LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 31, 2012

Mee Hoon Tom Yam Bertakhtakan Daun Sup

Ok sebelum terlepas moment-moment indah saya menyediakan juadah berpuasa untuk keluarga lebih baik saya buat entry masakan secara laju-laju.


Hari ke 10 berpuasa alhamdulilah dapat jugak memasak walaupun bekerja. Berbangga untuk diri sendiri sebab bukan mudah bagi saya untuk memasak di saat-saat genting jam berputar menuju ke maghrib


Menunya simple and segala bahan dicampak. Walaupun campak tapi hasil yang sedap dan memuaskan.


Saya terletak 6 biji cili kampung mengikut citarasa sendiri. Sudahnya selepas makan bibir suami saya bertukar menjadi bibir negro. Huhuhu....


Daun sup ni permintaan suami. Biasanya kita letak daun pudina kan. Tapi daun pudina tak de pulak. Suami saya memang hantu dengan daun sup. Dia jadikan daun sup sebagai ulam kalau makan dengan nasi



Yang ini saya punya. Pada saya makan dengan daun sup macam tak kena gaya pulak.



Hidangan air ialah sirap bandung bersama laici. Sedap tak terkata hokey!!!




Semoga hari-hari mendatang saya mampu untuk memasak lagi. Aamminn

Day 9 - Roti Jala Gempak bersama Kari Daging

Hari kesembilan berpuasa jatuh pada hari Ahad. Makanya saya boleh la membuat sesuatu yang susah untuk juadah berbuka puasa.


Teringat dalam peti ais ada daging  yang masih belum bermasak. Apa tak nya. Kalau mahu memasak daging memerlukan jam yang cukup untuk kasi hempuk.


So hari ini adalah hari yang sesuai. Seawal pukul 4.30 petang telah memulakan ilmu persilatan di dapur.


Menu yang sesuai berkuah kan kari daging ni mestilah roti jala gempak. Kenapa saya kata gempak. Sebab saya rasa saya dah gempak bila membuat roti jala. Rasanya dah sama taraf dengan taraf mak-mak. Huhuhu.


Mula la saya bersms dengan kakak-kakak yang ada bertanyakan resepi. Dalam hati macam tahu resepinya. Tapi ala-ala was-was gitu.


Eh kalau yang dah memang pakar tak payah la baca entry memalukan ni. Huhu. Malu tau sebab saya baru pertama kali menyediakan juadah ni sejak kawen....


Ni pinggan saya... Konon-konon nak makan sikit je. Tapi tambah satu tambah satu sampai tak tahu dah makan berapa keping


Hidangan bersama air teh panas



Perkakas membuat roti jala yang ada dalam rumah saya semua nya mak saya yang beli. Nampak sangat saya tak pernah buat sendiri. Sebelum ni memang mak pun yang buat.



Termasuklah kuali leper ni pun mak yang beli. Mula-mula bancuh tu saya macam was-was nak letak santan ke tak ni. Nak letak telur ke tak ni. Eh rupanya letak. Tapi kakak saya lambat reply sms. Makanya saya main letak je and betul pun!!!




Ni la kari daging tu. Suami kata sedap. Eh bila masak kari kan, saya suka letak air asam tau. U all letak tak. Saya rasa kalau tak letak macam tak lengkap pulak masakan saya



Ni kek coklat saya beli kat Bazar Ramadhan Peringgit. Sedapnya.... 4 hengget

Jul 30, 2012

Zakat Fitrah - Ramadhan 1433


Alhamdulilah telah selesai urusan zakat fitrah bagi keluarga kami. Suami saya telah melunaskan tanggungjawabnya untuk kami anak beranak. Kebetulan malam semalam saja meround Taman Cempaka. Ternampak ada 2 orang amil. Terus suami kata nak bayar terus tak nak tangguh-tangguh.


Saya tak tahu la orang lain. Tapi setiap kali suami membayar zakat fitrah untuk saya, mesti ada satu perasaan yang sayup sangat dalam hati ini. Macam terharu. Hiba. Macam-macam lagi la. Nak taip ni pun rasa meremang semacam.


Ye la.. Kita ni isteri kan. Segalanya tanggungjawab dia. Dosa  pahala kita semua terletak di bahu suami. Mana yang termampu kita laksanakan supaya sama-sama kita berada di syurga. Amin...


Jul 27, 2012

Untuk Dia








Mula-mula dengar lagu ni kan... Eeeee lagu sape ni. Rasa macam nak lempang je. Pap pap pap. Sedas lempang. 


Untuk dia!!! Untuk dia!!! Untuk dia!!! Untuk dia!!!


