LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 17, 2012

Alahan Mabuk Yang Paling Teruk

Pengalaman mengandung kali ni amat-amat berbeza sekali dengan yang pertama. Saya tak sangka saya dilanda alahan mabuk yang saya rasa dah paling teruk kot. Selama ni saya hanya mendengar dan melihat sahaja orang lain melalui pengalaman alahan mabuk yang teruk.


Bayangkan saya sendiri tidak tahu saya mengandung. Sebab nya saya period. Tapi dalam masa yang sama saya sensitif dengan bau tumisan masakan. Dengan tidak semena-mena juga saya muntah. Tak de sebab. Perut saya terus bergelodak.


Waktu ini saya berada di kampung. Ketika pakcik saya meninggal saya tinggal agak lama di kampung. Dalam masa yang sama, makcik-makcik saya pun tinggal lama sikit kat kampung. Diorg yang perasan saya ni macam pembawakan budak.


Orang tua memang tahu hal-hal yang macam ni kan...


Mulanya saya tidak percaya kerana saya memang period. Period saya ketika ini telah masuk hari kelima. 


Kemudian bila balik ke Melaka, saya terpaksa cek urine saya sebab we all dah plan nak holiday ke Bukit Gambang. Hasilnya positif. Alhamdulilah. Saya memang suka sangat kerana memang sekarang dah tiba masa sesuai untuk tambah ahli keluarga baru.


Tapi jiwa saya sangat kacau dengan keadaan mabuk ni. Loya jangan cakap lah... Berat badan saya turun mendadak. Dari 58kg terus menjunam ke 52kg. Saya tak mampu nak telan apa-apa makanan pun. Ketika ini, saya belum mengidam apa-apa makanan pun. Setakat teringin tu je la. 


Tahap mabuk saya paling teruk saya rasa bilamana saya pejamkan mata dan bayangkan makanan, saya boleh muntah. Saya loya membayangkan makanan. Apatah lagi menghidu, merasa, menelan dan juga makan sampai kenyang.


Pada saat ini saya rasakan, nikmat nafsu makan saya dihilangkan sekejap. 


Apa yang saya mampu hanya terbaring longlai. Saya hanya memikirkan diri sendiri tanpa saya sedar saya sudah berbadan dua. Saya membawa satu nyawa dalam perut saya. Tapi semua tu saya tidak peduli.


Suami pernah marah bila dia tengok saya hampir pengsan tak makan. Dah la tak de benda yang diisi. Malah yang keluar pulak berlambak-lambak. Setakat muntah hijau memang mainan je la yang keluar dari tekak ni. 


Suami ajak ke hospital. Tapi saya tak nak. Saya rasa, bila ke hospital akan hanya mendatangkan sakit jiwa sahaja pada diri saya. Semua persekitaran pun memang saya tak boleh terima.


Teruk bukan?


Saya tak boleh layan diri sendiri pun. Apatah lagi keluarga. Kesian sangat baby dalam perut sebab saya hanya pentingkan diri sendiri dengan tidak memakan apa-apa untuk tambahan tenaga. Saya hanya insan yang tak terdaya mengharungi dugaan Tuhan kali ini.


Kebetulan mujur ada mak. Mak la yang membantu 90% kerja-kerja rumah. Mak masak. Mak basuh baju. Mak sidai baju. Mak lipat baju. Mak hidangkan makan.  


Saya?


Saya akan duduk dalam bilik dan tutup pintu rapat-rapat sebab saya marah bila hidung saya terbau tumisan makanan di dapur. Ya... Saya marah. 


Dan pernah satu ketika, waktu itu magrib. Saya duduk kat luar hampir sejam sebab saya tak tahan bau yang ada dalam rumah. Masa ni mak baru lepas masak untuk makan malam. Jiran-jiran yang ternampak saya duduk berseorangan macam pelik dengan situasi tersebut.


Apa yang mampu, saya akan sentiasa berdoa supaya keadaan ini cepat berlalu. Kalau boleh biar saya pejam kan mata dan tiba la saat saya melahirkan baby dengan selamat. Saya mahu cepat-cepat proses ini berlalu.


Sesungguhnya saya insan biasa yang tak termampu. Doakan yang terbaik buat diri ini. Hanya yang pernah merasa keadaan ini sahaja yang tahu apakah perasaan yang bermain. 


Dan saya akan sentiasa kagum dengan mereka yang begitu senang mengharungi morning sickness dengan tabah.


Dan ketika ini usia kandungan telah mencecah angka 13 minggu. Hope angka mingguan yang bertambah, akan cepat-cepat menghilangkan ketidakcelaruan hidung dan selera mak buyung ni... 

3 comments:

Fyda Adim said...

akk dah melaluinya.2 2 anak akak memang akak akan melalui tempoh mabuk, pening, loya, muntah.tak lalu nak makan.tak boleh nak bau tumis2 nie.memang kalau dipikir2kan sgt teruk.ada ms smpi x makan langsung.akk suka duduk dalam bilik,xblh tgk org ramai2 lg pening tp akak lalui dlm ms 3-4bln.lepas tue dah ok.

semoga cepatlah alahan as tue pergi.akak paham sape yang kena.

munna said...

tahniah asfaliza.... insyaallah sekejap je tu... kena tahanlah dulu ye...

Myra Jay said...

Pengalaman mengandung setiap orang berbeza kan..

Moga semuanya kembali ok ye kak..

Dugaan dan ujian dengan alahan untuk akak :D