LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 28, 2010

Selamat Bertunang Zairul & Zaini

 



Zairul ialah sepupu Rayyan Adam. Ha??? Apa???Sepupu Rayyan Adam dah bertunang? Ya ini adalah fakta. Faktanya apabila saya berkahwin dengan suami yang merupakan anak ke 9 daripada 10, secara automatik saya menerima anak-anak saudara yang umurnya lebih kurang saya. Zairul ni umurnya hanya 2 tahun lebih muda dari saya sahaja. Arrrhhggg.!!! Tak pe. Tekanan ini saya perolehi hanya pada awal pertunangan sahaja. Selepas itu saya okey. Saya telah menerima kenyataan saya sebagai makcik kepada orang yang lebih tua Hahahaha...Makanya kalau jadilah Zairul berkahwin bulan 11 tahun ni jugak, dengan ini saya rasmikan tahun hadapan saya dan suami bakal menimang cucu....TET....

Feb 25, 2010

I Dah Ada Anak Tau

Malam tadi pergi JJ dengan filah tengok-tengok maxis broadband. Okey, hari ni dah beli pun broadband tu. Tapi ceritanya macam ni...


Jurujual : You nak register kita bagi diskaun. You student kan?

Asfaliza & Filah : Eh bukan. Kami dah kerja.

Saat ini jurujual tengok muka saya dan berkata,

Jurujual : Kalau macam tu, you mesti umur 25 ke bawah. Kita ada promotion untuk 18 hingga 25 tahun.

Asfaliza : Umur saya dah lebih 25 tahun.

Jurujual: Ye ke?

Asfaliza : Ye lorrr. Saya sudah ada anak pun...

Hehehehe...sekali lagi jurujual tu buat muka blur...Kenapa tak percaya kaaa???

Entry ni saja je nak publish supaya nampak muda. Eh entry pun boleh nampak muda ke? Ye boleh sebab tuan punya blog ni adalah nampak muda remaja hingga suami jeles. Suami saja ye yang jeles. Orang lain jeles bukan sebab saya nampak muda, tapi saya buat entry yang nampak muda. Okey tak tahu apa yang muda.... Daaaaaaa.......

Anak Mama Dah Pandai Pegang Botol Susu Sendiri


Sangat happy melihat perkembangan anak tercinta. Rayyan Adam dah mula pandai pegang botol susu sendiri. Tapi masih jatuh-jatuh lagi dan masih perlukan bantuan dari orang-orang terdekat. Tangan beliau adalah sangat kuat sejak dari dalam kandungan lagi. Ingat lagi waktu hari kelahirannya dia seronok memegang tali pusatnya bermain untuk kali terakhir di dalam perut. Bijak anak mama ni...

Feb 24, 2010

Kembar

Saya berasal dari keturunan kembar. Tapi saya bukan lah kembar. Keturunan sebelah abah adalah terlalu ramai pasangan kembar. Ini adalah fakta. Genetik kembar dalam keturunan kami sangat lah kuat. Boleh dikatakan setiap keluarga dalam family abah ada pasangan kembar. Tidak kira kembar itu kembar perempuan, kembar lelaki, kembar lelaki dan perempuan. Ada juga yang dapat kembar tiga. Ini adalah serius. Dan dengan itu juga saya terkahwin eh bukan berkahwin dengan orang yang ada juga kait mait berketurunan kembar. Arwah mak mertua pernah melahirkan pasangan kembar. Dan saya juga bukan berkahwin dengan kembar. Saya harap untuk kandungan seterusnya saya berezeki melahirkan pasangan kembar yang sihat dan sempurna fizikal dan mental saya bukan mengandung lagi buat masa sekarang ni okey


Gambar di bawah ialah kembar hasil daripada keluarga saya sendiri iaitu anak abang ngah merangkap anak saudara yang mana kami ni sedarah sedaging


 
 Nurul Syafiqah & Nurul Syafinaz

  
 Kiri Kakak kecil & Kanan Adik besar

 
Mak Anjang ambil berkat nak baby kembar lak lepas ni. Hehehehe

Made In China

 

Terima kasih daun keladi auntie filah sebab bagi thirt yang sangatlah comel from Beijing. Nanti autie filah kahwin Rayyan Adam datang eh nk say thank you n muahmuahmuah kat auntie filah. Nanti suami auntie filah jangan lah jeles Rayyan Adam yang hensem ni muahmuahmuah okey.

Feb 23, 2010

Aku Benci Soalan Ni!!!

