LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 28, 2010

Isu Aqiqah


Now saya nak share sedikit info atau ilmu yang saya tahu serba sedikit mengenani aqiqah. Ini berikutan ada yang bertanya atau isu bila masa saya cakap tentang Kambing Aqiqah Rayyan Adam dan juga Majlis Aqiqah Rayyan Adam tempoh hari. So, today sharing is caring right?




Majlis Aqiqah Rayyan Adam dibuat apabila saya maminta izin dengan sepupu saya untuk menumpang pada majlis kahwin dia 17.10.2010. Plan asal saya nak buat pada Raya Haji ni. Tapi disebabkan, apa salahnya saya nak menumpang kat majlis orang kan. Nak-nak bukan nya siapa pun. Sepupu.



Before that, saya nak share la pasal aqiqah. Aqiqah disebut dalam hadis  

 ” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

“Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Suna )  



Dari sudut bahasa pula aqiqah bermaksud

‘Tolakan’, iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.



Kemudian falsafah aqiqah pula menyatakan bahawa

Aqiqah dilaksanakan untuk memperlihatkan tanda kesyukuran kita kepada Allah swt terhadap kurniaan cahaya mata


So, antara isu-isu yang dipersoalkan bila kami suami isteri buat keputusan membuat majlis aqiqah di majlis perkahwinan ialah:


  • Boleh ke buat sekali dengan majlis perkahwinan?
Sah la aqiqah tu. Kan nak bagi orang makan. Tak de yang kata kena buat kat majlis kahwin ke, doa selamat ke bla bla bla ke.


  • Habis nanti yang datang makan orang kafir macam mana? Kafir yang dimaksudkan mestilah orang Cina ke, India ke kan. Boleh ke orang kafir makan?
Yang mengatakan haram ialah dari mazhab Syafie. Tapi ada sebahagian ulama yang berpendapat hukumnya harus jika kita menjamu daging tersebut kepada kafir yang tak memerangi Islam. So, kita boleh follow pendapat ulama yang lain ni. Sebabnya tiada dalil yang menyatakan tentang haram bagi makan daging aqiqah kepada orang bukan Islam. Kafir di Malaysia ialah kafir yang bukan memerangi Islam sebab mereka semua bayar cukai untuk berlindung di bawah undang-undang negara Islam. Betul tak. Huhuhu


  • Habis nanti kalau tetamu tak tahu tu kambing aqiqah, mesti diorg buang sepah-sepah tulang nya
Tiada dalil yang menyatakan tentang tulang tersebut harus disempurnakan bagaimana. Sisa bagi kita, makanan bagi orang lain. Hanya terdapat dalil yang menyatakan bagaimana mahu memasak kambing tersebut. Tulang-tulangnya sunat dimasak secara besar-besar tanpa dikerat kecik-kecik. So, kalau masak kena guna periuk besar la kot sebab tulang nya kalau boleh jangan dipatah-patahkan.


  • Macam mana kalau kita terima duit dari tetamu? Ye la adat orang sekarang kan suka bagi-bagi duit kalau ada majlis keraian apa-apa kan.
Hukumnya haram. Dan nasib baik sebab kami tumpang majlis orang. So, kami bukan tuan rumah. Biasa orang akan bagi tuan rumah duit kan


  • Kita yang buat aqiqah tu boleh makan tak dagingnya? Sedara mara, adik beradik boleh makan ke? Bukan tu kena sedekah ke?
Ni mengikut yang saya baca la eh. Daging aqiqah yang hukumnya sunat boleh dimakan oleh diri sendiri dan juga ahli keluarganya. Yang tak boleh dimakan dan hukumnya haram ialah daging aqiqah wajib iaitu siapa-siapa yang berniat nazar untuk buat aqiqah, maka ia ialah aqiqah yang wajib. So, dalam kes saya, kami tidak bernazar apa-apa dan hanya menjalankan sunat muakad yang mana jika kami mampu.


