LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 31, 2012

Kegembiraan 2012 - Alhamdulilah

2012 bakal melabuh kan tirai. Meninggalkan seribu satu kenangan yang terindah dalam hidup saya. Alhamdulilah.


Banyak perkara besar yang terjadi sekitar 2012. Syukur ke hadrat Ilahi walaupun banyak rintangan yang dihadapi.


  • Of course tanggal 1 Januari 2012 kami sekeluarga telah berpindah masuk ke rumah yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri masih lagi berhutang dengan bank okeyyyy. Alhamdulilah. Tarikh ini juga malam pertama kami bermalam di sini. 
 
  • Tanggal 31 May 2012 pulak tarikh akhir saya bekerja di Seri Kembangan Selangor. Sangat syukur dengan kejadian ini. Setelah hampir 4 tahun mengharungi perkahwinan jarak jauh. Dalam tempoh ini air mata menjadi sebati dalam diri. Menahan rindu terhadap suami. Menahan rasa bersalah terhadap anak sendiri. Akhirnya detik ini muncul. Walaupun secara materialistiknya telah berkurangan. Tapi percaya lah... Rezeki Allah ni luas. Jangan disempitkan dengan rasa tidak cukup dengan apa yang ada. Sebaliknya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Jangan mengeluh.
 
  • Dan penutup tahun 2012 dihidangkan dengan berita gembira yang dinanti. 7 November 2012 ujian air kencing saya menunjukkan tanda positif. Baby pulak sudi muncul di mata kami pada 12.12.12. Segan agaknya. Kami bakal menimang cahaya cinta kedua kami. Alhamdulilah. Doakan saya dan baby sentiasa sihat. 


Kegembiraan yang dikurniakan segalanya datang dari rezeki Allah swt. Semuanya dengan izin. Semoga saya sekeluarga tidak lalai dengan apa yang telah dikurniakan.


Walaupun ada juga detik sedih dalam hidup sepanjang tempoh ini. Tapi mari kita usaha untuk hilangkan segala stress tersebut supaya terhindar dari sebarang penyakit. Huhuhu.


And welcome 2013. Semoga rezeki kita semua melimpah ruah untuk tahun-tahun yang mendatang.... 



Dec 27, 2012

Menyelit

Actly Rayyan Adam dah agak lama we all laki bini asing kan tempat tidur dari kami.


Asingkan tu bukan la bermakna letakkan dia tidur kat bilik lain ke apa ke. Cuma asingkan tilam. Ye kami semua tak tidur kat katil. Tapi berlonggok anak beranak atas tilam.


So dalam setahun ni kot Rayyan Adam dah tidur bersendirian. Mak bapak kat tilam kelamin. Dia still kat tilam baby yang diletak kat atas toto. Idok la beliau ni muat nak tidur atas tilam baby lagi. Dah besar panjang katanya.


Faktor utama di asingkan of coz la sebab saiz beliau yang sudah tidak sesuai lagi dengan muatan tilam kelamin tersebut. Muahhahhaha. Lain-lain pulak mestilah sebab mak nya yang over nak bermanja dengan bapaknya. Dan paling penting bilamana beliau terlebih pulak buat aksi-aksi merbahaya ketika tidur. Sakit wooo kena tendang dengan anak bujang ni.



Tapi sejak-sejak nak dapat adik ni, entah apa kenapa boleh dikatakan tiap-tiap malam boleh pulak dia jalan dalam gelap menyelit tengah-tengah alam mak bapaknya. Adehhhhh!!!.


Ada sekali tu suami cerita, dia pelik apasal dia peluk bini dia, tiba-tiba bini dia dah jadi kecik. Hmmmm Apakah????


Rupanya ada orang lain tiba-tiba menyelit. Entah bilakala dia datang entah. Huh!!! Buat orang spoil jek!!!


Dec 26, 2012

Masakan Pertama


Ini masakan pertama saya setelah beberapa bulan tak sentuh segala mak nenek asam garam di dapur. Ini pun paksa rela sebab mak dah terbang ke rumah anak yang lain. Sobsob.


