LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 22, 2012

Loceng Rumah Wireless

Suami saya gedik nak beli loceng pasang kat rumah. Dia kata ada loceng yang tak payah nak pasang-pasang wayar bagai.


Saya pun iye kan je la. Saya tak minat sangat kot. Sebab nya rumah saya setingkat je kot. Orang bagi salam boleh sangat dengar walaupun sayup-sayup. Huhuhu. Tak pun mana yang kenal just calling-calling sudey.


Tapi dah dia nak beli. Beli je la bang oi. Pakai duit dia. Bukan minta bini pun. Apa pun tak boleh!!!


Di mana mahu membeli loceng rumah wireless ni? Kami beli loceng rumah wireless ni kedai menjual lampu. Rasa-rasa nya kalau kat kedai-kedai elektrik pun ada kot menjualnya. Ada jugak yang saya baca, kedai hardware pun ada jugak jual


Berapa harga loceng rumah wireless ni? Harga loceng rumah wireless ni kami beli RM70 untuk 1 set. 1 set ada 1 loceng (dipasang di luar rumah) dan 2 alarm alert yang perlu dipasang pada plug dalam rumah. Benda ni kena pakai karen la kekdahnya. Tapi rasanya tak tinggi sangat kot bik elektrik kitorg sejak pakai benda alah ni.


Muzik dia kita boleh tukar-tukar sebab ada macam-macam muzik. 


Yang loceng kat belah luar tu pakai bateri tau. So memang tak melibatkan wayar langsung.


Jarak loceng rumah wireless ni saya tak tahu la kalau untuk rumah 2 tingkat berkesan ke tak. So far rumah saya boleh dengar sampai dapur. Ala rumah pendek je pun. Jadik la....


Nak tengok gambar loceng rumah wireless ada seperti di bawah. Semuanya suami saya pasang sendiri. 






Oh ye cover tidak termasuk dalam set. Cover tu suami saya beli kat kedai elektrik. Belas-belas je kot harganya. Tak ingat




Close up rupa paras loceng ni dari luar rumah




Ni la yang saya kata alarm alert tu (sebenranya tak tahu nama sebenar dia apa). So, benda alah ni la yang akan berbunyi kalau ada orang press loceng kat luar tu. Muzik ada macam-macam. Pilih je dengan menekan lampu yang menyala tu. Jangan risau. Bil elektrik tak tinggi sangat.



Biasanya kalau saya keluar rumah atau pergi mana-mana loceng ni akan ditutup. Kitorg hanya akan pasang bila ada kat rumah je. Kalau setakat saya duduk sorang-sorang siang hari kat ruang tamu saya akan tutup. Ni salah satu langkah penjimatan bil elektrik la kan



 







2 comments:

Mummy Sher said...

wah bestnya ada loceng macam ni yg tak perlu pakai wayar banyak2 tu. teringin nak pasanglah pula, sebab macam jimat je..heee

adianiez AIDA said...

Aida dulu mcm nak beli. Tapi asben bangkang. Dia kata nanti anak2 dara saya yg 2 org tu tukang tekan tegarrrrr hi hi... lgpun, umah aida pun 1 tingkat, asben kata x penting...