Kadang-kadang saya ni kan macam artis. Huhuhu...Sebabnya apa? Sebabnya penat nak jawab soalan-soalan yang sama tiap kali dah lama tak jumpa dengan seseorang. Dah tu kan kalau orang tu orang lain tak pe. Ni orang yang sama je yang tanya. Pada hal bukan dia tak pernah tahu jawapannya. Rasa macam nak lempang laju-laju orang yang bertanya soalan yang sama dan orang itu adalah orang yang sama. Contoh orang yang sama ialah sepupu sepapat kalau balik kampung, sedara mara, kawan-kawan yang dah lama tak jumpa tapi selalu je berchating-chating kat fb ke, fs ke, blog ke, ym ke, skype ke. EEEEEEE


Biasanya soalan-soalan tu macam ni

Kau memang tak nak cari kerja kat melaka ke?

Engkau ingat aku ni bodoh ke apa tak nak kerja dekat duduk dengan laki aku duduk satu rumah sama-sama hari-hari jumpa boleh berasmara dana hari-hari???


Kau tak sayang kan anak kau ke tak jaga sendiri?

Wei kalau aku tak sayang anak buat apa aku susah-susah mengandung sakit belakang hari-hari mabuk sampai nak beranak pun kaki aku kena gantung macam ayam??? Lu pikir lah sendiri!!!


Anak kau tu nanti kenal ke dengan mak dia jumpa seminggu sekali je?

Biasanya saya akan jawab, aku call la anak aku hari-hari 10 kali sehari tanpa henti. Nanti orang itu akan membalas begini, ala call bukannya jumpa. Setakat dengar suara. Okey ni aku nak tanya orang itu balik, engkau yang jumpa anak engkau hari-hari tiap-tiap masa, anak engkau tu rapat ke dengan engkau. Anak engkau manja ke dengan engkau??? Aku rasa anak engkau pun mesti tak nak duduk dekat dengan engakau sebab engkau ni sangat suka membizi hal orang sampai anak sendiri depan mata ko terlupa nak bagi makan.


Kau tak takut ke kat laki kau dia duduk rumah kat melaka sorang-sorang kat sana  buat yang bukan-bukan?

Hei!!! Kau sape nak api-apikan aku laki bini ni??? Asal aku percaya dia, dia percaya aku, aku sayang dia, dia sayang aku, aku cinta dia, dia cinta aku, engkau jeles kah??? Ke engkau yang dah terberkenan dengan laki aku???? Ha nanti adalah mulut celupar yang cakap, tengokkan je lah nanti apa jadi kat diorg tu. Tu lah, tak nak jaga laki sendiri duduk rumah sama-sama. Ni aku nak tanya ni, yang duduk rumah hari-hari jumpa sampai naik jelak yang bercerai-berai tu apa kes pulak???


Banyak duit kau ek berulang JB-Melaka-KL. Tak membazir ke? Ke duit kau  memang banyak? Duit kalau cari banyak mana pun memang tak cukup je...

Memang betul apa yang kau cakap tu, duit cari banyak mana pun memang tak cukup. Dan kalau aku berenti kerja duduk rumah jaga anak macam suri rumah tangga yang setia menunggu kepulangan suami setiap detik pun ada aku heran. Laki aku mampu nak tanggung aku anak beranak siap boleh bagi duit extra pergi shoping hari-hari. Suka hati mak bapak aku lah selagi laki aku izinkan aku kerja cari duit banyak-banyak sampai kaya. Ni mesti lagi engkau jeles kan??? Satu lagi, apa salahnya aku nak sedekah banyak-banyak kat PLUS tabur duit aku kat tengah jalan berulang alik tiap-tiap minggu.


Kau tak rasa menyusahkan mak kau ke dok jaga anak kau tiap-tiap hari? Patutnya kan sekarang masanya mak kau berehat.

Aku cabar kau pergi jumpa mak aku sendiri minta Rayyan Adam tu hantar rumah orang, orang jaga. Ha kalau kau nak bergaduh berebut Rayyan Adam dengan mak aku kau cuba lah!!! Kau ingat mak aku tak kuat nak bertomoi dengan kau??? 



Pendek kata orang-orang macam ni boleh diketegorikan sebagai paparazi dan saya ialah artis yang terkenal peminat sibuk-sibuk nak tahu hal peribadi kita. SEBOKKKKK JE!!!!

Feb 22, 2010

Selamat Pengantin Baru Aum & Ili

Terlambat sikit update pengantin baru ni. Tapi tak pe, yang penting inai di jari masih bermerah-merahan.

 


 


Feb 12, 2010

Dendam

Mengapa saya mesti berdendam lagi sedangkan itu cerita lama. Kisah lalu. Kemaafan telah pun diminta. Saya sedar kemaafan itu adalah ikhlas. Mengapa saya ego. Saya bukan sesiapa yang boleh menghukum. Dengan cara berdendam bukanlah hukuman yang boleh tebus segala yang telah terjadi. Tapi saya hanya insan biasa. Yang hatinya kecil. Yang juga masih ada perasaan marah. Saya sentiasa berharap saya mampu hadapinya. Tapi saya lemah. Saya inginkan bantuan. Bantuan dari orang itu meleraikan dendam ini. Saya benci dengan perasaan dendam ini. Saya ingin hapuskannya. Tapi ia masih lagi hadir. Tuhan...tolonglah diri ini.

Saat Ini

Saat ini saya harus bersyukur saya adalah seorang yang sedang hidup bahagia. Benar. Saya amat-amat bahagia. Saya ada suami yang saya tahu dia menyintai saya. Saya ada anak yang amat saya sayangi. Saya juga masih lagi berpeluang mendapat kasih sayang seorang emak. Saya juga ada adik beradik kandung serta adik beradik ipar yang sudi berkongsi suka duka. Kawan-kawan juga tak kira sepejabat, sekuliah atau pun semasa zaman kanak-kanak ketika sekolah. Kawan-kawan blog juga saya suka.


Saat ini keluarga yang saya bina bersama suami tercinta adalah yang paling penting dalam hidup saya sekarang. Saya masih baru dalam dunia bekeluarga. Saya ingin kekalkan kebahagiaan kami. Saya takut saya tidak mampu menghadapi sesuatu di luar jangkaan. Saya takut saya tidak redha. Cuma apa yang saya boleh katakan ialah saya amatlah bahagia. Saya terlalu menyintai keluarga ini.


Namun saya pasti, dugaan Tuhan itu pasti muncul. Mungkin bukan sekarang. Mungkin juga tiada. Itu semua kerja Tuhan yang kita pasti akan hadapi jua. Adakah saya mampu sedangkan selama ini pun telah banyak rintangan yang saya hadapi dengan tangisan dan senyuman.

Suri Rumah

YEYEYEYEYE  esok cuti dan saya akan bercuti 5 hari berturut-turut tanpa henti sempena CNY macam kita yang melayu ni pulak yang beraya ek. Maka dengan rasminya saya akan menjadi suri rumah selama 5 hari menjaga anak dan suami serta seorang lagi peserta iaitu emak. Oh, pastinya selama ini jugalah saya akan berhempas pulas memikirkan apakah masakan yang saya perlu hidangkan untuk selera suami dan mak. Dah lah dua-dua selera lain-lain. Yang sorang boleh macam tu, yang sorang boleh macam ni. Tak pe, yang penting dua-dua pun tak cerewet.


Ala 5 hari pun bukannya sepenuh masa dok rumah. Hish... mesti bosan tahap gaban. Gaban pun tak bosan macam ni. Hari sabtu dan ahad ada je orang kahwin. So, dah tak payah nak masak. Dah makan free. Hehehe... Then, kalau suami pergi kerja boleh je layan mata ni sampai penat tidur dengan Rayyan Adam secara berjemaah. Mak pulak minta off day isnin sampai rabu nak balik Ayer Hitam. Ceh! Jaga cucu pun nak minta-minta off day. Errrkkk sekali sekala terasa saya ni macam majikan lak ada orang nak minta cuti. Okey gurau je. Saya tak rasa mak saya tu pekerja saya okey. Dia yang rela hati sepenuh hati jiwa raga nak jaga cucu kesayangannya tu. Okey bukan kesayangan sebab cucu lain pun dia sayang gak. Cuma yang ni sebab handsome maka lebih sikit. Okey dah. Tu cerita lain.


Maka dengan itu, harap-harap lah petang ni tak de lah jem sangat kat highway dari JB ke Melaka. Saya terasa ingin memandu secara berhemah walaupun sebenarnya tidak boleh kerana JB-Melaka biasanya akan terjadi perjalanan hanya 2 jam sahaja. Saya sudah puas fikir bagaimana mahu menambahkan lagi waktu perjalanan menjadi 3 jam. Tapi tidak pernah terjadi. Oh... 

