LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 10, 2010

Buih-Buih Cinta vs Gugurnya Bunga-Bunga Cinta

Keguguran sering berlaku sejak kebelakangan ini semenjak Rayyan Adam mencecah 4 bulan. Okey mak kata bila umur anak macam ni akan terjadi lah kejadian keguguran ini selama mana tak pulak saya tahu. Tapi mak menambah bahawa rambut akan tumbuh semula nanti-nanti. Oh nanti-nanti tu bila????


Saya dah tak sanggup lagi menanggung ini setiap hari, setiap mandi, setiap sikat, setiap pegang. Pasti akan gugur beribu-ribu lemon. Di bawah ini hanya sekali kejadian sahaja ketika mandi. Tak termasuk semasa menyikat, menyauk, membelai, meliuk lentok bersama suami....Argggghhhh!!!

 



Semua ni disebabkan Rayyan Adam yang dah mula pandai main buih-buih cinta pada mulutnya. Mak kata memang macam ni kalau anak umur 4 bulan, dia main sembur-sembur macam bomoh. Maka disebabkan buih-buih cinta tu lah rambut saya akan mengalami keguguran. EEEEE... Tansion tau!!! Entah apa kaitan main sembur-sembur ni dengan rambut gugur pun tak tahu lah. Saya dan suami asyik fikir je apa kaitannya. Tak de kaitan langsung!!! Tapi bukan mak je yang cakap. Ramai yang cakap benda yang sama. Oh Rayyan Adam anak mama, sayang nak jadi bomoh ke? Bomoh duit boleh? Meh mama nak duit...Huhuhuhu...

 



Agak-agak comel tak kalau saya jadi macam ni....KAHKAHKAHKAH

No comments: