LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 23, 2010

Kalau Lah Tinggal Dengan Pengasuh

Semalam kami suami isteri terfikir kalau lah Rayyan Adam tinggal kan kat rumah pengasuh macam mana lah agaknya. Maksud nya bukan mak saya yang jaga. Saya upah orang lain. Orang yang tak dikenali. Orang yang kita tak tahu kisah sejarah dia macam mana. 



Sepatutnya kita kena lah positif kan kalau dalam masa-masa tertentu kita terpaksa jugak nak tinggal kan anak kita kat orang lain. Cuma macam ni. Rayyan Adam sekarang ni tak boleh tinggal bersendirian. Kecuali dia tidur.



Dia akan menangis macam orang kena dera berjujuran air mata kalau dia tahu keliling dia tak de orang. Tu yang saya tak boleh jaga dia seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Kena buat kerja lain kalau dia tidur. Nak masak, nak basuh, nak kemas, even nak kencing pun kena tahan.



Tu satu hal. Satu lagi kalau dia tidur memang telinga dia bukan tidur sangat. Telinga dia sangat peka terhadap bunyi-bunyian di sekelilingnya. Contoh kalau dia tengah tidur, saya nak amik kesempatan nak masak. Sanagt lah terlalu berhati-hati. Tak de nya nak bunyi kelentang kelentung. Kalau tak sengaja mengeluarkan bunyi masakan alamatnya dia akan automatik bangun. Lepas tu kelam kabut lah dia cari kita kat dapur dalam keadaan y ag amat sedih sebab dirinya ditinggalkan keseorangan.



Sekarang ni kalau nak buat susu pun kena bawa dia sekali. Kalau saya memang dukung lah dia ke dapur. Kalau nenek, masukkan dalam walker buat susu depan dia. Kalau ayah, bawa segala bahan ke depan then buat susu depan dia. Ha bayang kan la macam mana anak saya sekarang tak boleh bersendirian.



Dia akan aman dengan dunia dia kalau kita ada depan mata dia. Tak kira lah kita tidur atau tak. Dia boleh main dengan tenang. Dia takkan ke mana-mana. Yang dia tahu kita ada dengan dia.



Pokoknya sekarang siapa je yang boleh tahan dengan keadaan baby yang macam ni gayanya. Kita tengok kat surat khabar pun ada jugak mak bapak yang hilang sabar. Kalau lah kena yang jaga, aaaarrhh  pergi lantak kau lah nak nangis ke apa ke. Ada aku kisah. Ha kami tak nak macam tu lah. Kesian kat anak kita kalau pe'el nya lagu tu.



2 comments:

eT said...

try la dulu..blom cuba blom tau..hehe

~aSFaLiZa~ said...

et : tu la. mmg nk try