  • Untuk pengetahuan saya buat seekor kambing je untuk aqiqah Rayyan Adam. Bukan anak lelaki 2 ekor kambing ke? 
Hukum 2 ekor kambing untuk anak lelaki ialah sunat bukannya wajib. Menurut satu hadis riwayat yang bersumber dari Ibnu Abbas r.a., menyatakan :"Rasulullah SAW telah mengakikahkan buat Hasan dan Husain masing-masing satu ekor kibasy." (HR Abu Dawud). Wallahu a’lam 
  • Habis kalau ada duit lagi lepas ni boleh la sambung buat yang seekor kambing lagi kan.
Kalau ada duit nak buat sekor lagi, majlis tu dah tak jadi majlis aqiqah sebab aqiqah yang pertama sahaja yang dikira. Majlis tu lebih kurang macam majlis jamuan biasa je. Bagi makan-makan kat orang.


  • Kenapa anak lelaki 2 ekor? Anak perempuan seekor? Kenapa mesti berbeza?
Sebab lelaki lagi besar tanggungjawabnya. Contohnya lelaki akan menanggung segala dosa anak bini dan juga dosanya sendiri.



Segala info yang saya dapat saya baca dari sini. Baca lah tentang aqiqah ni sebab ada macam-macam lagi isu yang timbul yang saya tak story kat sini coz tak de orang tanya saya pasal tu. Huhuhu.

Oct 27, 2010

Syukur

Syukur sangat-sangat Rayyan Adam dah sihat sepenuhnya. Apa yang penting kini, kesihatan suami, anak dan mak. Juga kebahagiaan kami sekeluarga. Mohon semua doakan kesejahteraan kami sekeluarga dan ketabahan saya anak beranak. Semoga segala yang berlaku dijadikan pengajaran di kemudian hari. Perjalanan hidup kita masih panjang.


Oct 26, 2010

Update Kesihatan Rayyan Adam



Saya masih dalam EL untuk semalam dan hari ini. Maybe esok dah naik keje. Update kesihatan Rayyan Adam buat masa ni.



Badan beliau sudah mulai sejuk sepenuhnya sebanyak 90% tapi tidak termasuk kepala. Kepala nya kejap sejuk kejap panas. Kadang-kadang takutkan kami je.



Apa yang saya buat sepanjang saya jaga beliau sepenuh masa

  • Setiap hari pagi dan petang saya akan mandikan dengan air asam jawa
 
  • Bagi minum air kelapa beberapa sudu setelah sejam dua bagi ubat
 
  • Ubat bagi ikut time tanpa putus
 
  • Lap setiap inci badan dengan kain basah
 
  • No baju panjang. Hanya CD dengan singlet je pakaian rasmi beliau buat masa ni
 
  • Tidur kipas sentiasa di kepala
 
  • Disebabkan beliau tak nak minum susu sangat, saya cuba bagi vitagen. Ok sikitlah dia nak minum
 
  • Saya ada jugak pergi minta air penawar. Dari sudut yang lain kita berusaha jugak. Katanya Rayyan Adam terperanjat dengan orang dan kucing. Wallahualam
 
  • Selain daripada pergi minta air penawar, saya memang buat kawalan keta tak bawa dia pergi mana-mana walaupun keluar depan rumah
 
  • Mungkin selepas kejadian ini, saya tidak akan bersuka suki membiarkan anak saya dicium oleh sesiapa sahaja. Minta maaf. Bukan sombong tak nak bagi anak kat siapa-siapa. Tapi ni semua untuk kesihatan anak saya jugak sebab ini anak saya.

Oct 24, 2010

Rayyan Adam Positif Influenze A

Rayyan Adam Positif Influenze A but syukur it's not H1N1. Petang Jumaat saya balik dari JB singgah Air Hitam nak amik mak dan Rayyan Adam balik Melaka. Ingat nak stay lama sikit coz nak tengok ulangan Amazing Race Asia pukul 7 petang.




Then, masa saya dukung Rayyan Adam mak kata dia macam demam. Start petang tu la mak kata. Saya pun pegang sana sini badan dia. Panas sangat. Terus tak jadi nak stay. Cakap kat mak nak terus balik Melaka sekarang jugak sebab takut specialist child clinic yang selalu  saya pergi tutup pukul 9 malam. Saya bukan tak nak pergi klinik area Air Hitam or Parit Raja. Tapi saya dah beberapa kali kena dengan doktor yang cek ala-ala cincai macam aku tak bayar pulak servis diorg. Abang Long ada cakap kat area Batu Pahat ada jugak specialist children. Tapi tu lah. Saya takut amik masa pulak nak mencari mana tempatnya.




