LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 8, 2013

Soal Siasat

Setiap petang bila amik Rayyan Adam dari tadika, dari dalam kereta lagi saya dah start conversation bertanya perihal school dia. Katanya ni salah satu psikologi untuk meransang apa yang anak-anak kita ingat kat sekolah dia. Secara tak langsung kita akan saling mengingati anak-anak supaya tak lupa kan sekolah nya.


Macam tu la kaedah nya lebih kurang.


Tapi saya ni lebih pada soal siasat. Muahahahhaha!!! Tapi kadang-kadang tu, entah ye entah tidak apa yang dia jawab. Nak tak nak kita kena buat-buat percaya je tau supaya anak kita lebih yakin. Siapa lagi nak percaya anak, kalau bukan mak bapak nya...


Biasa nya saya akan tanya soalan-soalan seperti di bawah ini...   

SATU

Mama : Adam belajar apa hari ni?
RA : G
Mama : Lagi?
RA : OPQRSTUVWXYZ
Mama : Lagi?
RA : 123456789 10 (masa ni dah campur aduk dah English ngan Melayu)
Mama : Lagi?
RA : Diam seribu bahasa. Dah tak koser nak layan mak dia banyak sangat tanya  

Walaupun kadang-kadang apa yang dia baca tu tunggang langgang tunggang terbalik, saya dan suami tetap akan memuji. Memang weols akan tepuk tangan cakap pandai..... Baru 3 tahun 4 bulan kot. Tak kisah la. Janji tahu segala mak nenek huruf dengan nombor-nombor tu




DUA

Mama : Adam makan apa tadi kat school
RA : Makan nacik
Mama : Siapa masak?
RA : Teacher
Mama : Sedap tak?
RA : Tak shedappp... (sambil buat muka)



TIGA

RA : Mama, Adam nangish tadi
Mama : Kenapa?
RA : Teacher marah
Mama : Kenapa teacher marah? Adam nakal eh
RA : Gaduh
Mama : Gaduh dengan sape??? (Masa ni dah tak sedap hati sebab anak gaduh kat school. huhuhu)
RA : Gaduh dengan kakak...


Alahai sayang... Tak mo gaduh gaduh lagi tau. Kalau tak gaduh mesti teacher tak marah




So, macam tu la lebih kurang perbualan kami hampir setiap hari. Budak-budak umur cenggini kita kena la remind dia apa yang berlaku kat sekolah supaya dia tak lupa bahawa hari esok dia perlu ke sekolah semula.

No comments: