LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 12, 2010

Suri Rumah

YEYEYEYEYE  esok cuti dan saya akan bercuti 5 hari berturut-turut tanpa henti sempena CNY macam kita yang melayu ni pulak yang beraya ek. Maka dengan rasminya saya akan menjadi suri rumah selama 5 hari menjaga anak dan suami serta seorang lagi peserta iaitu emak. Oh, pastinya selama ini jugalah saya akan berhempas pulas memikirkan apakah masakan yang saya perlu hidangkan untuk selera suami dan mak. Dah lah dua-dua selera lain-lain. Yang sorang boleh macam tu, yang sorang boleh macam ni. Tak pe, yang penting dua-dua pun tak cerewet.


Ala 5 hari pun bukannya sepenuh masa dok rumah. Hish... mesti bosan tahap gaban. Gaban pun tak bosan macam ni. Hari sabtu dan ahad ada je orang kahwin. So, dah tak payah nak masak. Dah makan free. Hehehe... Then, kalau suami pergi kerja boleh je layan mata ni sampai penat tidur dengan Rayyan Adam secara berjemaah. Mak pulak minta off day isnin sampai rabu nak balik Ayer Hitam. Ceh! Jaga cucu pun nak minta-minta off day. Errrkkk sekali sekala terasa saya ni macam majikan lak ada orang nak minta cuti. Okey gurau je. Saya tak rasa mak saya tu pekerja saya okey. Dia yang rela hati sepenuh hati jiwa raga nak jaga cucu kesayangannya tu. Okey bukan kesayangan sebab cucu lain pun dia sayang gak. Cuma yang ni sebab handsome maka lebih sikit. Okey dah. Tu cerita lain.


Maka dengan itu, harap-harap lah petang ni tak de lah jem sangat kat highway dari JB ke Melaka. Saya terasa ingin memandu secara berhemah walaupun sebenarnya tidak boleh kerana JB-Melaka biasanya akan terjadi perjalanan hanya 2 jam sahaja. Saya sudah puas fikir bagaimana mahu menambahkan lagi waktu perjalanan menjadi 3 jam. Tapi tidak pernah terjadi. Oh... 

1 comment:

mazni namaku said...

mama rayyan..plz drive carefully ye...
*mama rempit* ;)