LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 12, 2013

Boy or Girl

Sehingga setakat entry ini ditulis kandungan saya lebih kurang 25 minggu.



Biasanya minggu ni dah tahu kan jantina baby. Tapi belum berkesempatan lagi nak menjengah siapakah di dalam perut ni.



Hati ni memang meronta-ronta tau nak tahu. Sebab nya nak membeli barang baby mengikut jantina la kekdah nya. Bukan lah membeli besar-besaran pun. Barang-barang Rayyan Adam 99% akan digunapakai semula.



Oh pasal jantina baby ni of cos la kalau orang tak tanya pun, jauh di sudut hati saya ingin kan anak perempuan. Kalau dah sepasang mestilah seronok. Tapi ni semua kerja Tuhan. Kita tak menolak segala pemberian rezeki kurnian-Nya.



Dan jika sekiranya yang lahir ini baby boy, saya tetap terima dan bersyukur kerana ini semua amanah Allah. Tiada nikmat paling indah selain dapat merasa menjadi ibu mengandung untuk kesekian kalinya.



Pendek kata saya memang suka jugak dengan baby boy sebab suami saya akan ada ramai sahabat baik kelak.



Sekarang ni pun dah jelas yang Rayyan Adam dengan suami saya memang kamcing habis. Tak de gaduh-gaduh pun. Kalau ayah dia marah, dia akan tutup mata and masuk bilik bawak diri. Tak lama, ayah masuk bilik pujuk balik anak bujang nya. So sweet ok.



Dan alhamdulilah.... Rayyan Adam sangat mudah dijaga kedua kami. Semoga dia akan menjadi abang dan anak yang soleh untuk menyenangkan hati semua orang. Semoga Rayyan Adam berjaya dunia dan akhirat.



Tak lupa juga untuk baby mama yang kata dalam ni ye sayang    



1 comment:

Anonymous said...

kalau kite ngndg mmg anak sulong akan rapat ngn ayah nye cz rs cm kite dh ado yg lain..

cm akil pun sama, now rapat sgt ngn ayah dia.. sibbaik la kite dh ado amni .. kalau x sodih ooo cz b4 ni kite la tmpt akil bermanje2