Mak buyung terpaksalah berdikari menguruskan hal rumah tangga. Sobsob lagi...


Alhamdulilah hidung juga sedang kembali pulih dari kecelaruan bau. Harap-harap akan pulih sepenuhnya

Dec 20, 2012

Pendarahan Ketika Awal Kehamilan

Untuk kedua kalinya saya adalah antara jutaan wanita di dunia yang istimewa mengalami perkara seperti tajuk di atas.



Pendarahan ketika di awal kehamilan.


Pertama of course ketika mengandungkan Rayyan Adam. Alhamdulilah. Kandungan berjaya sehingga detik kelahiran. Ibu dan baby bertahan.


Masa pertama kali mengalami situasi tersebut, harus la kami laki bini gelabah. Ye la... Anak sulung. Wajib untuk menyelamatkan mana-mana nyawa sama ada baby atau ibu.


Terus menerus ke hospital walaupun tiada rasa sakit. Maka berkampunglah saya di wad sakit puan. 


Kali ini, ianya terjadi untuk sekian kalinya. Dah la saya ingat yang keluar tu darah period. Memang mati-mati ingat period. Saya cek UPT pun sebab saya mengalami simptom mabuk yang teruk. Tengok-tengok positif.


Cumanya kali ni, saya lebih tenang sikit. Tenang lah konon... Huhuhu. Pada hal tak nak masuk hospital sebab badan dah mabuk teruk. Mabuk todi, mabuk cinta, mabuk rindu semua nya pekej. Macam ni nak masuk hospital. Ada yang boleh tambah sasau.


So, saya hanya refer ke klinik swasta dan klinik kesihatan kerajaan sahaja. Selagi tiada arahan untuk saya ke hospital, kami suami isteri hanya tunggu dan lihat.


Kejap-kejap.... Tunggu dan lihat tu bukan la bermakna kami buat donow je taw. Tapi atas nasihat doktor. Doktor yang cakap, kalau betul lah kandungan ni tak menjadi, maka biar la ianya keluar dengan sendirinya bersama darah yang keluar tersebut. 


Kalau ianya menjadi, maka selepas 2 minggu dari tarikh hari ini, saya perlu datang semula untuk mengetahui perkembangan janin sama ada wujud atau tidak.


Darah yang keluar bukannya fresh blood tau. Hanya lendir coklat sahaja. So doktor kata itu bukan kira darah period la kekdahnya.


Maka bermula la episod saya perlu ulang alik ke kilinik kesihatan seminggu sekali untuk mengetahui duduk sebenarnya baby. Sehingga lah.... Baby terus sahaja muncul dalam keadaan fizikal yang mula membentuk dengan sempurna.


Tapi!!!! Pendarahan itu masih lagi berlaku!!!!


Jadi!!! Saya perlulah dirujuk ke pakar di Hospital Besar Melaka. Huh!!!


Dalam hati takut nya.... Kali ni mesti nak kena korek lagi macam Rayyan Adam dulu. 


Dan paling sadis takut-takut saya akan ditahan wad. Takut lagi.


Nasib baik masa tu rasanya memang musim mengawan kot. Kemain ramai lagi ibu-ibu hamil di kawasan labour room. Ada can wad penuh. Nasib hakak baik. Doktor kasik balik and jumpa lagi selepas 2 bulan. 


Yes yes!!!           


Dec 19, 2012

Dumex Dugro In The House



Memandangkan Abang Long sangat ketagih dengan milo sekarang, makanya asik lah berak taik keras. Lantas mak bapak terpaksa menyorokkan milo di tempat tersembunyi. Asik asik nak milo. Mana tahan.


Sungguh merisaukan kami laki bini ok. Mak kata, anak ko ni asik berak taik kambing je. Huhuhu. Erkkk taik kambing keras eh. Watever.


Dan dalam masa yang sama, Abang Long pun dah mula makan nasik dengan banyaknya. Idok la banyak sampai berpinggan. Cuma alhamdulilah la seleranya sangat memberangsangkan. Perkiraan untuk menukar susu pun bermain di fikiran mak bapak.


