LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 23, 2010

Aku Benci Soalan Ni!!!

Kadang-kadang saya ni kan macam artis. Huhuhu...Sebabnya apa? Sebabnya penat nak jawab soalan-soalan yang sama tiap kali dah lama tak jumpa dengan seseorang. Dah tu kan kalau orang tu orang lain tak pe. Ni orang yang sama je yang tanya. Pada hal bukan dia tak pernah tahu jawapannya. Rasa macam nak lempang laju-laju orang yang bertanya soalan yang sama dan orang itu adalah orang yang sama. Contoh orang yang sama ialah sepupu sepapat kalau balik kampung, sedara mara, kawan-kawan yang dah lama tak jumpa tapi selalu je berchating-chating kat fb ke, fs ke, blog ke, ym ke, skype ke. EEEEEEE


Biasanya soalan-soalan tu macam ni

Kau memang tak nak cari kerja kat melaka ke?

Engkau ingat aku ni bodoh ke apa tak nak kerja dekat duduk dengan laki aku duduk satu rumah sama-sama hari-hari jumpa boleh berasmara dana hari-hari???


Kau tak sayang kan anak kau ke tak jaga sendiri?

Wei kalau aku tak sayang anak buat apa aku susah-susah mengandung sakit belakang hari-hari mabuk sampai nak beranak pun kaki aku kena gantung macam ayam??? Lu pikir lah sendiri!!!


Anak kau tu nanti kenal ke dengan mak dia jumpa seminggu sekali je?

Biasanya saya akan jawab, aku call la anak aku hari-hari 10 kali sehari tanpa henti. Nanti orang itu akan membalas begini, ala call bukannya jumpa. Setakat dengar suara. Okey ni aku nak tanya orang itu balik, engkau yang jumpa anak engkau hari-hari tiap-tiap masa, anak engkau tu rapat ke dengan engkau. Anak engkau manja ke dengan engkau??? Aku rasa anak engkau pun mesti tak nak duduk dekat dengan engakau sebab engkau ni sangat suka membizi hal orang sampai anak sendiri depan mata ko terlupa nak bagi makan.


Kau tak takut ke kat laki kau dia duduk rumah kat melaka sorang-sorang kat sana  buat yang bukan-bukan?

Hei!!! Kau sape nak api-apikan aku laki bini ni??? Asal aku percaya dia, dia percaya aku, aku sayang dia, dia sayang aku, aku cinta dia, dia cinta aku, engkau jeles kah??? Ke engkau yang dah terberkenan dengan laki aku???? Ha nanti adalah mulut celupar yang cakap, tengokkan je lah nanti apa jadi kat diorg tu. Tu lah, tak nak jaga laki sendiri duduk rumah sama-sama. Ni aku nak tanya ni, yang duduk rumah hari-hari jumpa sampai naik jelak yang bercerai-berai tu apa kes pulak???


Banyak duit kau ek berulang JB-Melaka-KL. Tak membazir ke? Ke duit kau  memang banyak? Duit kalau cari banyak mana pun memang tak cukup je...

Memang betul apa yang kau cakap tu, duit cari banyak mana pun memang tak cukup. Dan kalau aku berenti kerja duduk rumah jaga anak macam suri rumah tangga yang setia menunggu kepulangan suami setiap detik pun ada aku heran. Laki aku mampu nak tanggung aku anak beranak siap boleh bagi duit extra pergi shoping hari-hari. Suka hati mak bapak aku lah selagi laki aku izinkan aku kerja cari duit banyak-banyak sampai kaya. Ni mesti lagi engkau jeles kan??? Satu lagi, apa salahnya aku nak sedekah banyak-banyak kat PLUS tabur duit aku kat tengah jalan berulang alik tiap-tiap minggu.


Kau tak rasa menyusahkan mak kau ke dok jaga anak kau tiap-tiap hari? Patutnya kan sekarang masanya mak kau berehat.

Aku cabar kau pergi jumpa mak aku sendiri minta Rayyan Adam tu hantar rumah orang, orang jaga. Ha kalau kau nak bergaduh berebut Rayyan Adam dengan mak aku kau cuba lah!!! Kau ingat mak aku tak kuat nak bertomoi dengan kau??? 



Pendek kata orang-orang macam ni boleh diketegorikan sebagai paparazi dan saya ialah artis yang terkenal peminat sibuk-sibuk nak tahu hal peribadi kita. SEBOKKKKK JE!!!!

2 comments:

Mrs. Amie said...

babe, lain kali jawab jer.. my life, aku punya sukalah.. sbb u diam, dorang tanya bertubi2...

Unknown said...

tu la..diorg ni kadang2 makin kita jawab yg menyakitkan hati makin ada je idea lain nk tya yg bukan2 lagi. nyampah tul