LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011




Dengan ingatan tulus ikhlas dari kami sekeluarga memohon ampun maaf,

Andai ada terkasar bahasa

Andai ada tersilap bicara

Andai ada terasa hati

Saya menyusun 10 jari memohon ampun maaf di hari baik bulan baik ini

Kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati-hati lah di jalan raya.

Juga saya mengingat kan diri sendiri.

Dan kepada isteri-isteri yang menyambut lebaran ini di rumah mertua, harap dapat tabah kan hati. 

Tahun ni saya raya di tempat jatuh lagi kan dikenang. Exited terlebih. Tahun lepas dah muncung-muncung.

Tahun ni tahun senyum lebar

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri

Minalaidilwalfaizi betul ke eja nya macam ni?

Aug 24, 2011

Berbuka Puasa Di Restoren Nasi Arab


Ini cerita JUmaat minggu lepas. Akhirnya berjaya beberapa rakan ofis ku berbuka bersama-sama. Lokasi ialah di Restoren Nasi Arab. Ada rasa kecewa sikit bila menu lauk kambing sudah yilek. Order lauk ayam, langsung tak habis. Ye lah. Tak de feel. Tapi alhamdulilah la atas segala rezeki Allah ni.



Tempat ni kat area Equine Park. Ada entry pasal restoren ni dulu. Dekat deret-deret Dominos. Nasi dia memang tip top. Beras dia panjangggg....




Masa ni hari Jumaat. So, suami dan Rayyan Adam berada di Melaka. Tak join sekali. Tak pe. Bukannya selalu

Ini Baru Betul Nasi Dagang






Ni baru betul nasi dagang. Kan semalam tak puas hati beli nasi dagang mentah. So, nak puas kan hati, beli lagi sekali kat kedai lain. Harga pun sama je dengan yang semalam punya. Cuma yang ni adalah acar nya. Semalam punya lauk ayam semata-mata. Alhamdulilah dengan rezeki Allah ni.

Aug 23, 2011

Nasi Dagang Mentah

Sejak puasa ni tekak ni memang teringin-ingin nak makan nasi kerabu dan nasi dagang. Actly nasi kerabu dah beberapa kali lah kan beli. Setakat ni semua nya beli kedai lain-lain memuaskan hati.
 
Then semalam tengok lah orang jual nasi dagang. Dalam hati berkata, mesti kena beli ni, sebab puasa tinggal lagi seminggu. Takut lepas puasa, meroyan pulak nak cari kat mana.
 
Tanpa berfikir panjang, saya pun amik lauk ayam je la seketul Harga? 4 hengget setengah. Macam mahal. Ye la. Lauk ayam seketul je. Timun tak de, acar tak de. Tapi redha je la kan sebab nak makan sangat.


Sampai waktu berbuka memang la exited gila nak makan. Lagi pun kan lapar katanya






Masa gaul-gaul kuah dengan nasi, dah macam pelik. Apa hal nasi dagang ni lekit semacam. Ingat kan terlebih beras pulut ke apa ke. Tapi kalau pulut pun tak lekit macam ni. Dengan konfidennya suap la ke mulut. Eh apasal keras jek nasi ni. Takkan lah pulut ni kasar pulak. 




Then suruh Fizah, housemate orang Terengganu konfom kan balik betul ke rasa nasi dagang macam ni. Wal hal saya memang tahu rasa nasi dagang macam mana. Tapi kot-kot la ni masakan mana-mana daerah kat Terengganu  ke apa ke. Huhuhuu!!!




Sah!!! Nasi ni mentah. Dah la lekit macam nak basi. Wahai akak peniaga, jangan la gini kak. Org niaga, akak nak niaga. Niaya saya je yang tengah sakit perut. Macam mana akak nak maju dalam perniagaan kalau jual benda tak masak macam ni. Buat nya saya yang teraniaya ni doa yg bukan-bukan, boleh jadi makbul kak doa saya ni



Nasib baik ada benda lain boleh cover line. Laksa dengan kuih lopis. Nasi dagang tu makan lauk je.



Petang ni nak beli lain pulak kat kedai lain. Selagi tak dapat yang betul-betul memuaskan hati, nak jugak beli yang lain. Kedai akak tu saya dah riject selama-lamanya, walaupun saya tahu hari tak puasa pun dia ada meniaga kat mana. Lagi pun memang tak pernah beli kat kedai dia. Bolayan la kak.

