LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 29, 2010

11 Bulan

Hari ini putera kesayangan Malaya dah berusia 11 bulan. Wow!!! Lagi sebulan okey nak sambut yang ke satu tahun. Berdebar-debar pulak. Mama pulak yang berlebih-lebihan.



Jom kita rivew sikit apa yang si bujang ni dah pandai sejak masuk 11 bulan ni

  • Jalan. Pro okey. Walaupun jalan macam orang mabuk. Tapi ketahui lah. Rayyan Adam seorang yang gigih yang tak mahu kalah. Beliau akan sentiasa berusaha berjalan walaupun dalam tidur.

  • Beremosi. Maksud nya. Kalau kita gelak, okey dia tahu itu tanda gembira. Maka dia pun akan ketawa terbahak-bahak jugak. Kalau kita marah dia tahu takut. So, dia akan melalak sebab kena marah. Ni yang paling best. Saya pernah buat-buat nangis. Eh dia tahu lah. Dia diam je tengok saya. Maybe dia tengah berfikir macam mana nak pujuk mama.

  • Berlari. Mentang-mentang baru pandai jalan kan, dia nak tunjuk jugak dia pandai berlari. Tak padan kan badan tu terhoyong hayang lagi. Berangan.

  • Makan bubur dah tak payah kisar. Tapi masih tak pandai makan yang keras-keras lagi. Kena semua lembut jek.

  • Gigi dah 4 batang. Tapi gigi atas jarang. Entah kenan apa entah.

  • Masih lagi tidak mahu orang luar. Sombong. Huhuhuhu... Dia akan menangis semahu-mahu nya selagi mak bapak dia tak amik dia dari pangkuan orang lain. 
 
  • Tidur bukan main lasak. Separuh dari tilam kalau kami tidur bertiga adalah hak milik dia. Maka mama dengan ayah terhimpit-himpit berdua.

  • Panjat sofa. Huh!!! Ni paling kena jaga-jaga. Sebab tu lah semua orang tak akan tidur kalau dia tak tidur.

  • Berkepit 24 jam. Jangan harap lah siapa-siapa yang jaga dia nak buat benda yang bukan depan mata dia. Dia akan melalak bersunguh-sungguh kalau tak de siapa-siapa depan mata dia. Benda ni boleh buat alasan kalau mama tak masak. Huhuhu. Alasan Rayyan Adam nangis kalau mama tinggal kan dia masuk dapur.

  • Mengemas. Memang rajin tolong mengemas kat rumah ni. Boleh dikatakan rak-rak yang rendah dah kosong. Kalau tak memang dikemaskannya.
 
  • Walau pun dah masuk 11 bulan. Walau pun dah nak masuk setahun. Walau pun dah besar. Walau pun dah hebat berjalan. Walau pun dah pandai minta adik. Walau pun dah terer. Tapi ada satu benda je yang buat semua orang asyik bercakap-cakap. Ni haaaa


Tak pandai nak pegang botol sendiri. Dia pandai kot sebenarnya. Cuma malas. Eh nak kata malas pun bukan jugak. Dia ni ada satu pe'el. Kalau menyusu tangan nya automatik nak pegang kepala. Macam orang banyak masalah. Mak selalu cakap. Ha masalah dah timbul dah. Adam ada masalah apa sayang?




Tak kira tidur ke tak tidur ke. Tetap tak nak pegang botol sendiri time menyusu. Tapi setakat ni kami tak de masalah lagi nak pegang botol dia. Adam Adam...

2 comments:

i.S.m.A~n.A.d.i.A said...

lorh, xmau pgang btol ke?? sajela tu xnk org jauh dr dia...haha

Unknown said...

nadia : haah. malas