Dhia Sofea seorang bayi yang eksklusif full bf. Dengan kejayaan ini, saya sedikit berbangga dengan diri sendiri. Alhamdulilah dengan rezeki susu ibu dari Yang Maha Esa.
So, pertama kali memperkenalkan makanan pertamanya saya ada lah buat sedikit pembacaan dan bertanya pada yang berkenaan apakah yang sesuai, apakah yang sepatutnya etc.
Kemudian, banyak pendapat berkata, yang bayi perlu diperkenalkan dengan buah-buahan yang sesuai yang dijadikan puree. Something like that la. Nak terangkan lebih-lebih pun tak pandai sangat.
Mula-mula plan nak intro dengan buah peach. Memandangkan saya suka color peach. Tu je kot alasannya. Tak makan pun sebenarnya. Tapi puas pusing-pusing dalam Mydin tu. Tak jugak jumpa. So pilihan yang ada masa tu ialah fuji apple. Ok la sebab saya fikir epal sedap jugak kan...
Maka, bertungkus lumus la saya di dapur menyiapkan santapan pertama buat sang puteri....
Dan rupanya, sangat mencabar untuk memperkenalkan rasa lain selain dari rasa susu ibu kepadanya. Beliau terlalu berhati-hati untuk membuka mulut kerana itu bukan la sesuatu rasa yang biasa pada nya.
Yeza.... hanya selepas beberapa suapan, beliau sangat tidak puas hati dan meraung tanda protes!!!
Lantas mama pun bersimpati. Terus mama sua kan apa yang biasa beliau telah biasa. :)
Tak pe ye sayang... Mama faham. Kita slow-slow. Mama doa pengasuh awak pun bersabar dengan keadaan awak yang tak nak buka mulut tu. Huh!!!
2 comments:
salam. lama betul tak singgah sini..hehe. cepatnye masa berlalu baby comel ni dah boleh makan rupanya..hehe
Sherwieyna Muzzawer : haah. kita pun dah lama x jengah blog awak. rindu nk blogwlking ni
Post a Comment