Aug 22, 2011

Lain Kali Dengar Cakap Suami


Lain kali dengar cakap suami. Cakap suami biasa nya memang betul puan-puan bagi kita isteri yang memang menuntut syurga di tapak kaki suami.



Malam tadi, kami suami isteri nak hantar Rayyan Adam ke rumah kakak suami. Ye lah. Mak dah balik kampung. So, sementara nak tunggu raya ni memang mintak tolong kakak suami jagakan si kecik tu sekejap. Sama macam tahun lepas jugak la.



Ikutkan plan asal, kitorg nak bawa 2 kereta la sorang satu. Last minit suami kata nak bawa motor je sebab takut esok nak pergi kerja susah nak cari parking.



Then, saya cakap Rayyan Adam duduk kat baby seat dia. Suami pulak kata, budak ni dah besar. Mesti dia tak nak punya. Biasa memang dia nak duduk sendiri dalam kereta. Saya jawab, tak boleh sebab saya nak drive malam, takut dia main bukan-bukan dalam kereta. Kalau duduk kat seat dia, kena ikat. So, dia tak boleh buat apa-apa.



Suami pun setuju je la.



Nak dijadikan hal, sepanjang jalan Rayyan Adam menangis. Nak lepas dari baby seat tu. Ya ampunnnnn!!! Ni hati mak nya dah la buat-buat kering je dengar anak menangis. Kesian wei, merayu-rayu minta nak lepas.



Nak tak nak, saya bukak je tali pinggang tu. Ingat la dia tenang lepas bukak tali pinggan tu. Rupanya masih tetap bersedih hati. Merayu nak duduk dengan saya. Ya Allah!!! Sayu nya....



Dengan berani nya, saya angkat dia guna tangan kiri duduk kan kat riba ni. Tangan kanan pegang stereng teruskan pemanduan. Ni kereta tengah berjalan lagi ni. Tak berhenti kat mana-mana pun. Bahaya kan?



Dalam hati ni tawakal je, drive sambil meriba anak yang dah besar panjang melalak-lalak.



Bila sampai rumah kakak ipar, suami saya dah sampai awal dah. Dia pelik tengok Rayyan Adam kat riba saya. Dah la sedih Rayyan Adam tak hilang lagi.



Menyesal saya tak ikut cakap suami tadi. Ye lah. Dari awal lagi dia dah cakap, Rayyan Adam memang dah tak nak duduk kat baby seat. Saya pulak berkeras hati nak duduk kan jugak dia kat situ. Sudah nya, lama kitorg nak pujuk budak bujang sorang ni.



Serius menyesal tak dengar cakap suami

Aug 19, 2011

Duit Raya


Ni je duit raya yang ditukar untuk tahun ni. Duit singgit tak tukar ke? Tak. Huhu. Sendiri tanya sendiri jawab. Tahun-tahun lepas punya duit singgit ada banyak lagi. Tak guna pun. Telah dismpan di tempat rahsia. So, tahun ni kan tahun berjimat. Guna je apa yang ada. Dan yang ditukar di atas adalah khas untuk anak-anak buah kami suami isteri

Kuih Raya





Ni alasan kukuh orang takde oven nak buat kuih raya sendiri. Pilihan yang ada hanya membeli je ye puan-puan. Jangan tiru macam saya. Total untuk kuih raya tahun ni 5 balang. Lagi 2 balang belum sampai ke tangan. Tahun ni cuba untuk berjimat. Takut tak habis kang.




Dan ada 1 lagi saya order serunding daging dari Terengganu yang konon-kononnya berangan nak buat popia. Tahun lepas angan-anagn tercapai. Tahun ni tak tak tahu la tercapai ke tak disebabkan kekangan kesibukan berulang alik ke Johor tiap-tiap minggu. 




So apa pun kuih raya ni hanya akan dibukak setelah kami suami isteri pulang beraya dari kampung. Kalau bukak sekarang adalah dikhuatiri habis sebelum tiba masa nya. Kang orang datang, kosong je bekas kuih tu kang.




Yang penting kuih-kuih tersebut adalah sedap gila. Berbaloi membelinya. Saya ni memang kurang gemar beli tanpa merasa terlebih dulu. Mahal sikit tak pe. Asal kan sedap. Tapi kalau mahal sangat tak beli la kot. Huhuhu.




