MELAKA 7 Feb. - Seorang pelatih juruterbang
Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) yang berpangkalan di Batu Berendam
nyaris maut apabila pesawat ringan jenis Piper PA-28 yang dikendalikan
ketika melakukan latihan penerbangan terhempas di tebing berhampiran
Kondominium Cheng Heights di Cheng di sini hari ini.
Kejadian berlaku pukul 11.58 pagi mengakibatkan P. Davenessrao, 20,
mengalami kecederaan ringan di kepala dan tengkuk dan dikejarkan ke
Hospital Melaka untuk menerima rawatan.
Insiden berkenaan menggemparkan penduduk di kondominium tersebut yang
bertempiaran lari menyelamatkan diri kerana pesawat itu terhempas
kira-kira 30 meter dari kediaman mereka.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA
Actly terkejut baca berita ni semalam kat FB. Ingat kan berita palsu or khabar angin je. Tunggu jugak la sotkhabar and berita kat tv sah kan.
Saya take serius sebab nya, kawasan taman perumahan saya adalah tempat laluan pesawat ringan ni hari-hari buat latihan.
Tapi saya bukan lah duduk kat Cheng. Cuma memang tiap-tiap pagi/petang/siang/malam ada je kapal terbang yang lalu.
Bukan setakat di kawasan perumahan saya je, tapi memang kawasan-kawasan sekitar sini menjadi laluan latihan penerbangan mereka.
Lagi pun, rumah saya tak lah jauh sangat dengan airport Batu Berendam tu. Sebelum pindah sini lagi lah saya memang duduk kat Taman Merdeka yang memang terang-terang sebelah je dengan airport Batu Berendam.
Nak-nak kan... Rayyan Adam ni kan jenis manusia yang fanatik dengan kapal terbang. Bila nampak kapal terbang berlegar-legar, dia punya terkinja-kinja, terjerit-jerit aeroplane!!! aeroplane!!!!
Kalau malam lagi takjub dengan penglihatan dia. Sekecik-kecik cahaya kat atas langit tu dia boleh nampak tau. Memang mata dia sangat sihat.
Apa pun takziah kepada mangsa yang terlibat. Semoga kita semua dijauhkan dengan mala petaka yang macam ni. Kemalangan di mana-mana saja boleh berlaku. Benda semua nak buat sebab. Cuma kalau boleh elak, kita elak. (takut wei, kepala otak fikir, kalau lah terhempas kat rumah aku macam mana!!)
Kepada yang bertanggungjawab, tingkatkan keselamatan anda. Bukan setakat kepada juruterbang sahaja, tapi kepada penduduk setempat terutama orang awam yang berdekatan.
Semoga semuanya baik-baik saja.
No comments:
Post a Comment