Terus bergegas balik Melaka dan suami pun dah tunggu kat klinik tu area Batu Berendam. Doktor cek semua benda dan doktor bagi tempoh sampai Isnin. Kalau tak kebah jugak datang balik takut kot-kot ada penyakit lain such as denggi. Bila dengar perkataan denggi je kami laki bini dah berdebar. Takut.




Bila dah balik dari klinik semua lapar. Suami decide tak nak makan kat kedai n tapau je bawak balik coz bimbang kesihatan anak. Sampai rumah saya terus lap Rayyan Adam dengan tuala basah. Bagi makan ubat. Selera beliau untuk susu tak de. Kami masih susah hati lagi. Tapi dalam pada tu Rayyan Adam aktif. Main macam biasa. Panjat sana panjat sini. Cuma bila penat dia akan merengek. Selalunya dia bukan seorang baby yang suka merengek.





Malam tidur, Rayyan Adam masih merengek. Gelisah sana, gelisah sini. Saya pakaikan jugak cool fever beli kat farmasi. Suami bangun pagi subuh tu nak pergi kerja, saya cakap badan Rayyan Adam masih panas. Panas yang menakutkan. Terus suami kata tak nak pergi kerja dan suruh saya siap pergi hospital. Then pergi Hospital Pantai, sekali lagi jumpa specialist kanak-kanak kat hospital ni pulak.




Kali ni doktor kat Hospital Pantai cek lagi detail. Demam masih macam semalam. Cuma doktor suggest untuk cek virus Influenza coz dalam 2 minggu kebelakangan ni virus ni sedang merebak lagi-lagi dalam keadaan cuaca jerebu yang sedang melanda. Kami setuju untuk cek coz harga nya tidak lah terlalu mahal. Cuma RM60 untuk setiap pemeriksaan.




Hmm masa doktor cek, perasaan sedih bila tengok anak melalak sakit kena jolok anak tekak, jolok hidung. Doktor pegang badan. Pembantu dia pegang tangan. Saya pegang kaki. Rayyan Adam menangis kuat-kuat. Sedih. Kecik sangat badan dia nak terima semua ni.





After 15 minit, doktor call again and the result is positif. Mengggigil badan saya bila dengar keputusannya. Kami pun tanya apa tindakan susulan. Doktor said no need to worry coz ini hanya lah Influenza A dan bukannya H1N1. Tapi masih lagi adik beradik H1N1. Then doktor bagi ubat kat bontot.  Kami pun decide tak nak warded Rayyan Adam and just quarantine beliau di rumah sahaja.




Mungkin ramai ingat penyakit Influenza ni mesti H1N1. Saya pun bukan ada ilmu tentang perkara ni. Selepas anak kena baru terasa ingin mengetahui lebih lanjut. Tapi syukur doktor kata ini bukan lah H1N1. Cuma mungkin selepas ni kalau saya rajin saya akan google tentang penyakit nii lebih lanjut untuk kita share bersama.




Apa yang penting now saya memang tumpukan sepenuhnya hal penjagaan Rayyan Adam. Berkemungkinan besar Rayyan Adam terjangkit masa kenduri Majlis Aqiqahnya minggu lepas. Ni, nak keluar rumah petang-petang pun saya tak bagi. Biar je dia duduk dalam rumah. Virus ni boleh merebak pada sesiapa sahaja. Mungkin kami semua boleh terjangkit sama. Sebab tu la saya suruh mak duduk je rehat dalam bilik. Biar saya yang jaga Rayyan Adam sepenuhnya. Lagi pun mak kan warga emas. Golongan ni pun golongan yang mudah dijangkiti apa-apa penyakit. Wallahualam.