Pesanan penaja buat suami ku : Lepas setel kita pindah rumah baru, sila la belikan isteri mu ini sebuah oven demi keluarga kita yang tercinta. Abang dengan adam kan suka makan kek. Sayang pun rajin nak buat kek kalau abang dah belikan oven. Sekian

Ramadhan Kali Ini


Ramadhan kali ni saya agak kurang buat entry. Start dari awal Ramadhan macam-macam hal yang jadi. Banyak benda tak terkejar dek tangan ni. 



Mula-mula hari tu Rayyan Adam demam panas. Bizi dengan anak. Time-time macam ni la masa kita nak cosentrate tengok anak 24 jam. 



Then lepas anak sakit, saya sendiri pun melalut tak sihat. Selsema, batuk. Tu yang tak sempat nak update apa-apa.



Lepas tu pertengahan puasa dah start hantar mak balik kampung kat Johor. Spend masa kat kampung kemas rumah mak. Ye la rumah tinggal. Semua benda nak kemas. Tingkap nak basuh. Kerusi nak basuh.



Rumah mak pun ada la nak renovate sikit. Tu yang mengemas sakan. Benda dah nak raya ni. Minggu ni pun nak balik Johor lagi. Dah la raya pun kat Johor. So, memang tiga minggu berturut-turut balik Johor. Dalam pada tu saya memang suka balik kampung. Seronok tak terkata walaupun badan letih.




Tup-tup masa kat kampung, pemaju call cakap suruh amik kunci rumah. Maka bermula la episod saya berulang alik dari ofis pemaju ke rumah baru tu nak cek mana yang ok mana yang tak ok nak buat komplen.



Untill now pun masih ada lagi komplen yang kitorg nak buat. So far komplen yang kecik-kecik je la.



Tu sebab, memang tak de masa nak mengadap blog. Nak dijadikan cerita, broadband pun tak bayar lagi. Mana ada peluang nak ber online.



Ni, walaupun rumah tak start buat apa-apa lagi, tapi otak ligat berfikir nak buat itu ini. Apa pun grill nak buat cepat-cepat. Dah dapat dah nak upah siapa. Cuma we all laki  bini tak de masa nak ajak dia datang rumah nak ukur.



So, benda tu semua kena kerja keras lepas raya.



Actly, banyak lagi benda yang terjadi yang tak boleh nak diceritakan. Kawan-kawan rapat tahu la apa bedna nya. 



Dan Ramadhan kali ini memang betul-betul menuntut kesabaran saya sebagai seorang insan. Semoga segalanya dipermudahkan Tuhan. Amin

Aug 18, 2011

Asam Garam


Ni petua orang-orang tua kalau nak masuk rumah baru. So, mak as orang tua suruh saya letak semua benda alah ni kat rumah baru tu. Mak yang siap-siap kan benda ni semua. Ada asam, garam, gula, lada, bawang, hahahhahaha. Macam cerita musang berjanggut la  pulak. Katanya supaya murah rezeki dan insyallah supaya rezeki tak putus. Wallahualam

Kunci Rumah Dah Dapat


Alhamdulilah dengan segala rezeki yang Allah kurnia kan. Semoga segalanya berjalan dengan mudah.




Ramadhan kali ni agak berbeza sikit kot dengan sebelum ni. Macam-macam hal besar berlaku. Dan yang paling penting rasa nya ini hadiah yang paling best untuk ulangtahun perkahwinan kami.




Kunci rumah pun dah dapat. So slow-slow kita fikirkan apa yang kena buat. Sebab, kalau nak buat sekarang rasa nya tak sempat apa-apa.




Nak-nak dalam beberapa minggu ni kitorg dok berulang alik rumah mak kat Johor. Rumah mak pun ada jugak yang nak dibetul kan itu ini. Sikit je la renovate. Tapi tetap memerlukan kudrat kami untuk mengemas.