Feb 11, 2010

Kejam

KEJAM... Mayat bayi perempuan dihurungi semut dijumpai di hadapan Masjid Permatang Duyong, Melaka, semalam. – Utusan/GAIE UCHEL



Emosi saya tersentap pada pagi hari ini apabila membaca berita kejam seorang berhati binatang bersuka suki membiarkan bayinya dihurung semut. Oh sedihnya melihat keadaan ini. Ya, saya sedang menangis sekarang sambil menaip entry ini. Terlalu pilu.


Tiba-tiba saya teringat anak kandung saya, Rayyan Adam. Setiap kali semut mendekati kawasan Rayyan Adam, saya akan seperti orang gila memaki hamun semut tersebut sedangkan saya tahu, semut hanyalah binatang yang tiada akal. Pernah sekumpulan semut cuba menghurung Rayyan Adam pun saya menangis sedih melihat darah daging saya disakiti. Oh!!!


Wahai ibu kepada bayi ini, mengapa meletak kesalahan anda terhadap bayi tidak berdosa ini. Tiada perasaankah anda? Betul...Itu bukan bayi saya. Buat apa saya perlu sedih. Tapi percayalah, naluri saya sebagai seorang ibu wujud. Tidakkah anda berasa naluri itu telah wujud sejak bayi itu dalam kandungan lagi. Mengucaplah. Ingatlah Tuhan. Bayi itu adalah anugerah. Rezeki buat kita sebagai ibu bapa. Subhanallah!!!



Buat bayi yang tidak berdosa ini, memang syurga lah tempat kamu. Berdoalah kamu di sana yang baik-baik untuk ibu bapa kamu semoga mereka segera bertaubat tentang kesalahannya membuang kamu terus dari dunia ini. Alhamdulilah kamu mendapat tempat di syurga sayang.... 


Sabar

Saya kena bersabar atas setiap kejadian yang berlaku. Tapi saya tetap tansion. Pagi ni saya nak pergi kerja kereta tak boleh start. Fikiran dah gelabah. Kereta tak bersalah. Tapi rasa macam nak bagi penampar maut kat kereta. Call suami tanya mengapa. Suami yang mungkin telah mahir bab-bab kereta ni beranggapan beteri kong. Okey, beteri kong. Tapi saya tak tahu jugak macam mana nak selesai kan masalah kereta. Ya, saya akui saya tak tahu langsung pasal kereta. Saya cuma tahu jaga Rayyan Adam sahaja. 


Nada suara dah mula tinggi. Suami cool. Cakap jangan tansion. Cuba minta tolong kawan-kawan lelaki. Okey saya call Awang. Awang pergi Larkin pulak hantar En. Shahrul pergi Singapore. Then, saya call Ise kot-kot dia pandai melakukan aktiviti jumper yang mana suami saya perkatakan tadi. Oh, dia tak tahu nak buat dan mujur jugak jumper tu tak de. Mungkin kalau ada saya jumper dia kot. So, macam mana nak selesai masalah? Ise ambik saya kat rumah dan saya tumpang dia pergi ofis. 


Suami kata, beli je bateri baru then minta tolong diorg pasangkan. Mujur jugak Awang pandai. So, saya harap petang ni after kerja, saya beli beteri dan Awang pasangkan dan saya boleh bernafas lega sebab esok saya nak drive ke Melaka berjumpa keluarga tercinta dan sanak saudara melepaskan rindu dendam.


Feb 10, 2010

Dataran 1 MALAYSIA

Just nak syer minggu lalu PM kita ada datang Pantai Klebang rasmikan Dataran 1 Malaysia. Tapi we all pergi dah malam sebab nak elakkan jem. So, we all sampai dah tak ada apa-apa lah. Yang ada cuma entah apa nak panggil entah benda kat bawah ni.

Tak tahu namanya. Yang penting 1 Malaysia


 
 Paksa suami amik gambar saya


 
Saya yang tak pandai amik gambar. Dalam gelap tu ada suami saya. Hahahaha

Buih-Buih Cinta vs Gugurnya Bunga-Bunga Cinta

Keguguran sering berlaku sejak kebelakangan ini semenjak Rayyan Adam mencecah 4 bulan. Okey mak kata bila umur anak macam ni akan terjadi lah kejadian keguguran ini selama mana tak pulak saya tahu. Tapi mak menambah bahawa rambut akan tumbuh semula nanti-nanti. Oh nanti-nanti tu bila????


Saya dah tak sanggup lagi menanggung ini setiap hari, setiap mandi, setiap sikat, setiap pegang. Pasti akan gugur beribu-ribu lemon. Di bawah ini hanya sekali kejadian sahaja ketika mandi. Tak termasuk semasa menyikat, menyauk, membelai, meliuk lentok bersama suami....Argggghhhh!!!