So, parents jangan ingat demam anak biasa-biasa tu biasa je. Tak salah pergi cek tengok anak apa yang patut dalam keadaan negara kita dilanda macam-macam penyakit berjangkit sekarang. Tak mahal pun. Kita mampu. Saya rasa hospital kerajaan pun ada provide untuk vaksin virus ni. Apa yang penting kesihatan anak kita. Jangan biar 2-3 hari baru nak pergi cek. Kesian kat baby tanggung sakit. Kita sakit tahu cakap. Baby sakit apa yang diorg tahu. Nangis. Merengek. Buat lah apa yang patut untuk kesihatan anak.




Mohon pembaca semua doakan Rayyan Adam cepat sembuh dan bebas dari sebarang penyakit.




See... Rayyan Adam still aktif walaupun sakit. Ni ayah layan Rayyan Adam masa tunggu turn kat Hospital Pantai Melaka

Oct 22, 2010

Lawak Suami Isteri

LAWAK 1 


Isteri : Kenapa muka abang banyak jerawat ni. Macam orang period pulak keluar jerawat.

Suami : Memang lah abang tengah period ni. Berketul-ketu keluar darah.

Isteri gelak-gelak

Isteri : Nak tengok celah mana keluar?

Sambil tangan isteri cuba mencari. Suami pun cepat-cepat elak. Ha tahu takut




LAWAK 2 


Isteri sedang leka manyanyi lagu Ku Mahu by Siti Nurhaliza secara laju dan hafal semua lirik

Suami : Biasa orang yang hafal lagu laju macam ni orang yang suka membebel je.

Isteri bengang sebab kena perli. Auwwwccchhh!!!



LAWAK 3


Suami : Sayang tengok tak iklan cerita baru Farid Kamil dengan Nora Danish? Ada ke Farid Kamil cakap nasi lemak 50 sen


Isteri : Wah abang suka la eh iklan macam tu


Suami : Abang nak nasi lemak 80 sen boleh?


Isteri : Singgit setengah pun boleh bang.



Ni segelintir lawak kami suami isteri. Jangan marah aaaa. Hmm walaupun jauh, kami tetap bergurau senda serta bahagia tau.
 


Oct 21, 2010

Kenapa Abang Cintakan Sayang???

Cerita dari email



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?


Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.




Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”



Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,




“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.




Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.




Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.




Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”




Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….. 



 
 
 
 
Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan......
 
 
 
Hmmm kena tunggu koma la baru dapat bukti macam ni. sobsobsob 

B.O.T.A.K Again

Ni kali ketiga Rayyan Adam dibotakkan. Tapi kali ni tak licin macam dulu. Rambut dah panjang. Dia ni jenis suka tarik rambut. So, memang panjang sikit je mak bapaknya dah risau-risau.



New look





Alang-alang pergi rumah Kak Lang kat Seremban hari tu, pinjam dia punya sodok, sodok kepala budak kecik ni. 
 




Hmmm abaikan je la pic suami aiii yang seksi tu. Jangan tengok lama-lama pulak eh


Oct 20, 2010

Melaka Maju 201020102010

Sana sini orang sebok dok bercerita tarikh cantik tertarik menarik kau memang debommm ni. Kalau tarikh ni jatuh Jumaat or Sabtu or Ahad, berpeluh tangan tok kadi nak salam tangan pengantin. Konpom la ramai yang nak nikah tarikh ni. Silap hari bulan memang ada pun orang yang nikah hari ni. Yang mana dapat lahirkan baby hari ni kira bertuah la tarikh lahir anak senang nak ingat.





Okey berbalik pada cerita Melaka Maju 201020102010 (20.10.2010 jam 20:10). Walaupun saya ni bukan orang Melaka dan ic menunjukkan saya ni orang Johor, saya nak jugak menyebok bervangga. Mahu tak bangga. Suami dengan anak aiii orang Melaka tau. IC Melaka tau. Orang nak kata aku menyebok ke apa ke lantak la ye. Namun, hati dan jantung masih tetap setia dengan negeri kelahiran tanah tumpah darah negeri Johor tau. Masih belum nak durhaka lagi.





