Sedikit tips dari saya yang tak seberapa ni.
Now Rayyan Adam 3 tahun 6 bulan. Dah sekolah bagai. Kalau ikut tahun dia dah 4 tahun pun.
Budak umur cenggini sangat mencabar mental dan fizikal bila dipaksa bangun pagi nak pergi sekolah.
Paling mencabar ialah 2 perkara penting iaitu tidur awal dan mandi pagi.
Ok saya mula tentang cabaran tidur awal pada waktu malam. Sebelum ni memang Rayyan Adam manusia yang suka tahan mata dia walau ngantuk macam mana sekali pun. Dia sanggup melangguk depan tv semata-mata nak hadap karton.
Tips pujuk anak tidur awal,
- Saya akan bagi dia makan nasi seawal 8-9 malam. Yang penting tak terlalu malam. Alhamdulilah selera dia terhadap nasi amat memberansangkan. Kalau dia terskip makan nasi or makan malam yang lain, tidur dia tak lena. Kejap-kejap dia bangun minta susu. Dalam kadar 3-4 kali untuk semalam. Jadi kami akan pasti kan dia kenyang sebelum tidur.
- Psikologi. Ni paling penting and parents kena pandai pujuk. Bagi tahu dia masuk tidur awal sebab esok pagi-pagi nak pergi kedai or what else. Janji je apa-apa. Contoh nya, jom tidur sayang. Esok pagi mama ngan ayah nk pergi kedai beli mainan/roti/aiskirm. Janji kan benda-benda yang dia suka. Budak macam ni akan termakan janji kita tau. Percaya lahhhh. Dan yang paling penting, janji mesti ditepati. Kalau nak selamat, lalu depan kedai yang belum bukak. So dia tahu, oh kedai belum bukak. Esok je la beli.
Tips pujuk anak mandi pagi
Ni pun 1 hal lagi yang banyak sangat menguji kesabaran kami pagi-pagi. Memang susah nak pujuk dia mandi pagi. Weols memang tak ajar dia mandi air panas. Takut bawak ke besar pulak takut mandi air sejuk.
- Sebelum dikejut kena buka siap-siap baju dia. Kalau buka dalm keadaan sedar dia akan melawan. Badan kita sakit, dia pun lagi sakit. Dah bogel bagai baru kejut baik-baik
- Bergurau!!! Geletek!!! Bagi mood yang baik. Contohnya kita tanya siapa nama dia. Then konon-konon kita cakap la nama kita Rayyan Adam. Ha masa ni emosi dia terganggu la kan. Dah tentu-tentu nama dia Rayyan Adam. Apasal pulak nama mama ngan ayah pun Rayyan Adam. Ni contoh je la. Ada banyak cara nak gurau nak tarik perhatian mood dia pagi-pagi ni.
- Jangan marah tau. Tapi sesekali kalau dah tak tahan memang terpaksa marah. Situasi nya macam ni. Mama marah, ayah pujuk. Ayah marah, mama pujuk. Ala bukan marah betul-betul pun. Berlakon je kasik gertak. Rayyan Adam budak yang makan pujuk. Dia ok je kalau ada orang pujuk dia.
Tu je la kot. Ala lain orang lain cara. Ni cara kami. Tak de belajar kat siapa-siapa pun. Lagi pun ni baru anak sulung. Esok-esok tak tahu pulak ragam anak yang lain. Lain anak lain ragamnya. Harap-harap semua anak-anak tak menyusahkan kita kan...
2 comments:
tips yg berguna ni,,, :)
thanks, boleh dipraktikkan ni..janji sabar kan..hehe
Post a Comment