LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 29, 2011

Wiring Sendiri

Sungguh tidak disangka ye rupanya suami saya adalah pandai bab-bab DIY ini. Sebelum ni bakat tersebut adalah terpendam. Dan saya adalah jakun bila sesudah 3 tahun kawen rupanya pandai laki aku ni buat wiring. 


So, bagi menjimatkan ongkos yang ada, kami hanya fikirkan di mana kami perlu dapatkan peralatan untuk mendrill, memanjat dan sebagainya. Sangat mudah rupanya bila ada kenalan-kenalan yang memang pandai jugak mempunyai peralatan tersebut. 


Jadi boleh lah kiranya U-wang yang ada sang isteri mengendeng perkara yang lain pula. Tak gitu?

Bahagian saya bab cantum-cantum benda alah lampu ni je. Entah apa nak sebut pun tak reti


Kita juga mengimport pekerja dari kalangan keluarga sahaja. Huhuu. Ye ini anak sedara saya yang dah bujang. Maka tenaga dia diperlukan di saat-saat ini


Sedang berusaha menaiki lubang yang saya muat sangat-sangat




Sangat tekun seorang wireman


Selain dari menolong hulur itu dan ini kepada suami yang berada di atas tangga, si isteri yang kata nya mithali ni wajib lah menyediakan santapan apabila kelaparan. Maka membawak la mangkuk tingkat sebagai bekalan


Masa snap pic ni Rayyan Adam adalah tengah mencium vontot emaknya dek ketakutan dengar bunyi drill yang bising


Dan ini dia bila bukan orang profesional yang buat makanya suka suki dia je nak jaga keselamatan diri. Dah la tak pakai cermin mata. Baju pun dibuangnya. Fail betullah bab safety!!!



So setel bab wiring. Minggu depan bermula lah fasa baru dalam kehidupan keluarga saya yang kecik ini. Tahun baru la kata kan. Rumah pun kena baru....

Dec 28, 2011

25 December 2011


25 hb 12 masa tu tak plan pun pegi mana-mana. Tahun lepas ada gak agenda bermandi-mandian. Even cuti 3 hari tapi kitorg laki bini adalah bz yang amat. Bz mak sakit dan bz ke sana ke mari menyiapkan wiring rumah secara bersungguh-sungguh. Apakan daya. Wiring buat sendiri tak de panggil-panggil kontraktor. Cewah! Sendiri-sendiri jek.


Mak pulak kat rumah Kak Ana and yang lain-lain pun berkumpul kat sana. So, dengan tak sengaja singgah kat Mydin sebab nak beli barang dapur. Dengan selipar jepunnya. Dengan serabai nya. Tetiba tengok kat pentas ada orang tengah bersiap-siap.


Rupanya ada orang bersiap-siap nak buat show. Sekali tu amik kau. Huhuhuu. Diorg tengah celebrate krismas. Tengok la kejap. Tengok je pun. Bukan join celebrate.


Rayyan Adam takut. Tapi bapak nya suka. Mahu tak suka? Yang perempuannya joget nampak spender.


Hmmm tak sesuai kot tarian macam ni buat secara open. Sebab ramai orang Islam maaaa.... Seksi uuuuuu. Itu pada saya lah. Pada orang lain tak tahu la.


Tapi tarian tu bukanlah tarian yang lu**h. Memang menghiburkan kanak-kanak. Tapi pakaian kot yang tak sesuai.


Ni tarian pertama. Ok lagi la pakaiannya




Diorg siap turun jumpa kanak-kanak. Tapi tu la. Rayyan Adam takut. Bagus nak oi kau takut. Jangan esok kau dah besar kau suka pulak macam bapak kau



Ha ni la yang saya cakap pakaian yang menjolok mata tu. Hish. Masa tonggek-tongek tu nampak kau punya spender.



Masa tarian yang nampak spender ni kitorg terus blah. Terus kepada tujuan asal nak beli bawang and barang dapur yang lain.

Dec 27, 2011

Mak @ Kolam Air Panas Gadek

Malam semalam kami semua berkesempatan bawak mak berendam kat Kolam Air Panas Gadek. Sebelum ni saya suami isteri rajin jugak la berendam kat sini just for suka-suka je. Tapi kali ni memang betul-betul bawak mak untuk berubat. Selalu saya tengok orang lain dok dukung mak atau bapak nya berendam kat sini. Rupanya, kali ni saya juga merasa keadaan tersebut.


Cumanya, mak adalah gemuk dan berbadan berat. Tak larat untuk satu-satu orang dukung mak begitu sahaja. So, kitorg tukar-tukar papah mak. Pimpin. Dukung masuk dalam kolam. Bila buat ramai-ramai tak rasa pun berat nya.


Mak orang yang kuat semangat. Dia ok je anak-anak usaha nak ubat kan dengan apa cara sekali pun. Walau pun pening. Walau pun gelap mata. Mak tetap usaha nak baik.


Now, memang rindu sangat-sangat nak tengok mak boleh jalan sendiri. Rindu nak cakap gurau-gurau dengan mak. Paling rindu nak makan kuihh yang mak buat. Sebelum ni, nak makan kuih, main order je. Sedar-sedar dah siap. Serius rindu moment-moment tu.


So, anak perempuan bahagiannya salin kan cebok mak bagai. Yang lelaki bahagian dukung mendukung. Hope kami semua adik beradik sabar dalam menjaga mak yang tinggal seorang ni. Semoga peribahasa ibu seorang boleh jaga anak 10 orang, tapi anak 10 orang tak boleh jaga emak yang seorang (kitorg 6 beradik je) tak terjadi dalam keluarga kami.


Papah mak



Mak rileks dulu sebelum duduk dalam kolam




Si kecik yang masih dalam kawalan. Tapi kejap-kejap nak terjun kolam. Sakit jantung emak nya dibuatnya



Gambar tuan punya blog harus ada



Mak... Cepat baik ok!!!! Nak pegi jalan-jalan tak?


Kitorg cakap kat mak, mak kalau nak cepat baik, sila la berenang laju-laju dalam kolam ni.


Just for info je kot. Salah satu usaha untuk pesakit angin ahmar ialah, mendedahkan pesakit keadaan yang panas. Salah satu nya ialah berendam dalam air panas yang kitorg buat ni. Then, bertungku pun kitorg buat. Lain-lain macam tanam kan pesakit kat pasir pantai belum lagi. Kita hanya usaha. Selain dari itu ialah kerja Yang Maha Esa.

Dec 22, 2011

Karnival Gegar Ria Harian Metro

Waktu melawat kat Hospital Melaka setiap hari termasuk Sabtu Ahad ialah 1pm-2pm and 5pm-7pm.


So, we all memang akan datang 2 kali sehari la untuk melawat mak.


Sementara nak menunggu waktu melawat yang belah petang, we all pun zassss ke Klebang kejap tengok-tengok karnival yang keluar iklan kat tv. Saja-saja je jalan-jalan.


Siap cakap kat mak kat hospital, mak cepat la baik. Cepat baik kita pergi jalan-jalan macam selalu. Mak kata, mak dah baik. Tolak je mak dengan wheel chair. Ye la tu. Tak nak wheel chair ni. Nak mak jalan sendiri.



Orang kata rezeki jangan ditolak. Sampai, tengok-tengok apa hal orang perempuan berkerumun kat sini ni. Rupa nya ada pad free. Apa lagi. Isi borang. Then dapat sekotak sample Libresse



Model Liberrese. Siap kena cop tangan tanda saya telah dapat sekotak free. Kalau takde cop ni, ada aku datang balik buat-buat macam belum dapat




Sebenarnya ni tujuan utama nak datang sini. Sebab ada auto show.


Sedikit kepelikan sebab jakun nengok kereta-kereta ni tayang piala. Huhuhu. Entah. Pelik la. Jakun pun ye jugak aku ni



Sikit punya susah nak suruh tengok kamera. Dia ralit tengok kereta-kereta yang pelik



Gemuk di situ.



Kalau la kenari aku buat cenggini. Hish!!!



Dan yang ini bajet nak terbang la konon


Kat sini kejap je. Tak de round sampai habis. Adalah bosan melawat kedai-kedai yang sama setiap kali ada karnival. Tak kedai baju, kedai makan. Tak pun kedai tudung. Malas dah nak jalan. Pada hal tak kuasa nak layan kasut tinggi

Dec 21, 2011

Perkembangan Stroke Mak

Ok sekarang mak telah ditahan wad untuk kali kedua pulak. Mula nya sebab mak asyik gelap mata. Ingat mak hypo. Ye la. Kan waktu-waktu macam ni kena kontrol gula mak. Rupa-rupanya, yang gelap mata tu sebab effect daripada penyakit stroke tu sendiri.


Menjaga mak sakit kali ni beza sangat-sangat. Anggota badan mak sebelah kanan dalam keadaan lemah lagi. But still boleh gerak, boleh rasa. Cuma mak kata, berat.


Lagi terasa sekarang ni bila segala pergerakan mak memang kena dibantu sepenuh nya.