Ni semalam saya pergi tengok raptai. Panas wooo. Rayyan Adam pun tak selesa. Kitorg balik awal. Paling best tengok anak Kak Ana buat persembahan tu yang kat atas padang bersesak-sesak ramai budak sekolah. Pertama kali tengok anak sedara sendiri buat show bangga you. Sekali lagi. Anak sedara saya  tau bukan anak sedara suami. Pada hal mak nya sikit tak peduli anak dia masuk benda-benda tu semua sebab dah biasa. Mana-mana acara pun anak dia akan join. Biasa lah aii ni over tau. Siap dup dap jantung masa dia masuk padang.





Okey la. Tahniah Melaka bandar warisan dunia. Errkkk Encik Melaka. Nak tanya sikit boleh? Ni dah jadi negeri maju dah. Bila nak amik saya kerja dengan anda. Saya kalau kerja dengan Encik gerenti tambah maju la. Hmmm lagi pun ada YB suggest saya tukar alamat IC. Sobsobsob sedih nak tukar dari Johor ke Melaka. Wellll saya akan tukar tak lama lagi. Tapi bukan bermakna saya berpaling tadah tau Encik Johor. Saya masih setia.






Encik Melaka, kalau amik saya kerja dengan Encik saya boleh jadi duta tau. Duta Melaka. Hmmm free pun tak pe. Menarik tak gambar kami sekeluarga jadi duta Melaka macam ni.


 

16.10.10 - Majlis Aqiqah Rayyan Adam

Alhamdulilah selesai sudah majlis aqiqah untuk anak sulung kami Rayyan Adam. Semoga apa yang kami lakukan diterima keberkatan oleh-Nya. Dan juga moga kambing ini dapat membantu Rayyan Adam meniti titian siratulmustaqim kelak. Dengan termetrainya majlis ni moga Rayyan Adam terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran serta terlepas dari syaitan dalam urusan dunia dan akhirat. Semoga anak ini akan memberi syafaat sepenuhnya buat kami suami isteri. Amin.








Kambing ni agresif dan garang. Nak tak nak kena ikat dia kuat-kuat sebab takut masa sembelih dia boleh meronta dengan kuat melepaskan diri. Huhuhuu... Kesian kat suami bertungkus lumus berlawan dengan kambing ni. Malam terus condem.






Tutup dengan daun pisang bahagian kepalanya sebab takut darah memancut.





Sila tahu ini hanyalah lakonan semata-mata yang konon-konon suami meyembelih kambing ni. Mana ada orang sembelih rileks-rileks sambil tersenyum lebar.





Yang menonggeng tu abang saya ye. Puan isterinya sila tersenyum ye gambar suami kamu masuk blog saya. Huhuhuhu.




Sampai ke malam masih tak siap lagi bersihkan kambing ni.




Actly, ni baru 1st time saya mengadap haiwan yang kena sembelih secara berani. Perasaan tu tak de la takut sebab dah tutup dengan daun pisang kan tadi. Cuma sedih jugak lah tengok kambing tu kena sembelih. Dalam masa yang sama terharu sebab saya buat ni semua untuk anak pengarang jantung hati saya ni. Semoga segalanya diberkati Tuhan. Amin

Oct 14, 2010

Cakap-Cakap Orang

Ya Allah Ya Tuhan ku, kau jadi kan lah mereka-mereka sedar dan kembali meminta maaf kepadaku, meminta ampun kepada-Mu. Mereka-mereka yang suka berkata tentang kelebihanku, mereka-mereka yang suka mempersendakan tentang kebahagiaan rumahtanggaku, mereka-mereka yang suka bercakap tentang kemampuanku. Amin...




Hidup ini ibarat roda. Pernah satu ketika saya memang ada terduduk di bawah. Selalu berdoa untuk berada di atas. Alhamdulilah. Tuhan kurniakan nikmat kebahagiaan. Syukur sangat-sangat. Semoga saya akan terus success tanpa terlalu memikirkan cakap-cakap orang. Tolong lah Tuhan ku elakkan diriku dari mengambil berat cakap-cakap kosong orang luar yang tiada gunanya.