 



Semua ni disebabkan Rayyan Adam yang dah mula pandai main buih-buih cinta pada mulutnya. Mak kata memang macam ni kalau anak umur 4 bulan, dia main sembur-sembur macam bomoh. Maka disebabkan buih-buih cinta tu lah rambut saya akan mengalami keguguran. EEEEE... Tansion tau!!! Entah apa kaitan main sembur-sembur ni dengan rambut gugur pun tak tahu lah. Saya dan suami asyik fikir je apa kaitannya. Tak de kaitan langsung!!! Tapi bukan mak je yang cakap. Ramai yang cakap benda yang sama. Oh Rayyan Adam anak mama, sayang nak jadi bomoh ke? Bomoh duit boleh? Meh mama nak duit...Huhuhuhu...

 



Agak-agak comel tak kalau saya jadi macam ni....KAHKAHKAHKAH

Feb 9, 2010

Taman Rekreasi Ayer Keroh

Bosan-bosan duduk rumah yang mana nenek Rayyan dah mula resah gelisah bosan gila seperti orang gila duduk rumah saya. Maka dengan itu, suami pun membawa kami sekeluarga berekreasi pada hari minggu.di Taman Rekreasi Ayer Keroh. Tak sabar nak tunggu Rayyan Adam besar dan mengenal alam sekelilingnya. Mesti kami akan exited melihat keterujaan beliau.

Rayyan Adam tidur dengan nyenyaknya pada waktu ini. Hanya mama yang mampu posing.


 
 Suami yang melihat sign board sambil tangan memaut storoller dikhuatiri anaknya lari bersama sesiapa


Tak tahu mengapa suami terasa ingin mengucup ikan tersebut sedangkan kalau mengucup isterinya mungkin lagi best


 
Nenek Rayyan Adam juga teransang melihat keindahan panorama dunia

 
Rayyan Adam hanya mampu berposing begini sahaja kerana mama dan ayah tidak mampu untuk mengejutnya dari lena.

Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tolak Pendapatan

Hari malang bagi diri saya apabila saya mensubscribe internet selama  1 hari dan memakai tanpa sedar time dah expired maka dengan itu saya memakai selepas expired selama 2 jam dan dicas 1sen 1kb. Nampak murah bukan? Ya. ianya bukan mudah untuk dikira kerana dengan nada terkejut beruk saya melihat bil penggunaan saya pada hari tersebut hanya dalam masa satu hari iaitu sama dengan 2 jam....

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V

RM254

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tolak pendapatan. Bak kata suamiku...Semua orang pun buat salah.Tu dia...baik punya dia perli bini dia!!! Argggghhhh.....Tak pe lah. Ikat perut boleh kurus apa saja nak sedapkan hati sebab nak ikut perut dah lepas ni

Feb 7, 2010

JUSCO BANDARAYA MELAKA

Jusco Bandaraya Melaka baru buka. Mama dan ayah bawa Rayyan Adam shopping-shopping.....

 
  
  
 

Feb 2, 2010

WeDdinG PhOto CoNtEst by LyNn HaMzAh

  BADRULHISAM AHMAD & ASFALIZA MOHD YATIM

08.08.08

Kali ni nak join contest gambar kahwin lak. Gambar ni nampak macam nice sebab photographer tu amik secara candid yang mana kami suami isteri tak sedar diri, diri diperlakukan sebegitu. Lagi satu tarikh kahwin kami pun nice gak....08.08.08. So, bagi lah kami menang yek. Siapa-siapa nak join boleh la click link kat bawah ni.... 

WeDdinG PhOto CoNtEst by LyNn HaMzAh



NUFFNANG


Ni lah dia pengaruh rakan sebaya. Hanybinijuki sila tengok bahawasanya aku dah ada apa yang ko ada yang mana ko yang ajar aku iaitu NUFFNANG!!!

Adnan Sempit

  "I don't want banana fruit two times"


KAKAKAKA. Lawak bangang betul lah cerita ni. Dahlah tengok midnight dengan suami. Ngantuk-ngantuk pun kena ketawa sebab Adnan tu buat lawak yang memang wajib ketawa.Ahmad Idham harap-harap lepas ni produce la cerita-cerita yang ada msg macam ni. Jangan keluarkan cerita sampah legi yek.

Feb 1, 2010

Simple Dimple Playmat

 Mama exited nak show simple dimple playmat Rayyan Adam