LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 24, 2009

26.12.2009


Seronoknya petang ni nak balik jumpa Rayyan Adam dan suami. Sabtu ni Rayyan Adam nak jadi pengantin. Cewah!!! Tak sabar nak tengok Rayyan Adam pakai baju melayu yang neneknya jahit. Lepas tu naik buai cantik-cantik...Ada bunga-bunga. Ada riben-riben. Wah mamanya bukan main exited lagi. Harap-harap Rayyan Adam tak buat hal sangat masa majlis cukur jambulnya nanti.

Sebenarnya saya join venture sekali dengan majlis perkahwinan adik suami. So, pagi 26.12.2009 ni nanti sebelum majlis persandingan akan terbitlah majlis cukur jambul untuk Rayyan Adam. Tapi tu lah...ketua majlis cukur jambul tu tak nak buat acara gunting-gunting rambutlah. Ukir-ukir kelapa lah. Dia kata nanti dah macam orang Hindu pulak. Pada saya, asalkan niat kita tak ikut agama Hindu ok je. Niat kita hanya nak meraikan. Tak pe lah. Terima je lah. Dah ketua kata macam tu. Ikutkan je lah. Karang tak de orang nak raikan Rayyan Adam pulak.

Ketua tu cakap dia cuma nak saya sediakan bunga telur dan bunga rampai jek. Tapi saya ada tambah satu barang. Hahahaha. Saya nak jugak hiaskan buai Rayyan Adam cantik-cantik. Lantak lah kalau ketua tu nak kata saya ikut kepercayaan apa. Yang penting saya punya niat tak memesongkan akidah.

Nenek Rayyan Adam dah mula merebus telur pindang sejak dari hari Isnin lagi. Semalam baru nenek Rayyan Adam angkat. So, keluarga sebelah suami sangat teruja dengan telur pindang tu yang menjadi kebanggaan orang Johor. Tema nya nanti warna
maron saya ikut tema pengantin sebenarnya

Harap-harap segalanya berjalan lancar sepanjang majlis nanti.



1 comment:

Anonymous said...

hand bag new arrival http://thewomenshop.webs.com