Kalau diikiutkan cakap orang, mungkin saya pun tak jadi orang. Kalau diikutkan cakap orang, siapa mahu bagi saya makan? Kalau diikutkan cakap orang, siapa mahu bagi saya rumah, bagi saya kereta, bagi saya kebahagiaan rumah tangga? Siapa? 




Thanks sangat-sangat untuk seluruh family saya yang banyak sokong saya selama saya hidup ini. Tak ternilai dengan kata-kata, dengan wang ringgit, dengan harta benda segala sokongan mereka. Hanya sokongan walaupun tiada mampu untuk hulurkan bantuan. Syukur atas segala pinjaman nikmat di dunia ini.




Semoga saya akan sentiasa kental dan menjadi profesional bukannya emosional dalam menepis telinga dari cakap-cakap yang boleh menjatuhkan saya. Selagi saya mampu menjaga maruah suami, maruah anak, maruah mak dan seluruh keluarga, saya akan cuba dengan kehendak Allah. Amin...




psssttt psssttt now pms. sebab tu emosi tak terkawal kot

Oct 13, 2010

Bila Nak Tambah Anak?



Anak sulung saya dah menjangkau usia setahun 29.09.2010 yang lepas. Maka soalan cepu cemas sekarang ni, ha bila nak tambah anak, ha bila nak tambah lagi satu, ha bila nak bagi kawan kat Rayyan Adam, bla bla bla bla.





Sangat cepu cemas semua soalan yang berkait pertambahan ahli keluarga. Huhuhu... Tapi saya tak kisah pun. Saya akan jawab sedaya mungkin. Sedia maklum saya memang sedang merancang penambahan ahli keluarga. Sejak bersalinkan Rayyan Adam, saya amik suntikan perancang setiap 3 bulan sekali.





Pertama-tamanya....Saya bukan tak nak tambah anak. Kami suami isteri memang nak sangat tambah anak memandangkan umur masih muda ni apa salahnya beranak ramai-ramai. Nanti dah  tua tak payah la fikir pasal nak tambah-tambah ni. Anak ramai best sangat macam adik beradik kami suami isteri. Meriah. Kalau sikit memang tak best langsung la kitorg tengok. Tu pada pandangan kitorg. So, memang suka kalau ada rezeki ramai anak. Atleast bila kita tua, kita ada banyak pilihan anak mana yang nak jaga kita kan. Macam mak saya sekarang. Pilihan hanya di hujung jari. Huhuhuhu...





  • Umur Rayyan Adam baru setahun. Rayyan Adam ditakdirkan menjadi anak sulung. Makanya jika saya berpeluang mengandung lagi, saya tidak mahu Rayyan Adam beranggapan dia merasa tersisih dengan kehadiran adik nya. Pendek kata, saya mahu dia puas berkasih sayang bersama kami sebelum memikul tanggungjawab sebagai abang yang sulung. Tapi plannya mungkin lah tidak terlalu lama. Mungkin lagi 2 atau tiga tahun



  • Paling ketara sekarang penyebab utama kenapa saya merancang kerana saya berjauhan dari keluarga saya. Saya tak duduk sebumbung dengan suami. Tak duduk sebumbung dengan anak. Macam mana saya nak tambah anak kalau semua anak saya tinggalkan duduk dengan emak dan suami saya. Kami memang dah berbincang, selagi kami tak duduk sebumbung selagi tu saya akan teruskan perancang ni.



  • Lagi pun disebabkan saya duduk jauh dengan anak saya. Dengan berulang alik setiap minggu baru boleh jumpa anak, saya masih tak puas lagi curahkan sepenuh kasih sayang untuk Rayyan Adam. Saya tak puas lagi bermanja dengan Rayyan Adam. Bagi lah sikit masa lagi. Masa bila saya dapat duduk serumah dengan family.



Pada kawan-kawan pembaca semua doakanlah saya sekeluarga dapat duduk serumah normal seperti keluarga lain secepat yang mungkin

Oct 12, 2010

Kambing Aqiqah Untuk Rayyan Adam

Insyallah 16.10.10 ni akan ada lagi majlis untuk anak sulung kami. Seboleh mungkin kami suami isteri cuba buat yang terbaik selagi mampu untuk anak ini. Rayyan Adam anak mama, jadilah anak yang soleh. Berbaktilah pada orang tua kelak. Jadilah abang yang bertanggungjawab. Semoga anak mama jadi insan yang berguna dan dipermudahkan urusan hidupnya dunia dan akhirat. Amin.