Geram kannnnn!!!


Lepas tu suami saya benda yang saya tak suka, dia mula la provok. Bukan main suka lagi dia kalau lagu ni keluar kat radio.


Dia cakap, kan orang Johor yang nyanyi lagu ni. Orang Batu Pahat lagi. Bukan takat satu kampung. Satu sekolah lagi dengan sayang. Ye dulu saya sekolah kat sekolah Najwa Latiff ni. So what? Huhuhu


Sudah nya sekaran ni, si kecik Rayyan Adam pun bukan main suka lagi nyanyi lagu ni sebab bapak dia yang ajar. Siap buat gaya tunjuk-tunjuk macam video clip kat atas tu.


Dan saya dah suka kot lagu ni. Hahahahhaha


Sebab nya lepas tengok video clip ni, macam suka sebab ada Aaron Aziz dengan Nora Elena. Muahahahhahaha!!! Best.


Bila tengok mesti sengeh-sengeh berangan. Boleh?


Untuk dia!!! Untuk dia!!! Untuk dia!!! Untuk dia!!! 

Jul 26, 2012

Mee Kari & Ayam Goreng Serai

Assalamualaikum.... telah masuk hari ke 6 hari ni kita di bulan Ramadhan. Mentang-mentang bulan puasa, asyik cerita hal masak-masak je kan. Alhamdulilah, saya mampu lagi menyediakan juadah buat suami tercinta setakat hari ke 5.


Menu semalam still no nasi untuk berbuka. Bukan la kami diet. Tapi suami memang tak biasa berbuka puasa dengan nasi. Jadi automatik kami ni dah macam orang berdiet pulak ye.


Tapi nak kata diet without nasi pun tak jugak. Sebab nya waktu sahur saya tetap sediakan nasi. 


So, saya sediakan mee kari untuk berbuka dan ayam goreng serai untuk bersahur. Jadi la buat kami 3 beranak. 


Oh setiap kali saya mula memasak petang lepas balik kerja, mesti suami saya tukang count lagi berapa minit nak berbuka. Ye la... Waktu dah menghampiri. Kita masih lagi memegang senduk bagai. Saja je buat kita stress.



Mee kari. Simple je... Masak nya pun senang


Habis bagi pihak saya




Nescaffe panas


Roti John Daging. Yang ini saya beli kat Bazar Ramadhan Bukit Beruang. RM4. Sedap jugak. Sudah nya laki bini terselit daging celah gigi.




Ayam Goreng Serai untuk sahur. Sepatutnya saya punya bahagian kepak. Suami punya peha. Tengok-tengok suami dah amik yang kepak. Saya tak suka la peha.... Makan je la tanpa perasaan



So apa plan petang ni yek. Ingat nak buat mee hoon sup. Menu saya semua yang senang and cepat masak. Mana tak nya. Saya cuma ada masa 1 jam lebih je nak sediakan juadah berbuka. Kalau nak cepat lagi, Bazar Ramadhan pun banyak. Sediakan je la duitnya melabur untuk peniaga semua

Jul 25, 2012

Mee Goreng Mamak & Ikan Masak Asam Rebus

Sudah masuk hari ke 5 hari ni kita berpuasa. Alhamdulilah sehingga hari ke 4 dikurniakan saya kudrat untuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur walaupun letih bekerja. Alhamdulilah 


Dipendekkan cerita, menu berbuka kali ni suami request nak makan Mee Goreng Mamak.


Saya ni orangnya bukan lah pandai masak sangat. Tapi boleh la masak. Cuma tak pandai lagi and mungkin tak sedap pada pandangan rasa orang lain. Suami saya kata, janji boleh masak. Pandai tak pandai lain kali boleh belajar.


Sememangnya sebelum kahwin lagi saya suka masak. Tapi MALAS je lebih....

Mee Goreng Mamak. Sepatutnya lagi garing kan. Tapi saya macam tak berani nak garingkan lagi sebab takut hangit



OMG!!!! Sedap... Orang puasa memang semuanya sedap kan




Petang balik kerja sempat lagi singgah Bazar Ramadhan depan Mydin area uptown tu. Alang-alang skul Rayyan Adam area situ. Malas nak pergi tempat lain. Tujuan memang nak cari kuih-kuih manis nak buat makan-makan malam-malam sikit. Mentong orang jawa kata. Eh sedap la talam keladi ni. Tak berapa manis. Lite lite je rasanya




Dan sahur saya sediakan ikan masak asam rebus bersama nanas. Nanas semalam ada lagi. Saya makan nanas je. Ikannya suami saya yang makan



Biasanya saya akan start memasak untuk sahur dalam pukul 10 malam. Masak ala kadar je. Then pukul 12 malam mesti kena masuk tidur dah sebab pukul 4.30 pagi dah bangun nak panas-panaskan  lauk. Jadi begitulah rutin harian saya sepanjang Ramadhan ni. Insyallah...