So sekali lagi syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi atas segala kurniaan dan rezeki yang dipinjamkan ini. Alhamdulilah

Aug 11, 2011

Butter Golden Churn Ada DNA Babi - Wajib Samak Perkakas Yang Berkaitan

PENGARAH Jualan Di Wannie Cake meletakkan kek lapis Sarawak yang tidak menggunakan  Golden Churn dalam peti ais di kedainya di Satok, semalam.
PENGARAH Jualan Di Wannie Cake meletakkan kek lapis Sarawak yang tidak menggunakan Golden Churn dalam peti ais di kedainya di Satok, semalam.

Pengusaha perlu samak peralatan sebelum buat kek baru

 


KUCHING: Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.

Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini.

Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata berdasarkan hukum Islam, menyamak adalah wajib kepada lebih 400 pengusaha kek lapis di Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.


Daud berkata, proses menyamak mengambil masa kurang satu jam bergantung kepada saiz peralatan dan tidak menyebabkan kerosakan mesin pengusaha.


“Kita dimaklumkan memang ada pengusaha menyediakan stok bernilai jutaan ringgit sejak tiga atau empat bulan lalu, namun apa boleh buat. Ini adalah hukum dan mereka bersalah jika terus menjual kek lapis mengandungi DNA babi.
 

“Bagi pengusaha yang mempunyai banyak simpanan mentega jenama itu, mereka boleh merujuk Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan bagi maklumat lanjut dan pada masa sama menukar mentega kepada jenama yang disahkan halal,” katanya.

Daud berkata, sebelum ini pihaknya meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil dengan kenyataan rasmi pengharaman mentega jenama itu selepas Majlis Islam Sarawak (MIS) berbuat demikian pada 28 Julai lalu.


Katanya, keputusan makmal oleh MIS tidak perlu dipertikaikan kerana ia dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Sarawak menggunakan sampel mentega yang diperoleh secara meluas di pasaran tempatan.



Persatuan akui ramai batal tempahan


KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang status halal kek lapis Sarawak kerana semua 70 ahlinya sudah menghentikan penggunaan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter dan bertukar kepada jenama lain.


Rabiah bagaimanapun mengakui ramai pelanggan menghentikan tempahan sementara selepas isu itu dihebahkan menerusi media.


“Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis di Sarawak halal kerana tidak menggunakan produk itu sejak setahun lalu. Pengguna yang ragu-ragu boleh meneliti sijil halal kami yang dikeluar JAIS,” katanya kepada Berita Harian, semalam.


Sementara itu, isu itu dijangka tidak memberikan impak besar kepada industri kek lapis Sarawak kerana tempahan yang diterima pengusaha terus meningkat menjelang Aidilfitri. Namun, ada pengusaha terpaksa membatalkan tempahan luar negara kerana bimbang ia menjejaskan jualan selepas terpaksa menanggung kos pengedaran yang tinggi.


Pemilik Kedai Kek Di Wannie, Zoraidah Leen, berkata beliau kerugian sekurang-kurangnya RM30,000 selepas membatalkan penghantaran kek lapis ke Brunei dan Singapura walaupun sudah menerima banyak permintaan daripada pelanggan tetap di negara berkenaan.


Katanya, sejak 2007 pihaknya mengedar kek lapis di dua negara jiran itu selain pelanggan di Semenanjung serta tempatan yang setakat ini tidak terjejas.

“Saya terpaksa menerangkan kepada pelanggan di luar negara dan jalan terbaik adalah menangguhkan penghantaran.

“Kerugian boleh ditampung dengan permintaan dalam negara yang stabil kerana saya memang sudah lama tidak menggunakan mentega itu,” katanya.


Sementara itu, pengedar kek lapis Sarawak di Semenanjung, Azman Hezri, berkata isu mentega tidak menjejaskan tempahan penggemar di Semenanjung.


Malah, beliau terpaksa menghentikan tempahan sebelum Ramadan kerana bimbang tidak dapat menghantar bekalan akibat tempahan terlalu banyak.


Setakat ini beliau mengedarkan 1,500 kilogram kek lapis di sekitar Kuala Lumpur dan Semenanjung.


“Isu Golden Churn nampaknya tidak menjejaskan minat orang ramai di Semenanjung. Walaupun ada yang kata macam-macam mengenai mentega itu, masih ramai membuat tempahan sehingga saya bimbang tidak mampu menghantarnya sebelum raya,” katanya.




