LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 28, 2010

Kan Best Kalau Mak Ada

Ni kira dah tengah malam. Makan malam pun sudah. Tapi makan yang entah apa-apa. Sekarang ni memang tengah mencari kunyah-kunyahan. Nak cari makanan yang merapu.



Mak...Kan best kalau mak ada sekarang. Senang je nak order apa-apa. Tengah-tengah malam macam ni kalau teringin nak makan bubur pulut hitam. Order je. Hidangan pasti tersedia dalam beberapa minit.



Lepas tu kalau tetiba nak makan lempeng dengan sambal tumis. Mak petik jari je sediakan. Nak makan pengat ke. Nak makan mee bandung ke. Waaaaa... Malam ni dah mula jadi macam orang gila cari makanan. Tapi tak de. 



Mak datang sini kejap!!! Oh ye. Mak saya tukang masak ye untuk pengetahuan. Sebab tu saya senang-senang je order makanan kalau tetiba mengidam. Ye. Sangat senang. Chef berpengalaman akan penuhi impian anda.



Hmmm satu lagi kan. Tak terperanjat la eh kalau anak tukang masak pandai masak macam saya. Hahahaha. Motif apa kau nak bagi tahu ni? Kau nak bagi tahu kau pandai masak? So, kau nak perasan la ni?



2 comments:

CatlinaFly said...

salam singgah..:)..oh kadang2 balik ayer itam eh?calling2 lah :)

catlina

kedaigambarkami

~aSFaLiZa~ said...

CatlinaFly : tq. tu la. kita ni dekat je