So, hari Ahad lepas saya pergi tengok-tengok mana kambing yang sesuai dan mengikut kemampuan kami suami isteri. Alhamdulilah segala urusan selesai. Tinggal tunggu masa untuk disembelih sahaja.





Kambing hitam menjadi pilihan. 1 sebab umurnya yang dah cukup 2 tahun. 2 sebab jantan bukan pondan ye.




Rayyan Adam anak mama, ni je yang mampu mama dan ayah buat kamu. Pastinya kami akan mendoakan yang terbaik untuk kamu dan adik-adik kamu.




Rayyan Adam  bersama Pak Jang saya yang banyak membantu dalam urusan pembelian kambing. Thank you so much Pak Jang. Kalau lah arwah abah ada lagi, tak payah nak susahkan orang luar. Tapi dah bukan rezeki saya kan. Arwah abah pergi tanpa sempat menimang anak saya. 



Rayyan Adam masa ni sangat takut dengan kambing-kambing ni. Huhuhu. Gila kelakar sebab dia menangis macam kambing ni nak geget dia. Nasib masa snap pic ni dia belum nangis lagi. Hahaha

Oct 11, 2010

Tragedi Oktober 10.10.10

Menitik juga air mata perempuan saya bila melihat berita tentang kematian tragis kemalangan ngeri melibatkan bas dari Melaka. Sebak betul dada bila tengok keluarga mangsa meratap merintih melihat yang tersayang pergi sekelip mata. Walhal rasanya baru saja menghantar yang tersayang ke Melaka Central. Tup tup saya rasa tak sampai dalam lebih kurang 1 jam berita sedih sudah diterima.




Ya Allah Ya Tuhan ku... Kau jauhkan lah aku serta keluarga ku daripada musibah kemalangan seperti ini. Selamatkan lah aku dan juga keluargaku dari perkara-perkara seperti ini. Amin.




Tak dapat dibayangkan bagaimana keluarga mangsa menerima kenyataan bahawa yang tersayang pergi buat selamanya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Anggaplah ini semua dugaan Tuhan. Malang tak berbau. Di mana-mana sahaja pasti ada musibah. Segalanya hanya penyebab.




Pada pandangan mata kasar, pasti kita dah mula fobia untuk naik bas ekspress. Tapi apa pilihan yang kita ada. Kereta? Sedangkan kereta yang tak bersalah pun terbabit dalam kemalangan ini. Apa lagi pilihan yang kita ada? Semua ini telah tertulis. Walau kita naik apa sekali pun.




Ingat lah wahai pemandu sekalian. Silalah berhati-hati ketika memandu. Kalau pun ada tidak memikirkan nyawa penumpang yang lain mungkin sebab mereka bukan keluarga anda. Tapi fikirlah keluarga anda. Fikirlah ratapan mereka ketika kehilangan anda. Fikirlah tentang anak-anak. Sampaikah hati anda melihat anak anda menjadi yatim. Lantas jika mereka menjadi yatim, kepada siapakah lagi mereka mahu mengadu selepas ini?




Saya mungkin sebagai saksi yang jauh daripada kejadian sebenar tragedi ini hanya ingin menyatakan satu fakta yang sahih. Ya. Saya memandu setiap minggu di PLUS. Seboleh mungkin saya tidak akan mendekati kenderaan seperti bas terutamanya disebabkan kelajuan bas yang luar biasa. Sepengetahuan saya, laluan kenderaan berat termasuk bas hanya dibolehkan di lorong pertama dan kedua sahaja. Tapi lihatlah sebagai logik akal dalam kemalangan ini bagaimana bas tersebut boleh melintas hingga ke laluan bertentangan jika bukan kerana bas terletak di lorong ketiga sebelah kanan?




