LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 22, 2012

Kelantan vs ATM

Sebenarnya we all laki bini dah lama tak layan bola. Seperti diketahui suami saya bukan lah peminat bola mahu pun sukan-sukan lain. Dan saya memang minat sejak dari azali lagi. Apakan daya berkahwin dengan beliau, hal-hal bola ni jatuh no akhir sekali. Huhuhu. 



Apa pun malam ni memang plan nak menonton secara puas sebab memang nak lepas kan gian. Kalau dulu masa kerja kat Key El ada jugak geng menonton bola. Hany and Aina. Bila ada game besar we all bertiga mesti update sesame kami game berkenaan. 



So, seperti biasa, kalau ada game yang ingin saya nonton pastinya menu makan malam adalah sesimple mungkin. Makan pun mesti lepas game. Sanggup u alls tahan lapar. Sepanjang game saya adalah malas nak sedia kan apa-apa juadah. 



Tak macam mak dulu. Mak memang akan buat jemput-jemut dengan the o panas untuk arwah abah and anak-anak bujang mak. Disebabkan suami saya bukan begitu, maka saya pun dengan senang hatinya berdondang sayang. 






Menu malam ni adalah sardine cap ayam. Simple dan semoga semuanya kenyang.




Tak tahu la jiran-jiran dengar ke tak we all laki bini terpekik terlolong. Saya pun tak de dengar jeritan batin dari rumah-rumah yang berkenaan. Tak macam rumah sewa dulu. Setiap rumah mesti ada satu jeritan. Ke sebab rumah sekarang ni kedap bunyi?



Sebelum game start, saya memang dah ready siap-siap dengan segala mak nenek kartun dalam laptop. Dengan harapan si kecik dapat melupakan sejenak kartun-kartun yang ada kat asteruk tu. Alhamdulialh berjaya







Pada mulanya keadaan sangat-sangat terkawal. Siap boleh buat peace kat mama. Ok la… Good boy. Nak memujuk tengok ball kena la ampu pakai baju ball. Memang malam ni mak bapak kena pandai mengampu. Ayat semua kena power. Cakap Boboiboy ni best. Upin Ipin best. Dia dah bosan buka kan pulak Hantu Kum Kum. Nasib baik mama tak bukakan Kuch Kuch Hota Hai je.



Dan beginilah keadaannya bila tamat permainan……Dalam tv perang. Luar tv pun perang


1 comment:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...
hadoiiii.. mmg perang betul.. sama ler.. we all laki bini mmg tak follow gak bola.. tapi malam tu tak de citer best pun.. terpaksa layan gak bola sbb dengar jiran dok sorak2 bila gol.. skali diorang sorak.. kita masuk channel bola.. tengok sape score.. ahahaha..