Sumber : BERITA HARIAN


Ni cerita minggu lepas. Tapi tetap nak story mory lagi sebab geram. Sangat geram dengan diri sendiri bila saya baru je guna mentega ni masa 1st Ramadhan. Serius. Kenapa mentega ni boleh berleluasa jual sana sini. Please la pihak yang berkenaan. Setelah bertahun-tahun, ni ke natijah nya. 


Dah la baru pertama kali nak cuba-cuba buat kek. Then ni pun pertama kali guna butter jenis ni. Biasa kalau mak akan guna butter cap bintang. Tapi ni sebab saya ikut resepi, dan mak pun tak pernah buat kek ni, kita ikut je la step.



Dan pertama kali juga dalam hidup saya praktikan benda yang selama ni saya hanya belajar kat sekolah je. Then dengar cerita-cerita orang je macam mana nak buat. Apa yang saya buat? 



Of coz la samak semua pekakas yang saya dah guna untuk buat kek tu. Seriusly agak gelabah nak start. Eh bukan nak start. Tapi gelabah sebab tak pernah buat. Terus call suami cakap suruh cari tanah. Then, saya balik kitorg laki bini buat sama-sama.




Tugas suami kacau air tanah dulu. Kemudian, baru la saya yang cuci semua



Then ni la pekakas nya





Dan ini assistant yang penyibuk dalam setiap acara




Nak dijadikan cerita, mana lah ingat guna pinggan yang mana, sudu yang mana, mangkuk yang mana masa hidang kan kek tu. Takat loyang tu ingat lah. Hish!!! Nak tak nak samak je la semua pinggan mangkuk yang ada kat dapur tu. Nasib baik lah sikit je harta yang aku ada setakat ni kat dapur tu

Aug 8, 2011

08.08.11 - 3 Tahun



Alhamdulilah. Detik terindah kami menjadi suami isteri telah menjangkau 3 tahun. Masih baru. Masih muda. Masih berputik lagi. 




Harapan dan doa semoga perkahwinan yang dibina atas dasar cinta ini menjanjikan syurga buat kami berdua. Insyaallah. Dan semoga segala rintangan dan dugaan dapat dihadapi dengan sabar. 



Buat suami ku, terima kasih kerana sudi menerima cinta ini. Terima kasih kerana menjadi teman sehidup semati. Semoga cinta kita kekal hingga ke syurga sayang



Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Dan semoga mereka berjaya dunia dan akhirat


Amin

Aug 4, 2011

Budak Panjang Akal Menyorok Tak Nak Makan Ubat

Dalam usia menginjak setahun sebelas bulan, makin panjang akal dia. Serius. Demam kali ni punya la hazab nak kasik dia makan ubat. Kalau hati mak tak kering tak payah la kasik. 


Panas badan dia dah la turun naik turun naik je. Kita ni risau. Ye la. Lebih baik selsema daripada demam panas bak kata doktor. Takut sawan je.


So, nak tak nak doctor kasik kitorg ubat bontot. Masuk bontot. Setel. Tak payah la kau nak bergaduh anak beranak pasal ubat. Cuma ubat antibiotik je la memang ada adegan paksa memaksa


Tengok la ha. Ni dia nak larikan diri ni. Nampak mama pegang ubat. Yang sedap nya, siap senyummmmm mama nak amik gambar.




Pandai ye menyorokkkk.... Ingat mama tak boleh tangkap dia la tu. Kecik-kecik dah pandia kelentong eh. Celah mana nak menyorokkkkk???

Aug 3, 2011

Si Kecik Sudah Sembuh

5 hari menjaga si kecik demam. Kali ni demam nya susah pulak. Turun naik turun naik je panas. Dah la tu. Merengek je. Merengek merengek dan merengek. Puas dah pujuk. Pun tetap merengek




Makan tak nak. Susu tak nak. Tapi dia sangat aktif. Sebab nya dia banyak minum air masak. Syukur. Tu sebab badan dia masih boleh nak gerak main-main.



Luluh hati saya kali ni bila dia asyik lah merengek. Tak tahu apa yang dia nak. Nak cakap tak tahu. Apa yang dia cakap pun saya tak faham.



Mula-mula sebelum ni Rabu malam Khamis, suami dah hantar si kecik ni pergi panel klinik yang 24 jam. Masa ni lebih kurang pukul 11.30 malam. Doctor hanya cek demam sahaja. Selain dari tu doctor cakap, kalau muntah lagi esok datang balik.