Jul 24, 2012

Char Kuew Tiaw & Ikan Sweet Sour Bersama Nanas

Char Kuew Tiaw


Menu berbuka puasa untuk hari ke 3 Ramadhan still without nasi. Saya start goreng pukul 7.10 petang. Punya lah bersilat balik kerja kat dapur. Suami tolong basuh sayur mayur. Azan maghrib char kuew tiaw pun setel. 



Minum seteguk air teh panas dulu masing-masing. Lepas mandi and solat baru nikmati juadah ni.


Teh panas. Sedap....



Sahur pulak saya buat ikan sweet sour masak stim. Saya guna ikan selar. Ni semua gara-gara terpengaruh dengan blog ex officemate Kak Azie. Resepinya semua saya main campak-campak je. Ikut suka nak masuk apa yang ada. Sedap.......




Ikan selar sweet sour masak stim bersama nanas




Dan menu berbuka untuk hari yang ke 4 (hari ni) pula suami request Mee Goreng Mamak. Bersilat lagi la gamaknya petang ni. Maklum lah balik kerja dengan jem semua tu kan. Insyallah kalau ada kudrat saya usahakan juga untuk memasak


Suami pun jenis buka tak makan nasi. So senang la saya sediakan juadah yang simple-simple. Kalau saya ada masa lebih mungkin saya usahakan untuk sediakan kuih muih or manisan. Tapi tu la. Masa memang tak cukup. Tak pe la. Kita makan apa yang ada je tanpa membazir. 


Kadang-kadang pergi Bazar Ramadhan pun naik blur nak makan apa. Bukan apa. Memang takut membazir

Jul 23, 2012

Ayam Bakar + Roti Sardin Goreng + Sirap Bandung Wallah!!!!

Alhamdulilah ini menu berbuka puasa kami untuk hari kedua. Hari pertama tak masak sebab balik kampung suami berbuka bersama ipar duai.


Ini masuk tahun ke 4 saya berpuasa bersama suami. Nak tak nak saya kena biasa kan diri dengan style beliau berbuka. Suami dan famili nya tak makan nasi waktu berbuka. Nasi wajib dihidangkan pada waktu sahur sahaja.


Mula-mula dulu saya macam blur untuk membuat hidangan tanpa nasi. Ye la.. Selama hidup saya berpuasa, mak memang akan hidangkan nasi untuk anak-anak. Bila dah kawen, tiba-tiba kena bertukar angin pulak.


Suami kata, lama-lama nanti saya ok la dengan cara dia.


So, menu untuk 2nd Ramadhan, saya sediakan juadah yang simple tapi kenyang... Seisi keluarga kecik kami boleh nikmati bersama


Roti sardin goreng bersalut telur. Senang disediakan. Sedap dimakan. Saya buat tak pedas and Rayyan Adam habis makan sekeping



Ayam Bakar ala Kenny Rogers. Seawal pukul 3 petang saya dah mula sediakan bahan-bahan untuk memerap ayam




Sirap Bandung Ais. Sebelum mak balik kampung hari tu, mak dah siap kan ibu sirap untuk simpanan rumah saya.




Dan ini lah juadah untuk diri saya semalam...


Oh mungkin saya belum terbiasa lagi dengan ketiadaan nasi. Seakan tidak puas walaupun perut dah penuh. Dalam pukul 10.30 malam kebetulan nak beli barang sikit. Lantas saya ajak suami ngeteh kejap kat kedai Kelantan area rumah. 


Order milo panas dan kepok keping je. Baru la ada rasa sikit puas. Nak makan nasi takut macam dah lewat sangat. Nanti takut sahur tak boleh makan pulak. Rupanya memang betul pun sahur tu dah tak lalu sangat makan sebab kenyang minum milo sebelum tidur.

1st Day Rayyan Adam Terawih

Anak sulung kami Rayyan Adam baru menginjak usia 3 tahun. Ini pertama kali kami betul-betul bersedia membawa beliau untuk join solat terawih berjemaah di surau.


Alhamdulilah Rayyan Adam lulus ujian solat terawih di surau taman rumah baru kami. Dia dah biasa sebab sebelum ni ayah nya rajin jugak bawak berjemaah maghrib and isyak.


