup lagi. hahahahha.. mmg as ignore je pun org mcm ni. kat sini je la tempat nk luah perasaan kak. puas hati

kella said...

asfa.. sabar ok..
untuk pengetahuan, mmg ada segelintit manusia yang tak senang melihat kebahagiaan orang lain, syaitan apatah lagi, kalau boleh nak suami isteri ni berpecah belah! tu yg byk kes2 cerai, nauzubillah!

apa yang kita boleh lakukan, jgn terlalu melayan mereka ni, banyakkan baca ayat2 kursi untuk menghindar dari perkara2 yang tak baik, bukan apa, kadangkala tu, kalau orang jeles, dengki ni diorang suka main cara 'kotor'! so kita minta perlindungan dari Allah moga jauhkan semua tu dan supaya kita suami isteri terus kekal bahagia.. insyaAllah.. :)

Unknown said...

kella : thanks. moga kita semua terhindar dari perangai macam setan ni. amin. moga kita semua bahagia dunia akhirat. amin