Itu je??? Cek demam kat dahi dengan pesanan penaja, esok kalau muntah lagi datang balik.



Then, Khamis tu memang tak muntah. Cuma dia lemah je lagi. Selera semua tak de. Khamis saya dah sampai Melaka. Malam tu mencanak-canak panas badan nya. Takut sangat. Saya basah kan kain lampin. 1 letak kat kepala, 1 kat badan. 



Yang jadi masalah nya, dia tak nak kita letak apa-apa kat badan dia. Selak baju dia pun tak bagi. Nak tak nak, malam-malam tu paksa je mandi. Ye lah. Nak kasi badan dia sejuk.



Esok nya (Jumaat) badan dia masih panas. Suami balik kerja je terus ajak pergi panel klinik yang memang kitorg selalu pergi. Yang ni sebab apa kitorg suka berbanding dengan klinik pertama tadi, sebab nya servis dia tip top. Walau pun hanya panel klinik, tapi doctor-doctor kat situ tahu melayan pesakit. Bukan sekadar nak cari untung je. 



Kali ni dah nekad. Kalau warded, warded la ni. Sian wei tengok dia lemah.



Tapi no need to warded sebab everything is ok. Paru-paru ok. Mulut ok. Tangan ok. Hanya demam panas nya je yang kena jaga-jaga sebab takut sawan. Doctor tanya, air liur dia ni meleleh memang atau pun baru ni meleleh. Kitorg kata, air liur dia memang meleleh je doctor. So, that's ok sebab dikhuatir tanda-tanda sawan.



Selain daripada ubat klinik, saya tetap guna kaedah traditional. Saya mandi kan dengan air asam jawa. Walaupun dia melalak eeeeeeeeeee geli!!! Eeeeeee!!! Asyik la eeeeeeeeee sebab geli. Melalak lalak. Habis nak buat macam mana. Nak cepat baik, kadang-kadang kena jugak paksa bab-bab macam ni.



Selain dari tu, suami saya dok petik daun bunga raya. Orang kata boleh jugak sejukkan badan yang panas tu. Kemudian, suami beli kan air badak. Yang ni dia terpedaya sikit. Dia tak tahu tu ubat. Laju je minum.




Cerita pasal ubat??? Ya Allah!!! Sikit punya hazab nak kasik makan ubat. So, mak nya memang tak de timbang rasa. Masa masukkan ubat picit hidung dia kuat-kuat. Kalau tak, dia ludah-ludahnya ubat yang dah masuk kat mulut dia tu.



Alhamdulilah dek kerana kesabaran kami suami isteri, Rayyan Adam sembuhh dari demam. Kesannya, doa saya termakbul. Demam tu dipulangkan kepada saya pulak. Tak pe. Saya redha. Asalkan anak bujang saya tu sihat sejahtera, syukur alhamdulilah.



Mak saya kata, demam Rayyan Adam kali ni sebab nak pandai bercakap. Ye puan-puan, anak saya masih belum mahir lagi bercakap. Walau pun dah mula menyebut beberapa perkataan. Tapi masih belum lancar.Tak pe ye sayang. Demam nak tambah akal ye. Bijak bijak



So, dari hari Jumaat tu, baru hari ni bekerja (Rabu). Mama tak letih tau jaga sayang. Selagi mama boleh sabar, mama sabar. Janji anak mama sihat.

Safee Sali Dan Rakan Macam Monyet

Pagi tadi dengar berita kat Hot FM. Marah wei!!!! Saya sebagai rakyat Malaysia sangat marah dengan isteri salah seorang pemain Singapura yang menggelarkan Safee Sali dan seorang rakannya macam monyet semasa perlawanan antara Malaysia dan Singapura tempoh hari.




Safee suruh isteri pemain tu minta maaf. Saya tak ingat sape nama isteri pemain tu. Tapi yang saya dengar nama nya ialah Melayu. Kalau dah Melayu maknanya Islam kan. So, tergamak nak gelar kan orang macam tu???




Korang dah menang boleh la nak cakap macam tu. Dah menang dah la. Ye memang kitorg kecewa. Tapi akuu sikit pun tak marah kat player Harimau Malaya tu tau. Tapi aku marah kau cakap rakyat Malaysia sama dengan haiwan.



Serius aku marah!!!

Wordless Wednesday - Demam