Ditambah pulak isi dalam perut mama yang makin membesar. Apa salahnya kita membantu menjimatkan poket ayah.


Lantas banyak faktor membuatkan kami mensurvey susu yang molek untuk tumbesaran Abang Long secara sihat.


Melalui hasil kajian, susu yang molek dari segi kesihatan dan kewangan (pada pandangan kami lah) ialah susu Dumex Dugro berperisa sayur-sayuran dan buah-buahan.


Pertama kali membeli harus lah mencari peket yang paling kecil supaya tidak berlaku pembaziran jika si peminum tidak mahu minum. Alhamdulilah. Ok je Abang Long minum tanpa ada kecelaruan deria rasa.


So lepas ni hanya perlu menghabiskan saki baki susu Anmum yang ada dan menambah susu Dumex Dugro dalam rumah ni.


Masa pilih susu Anmum dulu terpengaruh dengan iklan Wardina. Susu Dumex Dugro ni pulak terpengaruh dengan Vanida Imran. Apakah????


Dan semestinya... Yang bagus tak semestinya mahal. Yang mahal tak semestinya bagus. Marilah kita guna serbuk pencuci BOoooMMM Power!!!!    

Dec 17, 2012

Alahan Mabuk Yang Paling Teruk

Pengalaman mengandung kali ni amat-amat berbeza sekali dengan yang pertama. Saya tak sangka saya dilanda alahan mabuk yang saya rasa dah paling teruk kot. Selama ni saya hanya mendengar dan melihat sahaja orang lain melalui pengalaman alahan mabuk yang teruk.


Bayangkan saya sendiri tidak tahu saya mengandung. Sebab nya saya period. Tapi dalam masa yang sama saya sensitif dengan bau tumisan masakan. Dengan tidak semena-mena juga saya muntah. Tak de sebab. Perut saya terus bergelodak.


Waktu ini saya berada di kampung. Ketika pakcik saya meninggal saya tinggal agak lama di kampung. Dalam masa yang sama, makcik-makcik saya pun tinggal lama sikit kat kampung. Diorg yang perasan saya ni macam pembawakan budak.


Orang tua memang tahu hal-hal yang macam ni kan...


Mulanya saya tidak percaya kerana saya memang period. Period saya ketika ini telah masuk hari kelima. 


Kemudian bila balik ke Melaka, saya terpaksa cek urine saya sebab we all dah plan nak holiday ke Bukit Gambang. Hasilnya positif. Alhamdulilah. Saya memang suka sangat kerana memang sekarang dah tiba masa sesuai untuk tambah ahli keluarga baru.


Tapi jiwa saya sangat kacau dengan keadaan mabuk ni. Loya jangan cakap lah... Berat badan saya turun mendadak. Dari 58kg terus menjunam ke 52kg. Saya tak mampu nak telan apa-apa makanan pun. Ketika ini, saya belum mengidam apa-apa makanan pun. Setakat teringin tu je la. 


Tahap mabuk saya paling teruk saya rasa bilamana saya pejamkan mata dan bayangkan makanan, saya boleh muntah. Saya loya membayangkan makanan. Apatah lagi menghidu, merasa, menelan dan juga makan sampai kenyang.


Pada saat ini saya rasakan, nikmat nafsu makan saya dihilangkan sekejap. 


Apa yang saya mampu hanya terbaring longlai. Saya hanya memikirkan diri sendiri tanpa saya sedar saya sudah berbadan dua. Saya membawa satu nyawa dalam perut saya. Tapi semua tu saya tidak peduli.


Suami pernah marah bila dia tengok saya hampir pengsan tak makan. Dah la tak de benda yang diisi. Malah yang keluar pulak berlambak-lambak. Setakat muntah hijau memang mainan je la yang keluar dari tekak ni. 


Suami ajak ke hospital. Tapi saya tak nak. Saya rasa, bila ke hospital akan hanya mendatangkan sakit jiwa sahaja pada diri saya. Semua persekitaran pun memang saya tak boleh terima.