Tapi kali ni Rayyan Adam join jemaah perempuan dengan mama. Hmmm... Tapi ada jugak la adegan yang buat gugur iman mama kejap masa solat tu.


Saya amik side tepi sekali supaya Rayyan Adam tak ganggu jemaah lain. Kebetulan kipas duduk letak nya betul-betul sebelah dia. Mula-mula ok. Dia join jugak solat. Kita ruku', dia sujud. Tak kisah la. Janji dia duduk diam.


Godaan kipas duduk tu lagi kuat kot. Ala kipas yang 4 segi yang berputar belah luar (tak tahu macam mana nak explain). Hmmm.. mula la adegannya main kipas tu. Bukan apa. Takut jari dia masuk dalam kipas tu.


Kebetulan pulak ada sorang jemaah perempuan tu pun bawak anak baya-baya Rayyan Adam. Budak tu pun join sekali main kipas tu. Sudah nya, lepas solat terawih rakaat yang ke 4 saya pindah kan kipas tu naik atas meja.


Pun dimain jugak kipas tu. Lepas rakaat ke 6 saya cakap kat jemaah perempuan yang ada anak kecik tu jugak, kita tutup je la kipas ni. Lagi di bukak, lagi dibuat main.


Dah bosan agak nya. Sedang saya solat, dia pun dah mula bunyi. Ma... nak cu.. Ma.. nak cu... 


Masa ni mati lah saya sebab saya tak bawak bekal susu pun (pengajaran untuk diri sendiri. lain kali bawak bekal air or susu)


Lepas tu main cak ba dalam kain telekung. Dia masuk dalam telekung saya, sambil main hantu-hantu....


Hmh... Ikut kan ramai orang yang tak galakkan jemaah bawak anak kecik ke surau. Tapi Rayyan Adam ok. Dia memang tak ganggu jemaah lain. Sebab tu saya berani bawak. Umur nya pun dah masuk 3 tahun. Kalau kita tak biasa kan, sampai bila pun dia tak biasa keadaan orang berjemaah.


Malam tadi saya tak join ke surau sebab mood Rayyan Adam tak ok. Kaki dia sakit sebab jatuh. Takut dia nangis... So daripada ganggu orang, baik mama buat kat rumah je. Ayah sorang je pergi.


Saya harap orang yang tak de anak kecik faham situasi kami.

Jul 20, 2012

Ramadhan Yang Dinanti

Alhamdulilah. Ini lah Ramadhan yang dinanti-nantikan buat kami suami isteri. Tidak seperti lazimnya, setiap kali Ramdhan kami terpaksa berjauhan dan berpuasa seperti orang bujang.


Tetapi lain pada kali ini. Sebenarnya saya mahu menulis tentang ini sejak berminggu-minggu yang lepas. Cuma kekangan masa. 


Entah la... Kali ini saya rasa sayu. Seperti tak sabar untuk bertemu dengan Ramadhan. Pendek kata, saya sudah mula untuk menyenaraikan menu berbuka dan bersahur untuk suami. Dan insyaallah untuk tahun ini, tahun pertama kami suami isteri membawa si kecik sama-sama berjemaah terawih di surau.


Mungkin rasa teruja tu berpunca daripada saya yang telah pun sepenuh masa tinggal bersama suami. Saya sudah berkerja di Melaka. Hampir 4 tahun hidup berjauhan sebagai suami isteri. Baru kali ini diizinkan Tuhan untuk kami sama-sama merasa pasangan suami isteri lain rasa.


Saya pun tak tahu sama ada saya mampu untuk mengurus kan keluarga di bulan mulia ini. Saya tak tahu saya boleh masak dengan baik. Mengemas rumah. Membasuh. Menguruskan anak kecik. Di samping mencari peluang beribadat.


Rasa sayu saya bertambah bila abang saya datang ambil mak nak bawa balik kampung. Ye la... Saya tak ada kuasa untuk memegang emak saya seorang sebab mak masih ada anak-anak yang lain.


Serius sedih. Rumah saya macam sunyi mak tak de. Biasa nya bilik mak terang. Ni dah jadi gelap. Rayyan Adam pun menggagau cari nenek sekitar rumah. Dalam bilik tak de. Dia cari pulak nenek dalam toilet. Oh... Sedih...


Tapi kami selalu ajak dia main supaya dia leka tak cari nenek. Anak kecik macam tu pun dah mula rindu. Apatah lagi saya....


Rasanya nak sangat balik kampung. Nak jumpa dengan abah. Abah selalu balik di bulan mulia ni. Dah lama rasa nya tak jenguk rumah abah. Dah lama rasanya tak melawat abah.


