LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 24, 2010

Migrain & Sakit Pinggang

Lately tak tahu kat mana silapnya. Badan dah macam orang beranak 10. Kalah wei yang dah beranak 15 pun masih lagi gagah nak tambah 5 anak. Macam mana saya yang baru nak sorang ni tambah jadi 8.



Okey lah dah mengarut. Yang sebenarnya ku mengaharapkan di sebalik senyuman mu itu nak cerita hal badan ni dah mula berbisa. Bukan badan penuh bisa. Kalau penuh bisa dah tentu-tentu jadi kuat. Ni bisa yang buat badan jadi lemah longlai.



Penyakit yang sering menyerang sekarang ni ialah migrain. Tak boleh belah langsung hal migrain ni. Berdenyut-denyut kepala otak ni. Bila pergi jumpa doktor, doktor kata awak ni banyak fikir kot. Then doktor tanyalah anak dah berapa. Please la doktor wei. Masalah apa kalau anak baru sorang jek. Tak de masalah pun nak fikir. Buat tambah sakit kepala jek. Ternyata telahan doktor tu salah.



Tak tahu la mana punca migrain ni menyerang. Kadang-kadang tu naik ke mata gamaknya. Dahi ni dah la. Rasa macam nak cabut kejap dari kepala. Bila dah kurang sakitnya sambung balik. So, sekarang ni saya anggap migrain ni berpunca dari kegagalan badan saya menerima ubat perancang. Nak tak nak kena terima jugak. 




Satu lagi hal sakit pinggang. Sakit pinggang ni awalnya mula berlaluasa masa saya start mengandung. Bisa nya jangan cakap la. Tiap kali minta suami urut kan, mak mesti marah. Katanya takut mencederakan muka bayi dalam kandungan. Wal hal saya bukan suruh urut beriya-iya. Cuma minta gosokkan jek. 




Now dah habis beranak pun sakit nya masih lagi berbaki. Membuatkan saya rasa macam seriau nak mengandung lagi. Bisa nya yang amat. Tak mengandung pun sakit. Lagi kan mengandung. Nasib baik dapat suami yang buat-buat pandai mengurut. Kalau hari-hari saya ada kat rumah, maka hari-hari lah dia kena urut pinggang saya ni. Siap minta tips sekali urut 20 hengget. Apa? Ingat rumah urut ke apa?




Then, mc tahun ni tak payah cakap lah kan. Saya rasa saya dah pegang title ratu mc kat opis ni. Huhuhu.. Nak buat macam mana. Dah memang sakit. Nak bawa pergi jumpa pakar pun boleh.



Ni lah orang kata badan orang perempuan ni nak pakai lama. Ha macam ni lah gamaknya. Tapi nak kata ada silap masa berpantang dulu tak de pulak. Saya memang betul-betul amalkan cara berpantang yang tradisioanal. Mak memang betul-betul jaga saya baeeekkk punya. Cuma entah lah. Badan ni je kot  yang mengada-ngada minta dibelai.

6 comments:

suamihanyisterizuki said...

aku rs ko byk fikir cmne nak kembangkan ladang ko la...ahahaha

~aSFaLiZa~ said...

hany : hahhahah... tu sikit pun tak mengganggu gugat kepala otak aku

gee ryder said...

i pun awl2 masa lps pantang dlu sakit gak pinggang ni kalo bongkok2..xtaula nape..dh lama baru ok dgn sndiri

~aSFaLiZa~ said...

gee : agak nya org baru pas beranak kena tgu lama baru ok ek

Nazz@Purple said...

sabor eh..tuhan nak uji je. tu...

~aSFaLiZa~ said...

nazz : ye tgh bersabar la ni. huhuhu