Teruk bukan?


Saya tak boleh layan diri sendiri pun. Apatah lagi keluarga. Kesian sangat baby dalam perut sebab saya hanya pentingkan diri sendiri dengan tidak memakan apa-apa untuk tambahan tenaga. Saya hanya insan yang tak terdaya mengharungi dugaan Tuhan kali ini.


Kebetulan mujur ada mak. Mak la yang membantu 90% kerja-kerja rumah. Mak masak. Mak basuh baju. Mak sidai baju. Mak lipat baju. Mak hidangkan makan.  


Saya?


Saya akan duduk dalam bilik dan tutup pintu rapat-rapat sebab saya marah bila hidung saya terbau tumisan makanan di dapur. Ya... Saya marah. 


Dan pernah satu ketika, waktu itu magrib. Saya duduk kat luar hampir sejam sebab saya tak tahan bau yang ada dalam rumah. Masa ni mak baru lepas masak untuk makan malam. Jiran-jiran yang ternampak saya duduk berseorangan macam pelik dengan situasi tersebut.


Apa yang mampu, saya akan sentiasa berdoa supaya keadaan ini cepat berlalu. Kalau boleh biar saya pejam kan mata dan tiba la saat saya melahirkan baby dengan selamat. Saya mahu cepat-cepat proses ini berlalu.


Sesungguhnya saya insan biasa yang tak termampu. Doakan yang terbaik buat diri ini. Hanya yang pernah merasa keadaan ini sahaja yang tahu apakah perasaan yang bermain. 


Dan saya akan sentiasa kagum dengan mereka yang begitu senang mengharungi morning sickness dengan tabah.


Dan ketika ini usia kandungan telah mencecah angka 13 minggu. Hope angka mingguan yang bertambah, akan cepat-cepat menghilangkan ketidakcelaruan hidung dan selera mak buyung ni... 

Dec 10, 2012

Dec 6, 2012

Tawa Dalam Tangisan



Mood untuk berblog sudah ke laut hilang entah ke mana. Tapi dalam hati tetap mahu bercerita itu dan ini. Cuma kekangan mood itu sendiri yang tiada.


Dalam keadaan sekarang, satu mood pun memang tiada. Tak tahu apakah badan ini perlukan. Memerlukan sedikit masa lagi untuk pulihkan keadaan.


Lumrah dunia. Dalam pada kita menyambut satu berita gembira, ianya secara tidak sengaja mengundang air mata orang lain. Bukan kerana tidak gembira. Tapi itulah fitrah manusia.


Seperti saya. Juga tidak lekang bertanya diri sendiri. Menyoal, kenapa aku tak boleh dapat apa yang dia dapat. Sedangkan aku dah berusaha perkara yang sama. Malah usaha aku lebih dari dia. Tapi kenapa tetap dia juga yang dapat dahulu.


Tidakkah perkara ini lebih berunsurkan cemburu. Cemburu akan apa yang dia perolehi. Sedangkan aku? Masih menunggu rezeki Tuhan sambil terus menerus berdoa.


Secara tidak sengaja juga ianya mengundang air mata saya. Adakah saya cemburu. Pastinya saya cemburu akan kegembiraan dia. Begitu juga sebaliknya. Jika saya mendapat satu berita gembira, dia juga akan menangis kerana dia belum lagi perolehi apa yang saya perolehi setakat ini.


Apa pun saya tetap terus redha dengan kurniaan yang Tuhan berikan. Masih berdoa dengan cita-cita yang masih belum tergapai. Entah kan dapat, entah kan tidak. Lambat atau cepat itu semua kerja Tuhan.


Redha itu pengubat segala air mata. Sabar lah wahai insan dengan apa yang telah dimiliki atau pun belum.


Alangkah baiknya jika saya hanya cemburu tentang iman dan redha kepada Allah swt yang lebih dimiliki orang lain. Semoga kita semua dijauhi dengan hasutan syaitan yang tahu berbisik supaya cemburu, dengki khianat dengan kelebihan dunia yang dimiliki orang lain.


In Shaa Allah....