Apa pun orang doakan abah tenang di sana. Orang akan cuba yang terbaik supaya doa dan amalan orang kat dunia di balas yang terbaik untuk abah...Orang akan cuba kirimkan yang terbaik buat abah.


Dan kedatangan Ramadhan pasti mengingatkan detik-detik pemergian abah di kala umat Islam menyambut bulan mulia ni dengan senyuman. Tapi pemergian abah membuatkan kami semua menangis sepanjang hari melewati Ramadhan tanpa abah...



 
Al-Fatihah buat abah. Juga Al-Fatihah untuk Abang Ngah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ni yang terbaik buat kita semua. Amin..

Jul 17, 2012

Karnival Udara Melaka 2012 - Unplanned

Ahad pagi lepas telah menghantar 200 pcs apam polka dot kepada regular customer. TQ Kak Miza. Lokasi rumah beliau area airport.


Tiba-tiba macam teringat, eh minggu ni ada pameran udara la kat airport. Makanya kebetulan ada la beberapa biji kapal terbang lalu lalang di udara. Si kecik ni pun dah terjerit-jerit, plane plane!!!


Tengok-tengok, suami pun dah melencong ke arah airport. Siap dapat parking, suami tanya, nak tengok tak? Saya pun jawab, dah parking pun nak tanya orang lagi nak pergi ke tak. Huh!!


Suami saya ni memang suka nak saya jawab yes. Kalau apa-apa jadi yang tak best, nanti dia yang salah kan saya sebab konon nya saya yang jawab nak pergi. Pada hal dia dah parking dah kat situ. Tak de siapa suruh pun melencong ke situ.


Dan terkedek-kedek la 3 beranak dalam keadaan berlengas ke sana. Serabai ok masing-masing masa ni. Ala.. Lepas tu saya tengok ramai je berpakaian biasa. Track suit la. Selipar jepun la. Ala ramai je datang secara santai-santai ni kes nak sedap kan hati je


Masuk dewasa RM 5. Kanak-kanak bawah 2 tahun free. Aku bantai je anak aku ni 2 tahun. Dia apa tahu. Huhuhuhu.



Siapa dah bayar tiket, akan dicop kat tangan dengan cop mohor di atas. Sedih kan.. Cop je??? Tak de bajet ke sediakan gelang ke, apa ke. Ala gelang kertas je kot. Ke nak elakkan sampah? Tapi still tak ok kot cop-cop kat tangan ni





Panas!!!!


Ni nasib baik mood dia ok nak naik benda alah ni bergambo. Ikut perangai dia, dia ni takut dengan kenderaan besar. Betullll... Kata la dia jalan sebelah lori atau bas. Huh!!! Melalak-lalak la peluk kita sebab takut sangat   


Sekarang saya mahu terbang. Kbai...



Kapal terbang kecik

Helikopter kecik

Poyo


Saya mahu test peluru ni dulu. Kasi tembak itu olang






Dan akhirnya sala melalak sebab saya tak dapat pistol dengan kapal terbang tadi. Mama tak bagi.... Dia ingat semua tu barang mainan.... Semua tu harga ribu-ribu anak oi.... Bukan boleh bawak balik pun. Ni tak lain ikut perangai ayah ni kecik-kecik. Tak dapat, melalak sakan kat tempat awam




Tak best kot prpgram ni. Huhuhu. Suka suki je kata tak best eh. Ye la, setakat layan anak boleh la. Anak pun suka sangat tengok aeroplane. So kita layan kan je la. 


Maybe kalau program tu karnivar udara macam LIMA kat Langkawi tu best kot. Ini setakat tayang-tayang kapal terbang kecik (tak tahu apa nama nya yang boleh naik 2 orang je).


Oh kalau siapa nak naik helikopter pun boleh jugak round kat Melaka. Tapi!!! 100 hengget per person. Oh kami tak mampu kot. Dan saya rasa, orang-orang yang datang pun rasa macam mahal sangat harga tu.


Pendapat saya, kalau nak buat macam ni letak la harga yang berbaloi yang orang mampu milik. Memang ada je yang naik. Tapi rasa nya tu semua golongan atasan. Golongan rendah macam kami ni dapat tengok je la dari jauh.


Setakat naik bayar 100 hengget baik aku beli tiket kapal terbang Air Asia pergi balik ke Bandung. Tapi time promosi la. 


Erkk nak cakap apa pun cakap la. Memang mahal. Ni nasib baik bawak anak je la nak jalan-jalan. Lain-lain macam bosan je kot...