Saya selalu memesan kepada diri sendiri supaya berhati-hati ketika memandu. Lebih-lebih lagi saya mempunyai anak. Seperti yang saya kata tadi. Saya tak sanggup ada anak yang menjadi yatim disebabkan kecuaian seperti ini. Sedih bila memikirkannya. Malah kalau suami yang memandu pun, mulut saya tak akan berhenti membebel mengarahkan itu ini. Dan juga saya tak akan naik dengan pamandu baru yang kurang cekap dalam pemanduan kerana bimbangkan hal-hal seperti ini lah.




Walau apa pun ini semua sudah ketentuan takdir Tuhan. Kita hanya merancang. Segalanya Tuhan yang tentukan. Selagi kita boleh elak, kita elak. Bahaya ada di mana-mana sahaja. Malang tak berbau bak kata orang. Saya sebagai seorang anak, isteri dan ibu hanya mampu bersimpati kepada keluarga mangsa. Al-Fatiha buat semua yang meninggalkan kita buat selamanya. Bagi yang sedang dirawat saya berdoa semoga kalian semua cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini.

09.10.10 Birthday Party Rayyan Adam 1 Year Old

Alhamdulilah majlis untuk menyambut ulangtahun putera kami yang pertama berjalan lancar walaupun lewat dari tarikh sebenar. Majlis hanya kecil-kecilan menjemput keluarga terdekat. Memang tak de jemputan rakan-rakan. Insyallah bila kami dah berpindah mungkin ada rezeki untuk semua orang.




So far semuanya ok dan kami suami isteri amat berterima kasih kepada keluarga yang dari  Melaka, Johor, dari Bangi or dari KL turun sama-sama raikan putera kesayangan kami. Majlis pun meriah dan staff yang patah kaki tu sanggup masuk kerja awal untuk handle majlis ni. Tq very much.




Now layan je la pic dari hp yang mana bukan saya yang amik sebab tu gambar tak cantik. Kameradigitalcanggih tertinggal pulak kat rumah. Hp ni anak sedara yang setting, tak tahu la apa yang digodaknya sampai semua gambar jadi pekinsen.







 Kek sponser dari KFC RM40. Tak best sangat tapi ok lah sebab free. Nasib baik habis licin kek ni.




Ni pulut kuning hasil tangan mak dan ini adalah hadiah untuk cucu kesayangannya. Gila sedap pulut kuning ni sampai ada yang tapau bawa balik. Makanan luar adalah diseludup sacara aman kerana hukumnya tidak boleh membawa makanan luar ketika majlis berlangsung. Hahahha



 Jangan pandang belakang!!!!











Mak pun pandai menghormati majlis dengan memakai bendalah kat kepala tu.








Tiup lilin dan potong kek time. Sila tahu besday boy hari ini memang tiada mood yang memuaskan. Semua orang dia tak nak selain mak bapak dia dan neneknya. Emak nya sangat sibuk pagi tu sehingga terlupa mencukupkan tidur besday boy. Bila tak cukup tidur harap maklum je la ye. Merengek sana sini.









 With mak buyung yang sedang menghitung hari











Budak-budak yang exited tunggu game dan kalau menang dapat hadiah. Walaupun pada saya entah apa-apa hadiahnya. Tapi pada budak-budak ni, Ya Allah sukanya!!! Anyway saya berpuas hati lah staff yang patah kaki tu layan budak-budak ni







Balik je rumah mak bapak nya yang exited buka hadiah. Hahahha... Jangan marah aaaa. Rayyan Adam dah kepenatan tertidur awal. Then bila bangun je tidur gila tamak semua mainan yang ada dia nak main. Sampai tak tahu nak main apa. Ya Allah anak aku.



Alhamdulilah semua orang pun berpuas hati saya tengok. Dan kalau ada yang terkurang minta ampun minta maaf. Sekali lagi kami suami isteri berterima kasih kepada semua yang sudi hadir. Tak lupa jugak kat staff KFC yang bertungkus lumus jayakan majlis. Tahun depan insyallah kami jamu ayam goreng lagi yang kami goreng sendiri. Jangan takut kali ni lagi banyak maybe kami beli 50 ekor. Huhuhuu.