Semua orang tahu bahawa bapa yang terlalu menyayangi anak perempuannya akan bekerja keras untuk mempertahankan siapa kah calon suami yang sesuai untuk anak perempuannya.
Walaupun sebaik-baik manusia lelaki yang kita berkawan tu, bapa yang terlampau memikirkan kebahagian puterinya akan sentiasa was-was.
Kat sini tak salah siapa pun. Memang sifat seorang bapa terhadap anak perempuannya begitu.
Dan sesungguhnya, saya antara anak gadis yang mendapat nasib yang sama seperti Shila Amzah suatu ketika dulu. Hanya kerana arwah abah terlalu memikirkan kepentingan/kebajikan/keselamatan anak gadis nya ini bilamana telah jatuh ke tangan lelaki lain.
Percaya lah...Itu lumrah lelaki bernama bapa.
Suami saya komen pasal kes Shila Amzah ni : Kalau abang jadi bf dia, abang ye kan aje apa bapak dia cakap. Esok dah sah. Dah dapat. Ha masa ni la suka hati la kan nak buat apa.
Komen tak memberangsangkan langsung. Dia la jugak lelaki yang kena macam si Sharnaz ni dulu. Wakakakka!!! Kantoi sudey. :P
2 comments:
septt nye as LELAKI yg nak kt anak dara org , dia xleh kuorg ajor gitu kt bakal pak mertua...
ni awal2 dh cite mcm2 kt media... apa ler
tp mamt tu mmg jenis panas baran , kalau daku jd ayah syila pun kne pk 100x ...wat nye dia tampo shila cmner
Kesian dengan Shila, tp yela dah takdak jodoh kan..
Moga Shila bertemu pengganti yg lebih baik nanti
Post a Comment