LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 19, 2013

Korea

Kan dah kata, ini adalah edisi rajin

Dah la rajin update blog, rajin pulak edit gambar. Rajin tak? Rajin tak???


Ok la, jom kita share story mory yang low class ni. Cerita pasal Korea

Eh bukan kita yang pergi. Mana iols ada pitih nak pergi sendiri. Ini Encik Suami yang pergi atas urusan kerja. Compony support boleh la nak pergi secara free.


So, kejadian berlaku masa betul-betul jatuhnya Hari Raya Haji. Adalah sangat sedih bila mendengar takbir raya hanya bertemankan anak-anak tanpa suami di sisi. Eh tapi weols import jugak mak dari kampung supaya dapat menemankan saya kelam kabut menjaga 2 orang anak.


Layan je la gambar. Nak cerita pun, bukan aku yang pergi. Sebab nak cerita kat sini, sebab apa hadiah yang kita minta semua beliau belikan. So, mestilah berganda-ganda sayang nya pada beliau!!!





Makanan halal adalah mahal nak mam***. Nasib baik semua nya ditaja. So merasa la jadi VVIP sekejap








Bersepah bilik orang jantan duduk


Kedai-kedai jual keronsang. Ni kalau aku yang masuk, mahu blink blink bijik mata





Gelagat peniaga baju sejuk nak tarik perhatian pelanggan. Murah gila. Suami belikan saya selai 15 hengget. Saya memang penggemar baju sejuk. Tak tahu kenapa. Pada hal pakai time tengok wayang jek

Eh nasib baik baju kat dada orang ni tak terbuka butang baju nya macam baju skandal Adi Putra tu kan





Dan ini adalah part yang paling best, bila saya dapat apa yng saya minta!!!

Tapi semua yang dia beli, apa yang saya tulis je. Memang dasar orang lelaki tak reti nak tokok tambah. Kalau aku, mesti tak bawak balik barang sesen pun duit shopping!!!




Yang paling saya suka The Face Shop tu. Minta nya 3 barang. Tapi butik tu banyak bagi free gift. Biar la jarang bersolek pun. Janji dapat barang made in korea.

Then baju perantin anak dara pun sangat cantik. Pandai suami pilih color peach kegemaran hamba....

Part keronsang tu memang la saya senaraikan beli 2. 1 saya, 1 mak. Tapi kau dah tahu murah, kau beli je la lebih. Sudahnya saya bagi je mak dua-dua. Sian pulak mak dapat 1 jek...

Eh nanti engineer dari Korea mahu datang Malaysia pulak, saya dah senaraikan dah barang apa yang saya nak. Mestilah nak kirim The Face Shop lagi. So, Encik Suami, sila la bayar ye....

Dec 16, 2013

1st Day With Solid Food


Dhia Sofea seorang bayi yang eksklusif full bf. Dengan kejayaan ini, saya sedikit berbangga dengan diri sendiri. Alhamdulilah dengan rezeki susu ibu dari Yang Maha Esa.


So, pertama kali memperkenalkan makanan pertamanya saya ada lah buat sedikit pembacaan dan bertanya pada yang berkenaan apakah yang sesuai, apakah yang sepatutnya etc.


Kemudian, banyak pendapat berkata, yang bayi perlu diperkenalkan dengan buah-buahan yang sesuai yang dijadikan puree. Something like that la. Nak terangkan lebih-lebih pun tak pandai sangat.


Mula-mula plan nak intro dengan buah peach. Memandangkan saya suka color peach. Tu je kot alasannya. Tak makan pun sebenarnya. Tapi puas pusing-pusing dalam Mydin tu. Tak jugak jumpa. So pilihan yang ada masa tu ialah fuji apple. Ok la sebab saya fikir epal sedap jugak kan...


Maka, bertungkus lumus la saya di dapur menyiapkan santapan pertama buat sang puteri....


Dan rupanya, sangat mencabar untuk memperkenalkan rasa lain selain dari rasa susu ibu kepadanya. Beliau terlalu berhati-hati untuk membuka mulut kerana itu bukan la sesuatu rasa yang biasa pada nya.


Yeza.... hanya selepas beberapa suapan, beliau sangat tidak puas hati dan meraung tanda protes!!!


Lantas mama pun bersimpati. Terus mama sua kan apa yang biasa beliau telah biasa. :)


Tak pe ye sayang... Mama faham. Kita slow-slow. Mama doa pengasuh awak pun bersabar dengan keadaan awak yang tak nak buka mulut tu. Huh!!!

Abang Adik

Assalamualaikum....

Sebelum saya berbicara lebih lagi dalam ini belog, mari kita panas kan acara dengan gambar si comel kedua-dua anak kami :)











Dec 12, 2013

Apa Nak Jadi

Assalamualaikum....

Ya Allah... Apa lah nak jadi dengan blog ni....

Nak tulis. Nak taip. Nak cerita.

Tapi malas yang amat menguasai. 

Tanggungjawab bertambah. Anak dah 2. Alhamdulilah sekarang pun dah mula bekerja semula.Tu yang bz kalah Rosmah Mansur.

Kadang-kadang rasa tak adil pulak bila tak de cerita sangat pasal si kecik cenonit tu. Ye la, dalam ni dulu dah banyakkkk sangat cerita pasal si abang. So now, mesti la turn adik kan...

Ok la kita cuba berdikit-dikit. Tak de orang baca pun tak apa. Tuan punya belog ada, boleh baca sendiri.

Daaaa........