Sebelum mak ditahan wad untuk kali kedua, kitorg hantar mak berurut kat tempat yang memang urut pesakit angin ahmar. Dalam masa yang sama, saya nk say thanks kat semua kawan-kawan yang bagi tahu tempat tu, tempat ni untuk rawat pesakit stroke. Yup, saya hargai sangat-sangat.


Cuma ye la. Sakit saraf yang macam ni orang kata tak boleh campur banyak tangan sangat yang mengurut. Mana lah tahu, orang tu tekan urat ni, orang ni tekan urat ni. Karang jadi kelam kabut pulak urat-urat yang ada.


Ikut kan hati ni, memang semua kita nak pergi. Tapi orang kata, orang tamak selalu rugi. So, kita sabar untuk satu-satu dulu. Mana yang sesuai kita go on. mana yang tak sesuai kita tunggu je dulu.


Oh ye. Ada jugak sorang pakcik ni masa kat hospital dok rayau-rayau tanya keadaan mak. Tanya mak sakit apa. Then dia bagi tahu dia memang ubat kan macam-macam orang. Lepas tu dia mintak air and tanya nama mak apa. Dia ada jugak lah sentuh-sentuh kaki mak and baca-baca ayat-ayat Quran.


So kita bersangka baik je la dengan orang yang macam ni. Dalam masa yang sama saya hadiah kan jugak RM10. Mana lah tahu dengan air dia tu and doa dia mak boleh sembuh.


Buat masa sekarang mak tak boleh keluar hospital lagi sebab:

  • Darah mak turun naik turun naik. Doctor kena buat 2 bacaan. 1 bacaan masa mak baring. 2 bacaan masa mak duduk. Dua-dua bacaan adalah jauh berbeza. Kalau masa baring dalam 140++. Kalau masa duduk 90++.
  • Glucometer mak pun dok turun naik turun naik jugak. Kejap 7. Kejap 11. Kejap 16.
  • Ni penyakit baru ialah tentang serangan jantung mak. Serangan tu kecik sangat. Doctor kata, nak kata ada, tak de. Nak kata tak de, ada. Itu yang still kena pantau lagi.
  • Mak asyik lah gelap mata. Ini effect daripada stroke. Ye la. Dah lama tak bangun. Bila bangun sikit, gelap mata. Gerak sikit gelap mata. Pening. Kepala pusing-pusing









Apa pun. Ubat yang paling mujarab untuk mak ialah kekuatan. Mak kena kuat semangat. Mak tak boleh stress. Tu yang doctor kata mak macam ada sikit serangan jantung. Siapa pun. Tiba-tiba tak boleh cakap. Mahu tak sakit jantung dibuat nya.


Harap mak tabah. Sebab diri mak sendiri yang kena lawan penyakit ni. Mak tak boleh takut untuk bergerak. Please mak. Jangan putus asa ok. Nanti mak  baik, kita pergi jalan-jalan ye.



Dec 16, 2011

Dah Tak Hisap Puting Kopek

Puting kopek bagi istilah kami bukan puting tetek yek. Tapi puting yang nyonyot tu. Entah la orang panggil apa pun. Huhuhu


Tapi ni nak update pasal si bujang tu asik la terbengkalai. Jadi bagi tidak menjadi seorang mama yang terlupa akan perkembangan anak sulung nya, nak tak nak kena laju-laju update di sini. 


Ok budak kecik yang hensem tu telah dilepaskan puting kopek nya sejak umur nya genap 2 tahun. Mula-mula rasa bersalah jugak la mak bapak nya ni. Ye la bila nak tidur jek, mula lah gundah gulana. Resah gelisah. Candu telah hilang. Terpaksa kami memujuk dengan apa cara sekali pun.


Tapi takjub ok beliau langsung tak nangis. Cuma resah macam orang tak dapat dadah la. Terkebil-kebil. Pandang sana tak kena, pandang sini tak kena. Tapi kitorg tahu apa yang dicarinya. Maaf ye anak mama...


Sampai satu ketika, si bujang ni tertengok lah gambar-gambar lama beliau dalam hp mama nya ni. Mahu tak kenangan lama terkenang-kenang. Huru hara aku dibuatnya bila dia terpandang candu yang tiba-tiba hilang. 


Terpaksa memujuk dan mengumpan dengan perkara lain.


Alhamdulilah segalanya berjalan lancar. No problem with this puting. Huhuhuuhuu



Dec 15, 2011

Susu Anmum Free 5 Kotak





Alhamdulilah rezeki anak bujang sorang tu. Susu Anmum yang ditebus sebulan lalu telah pun diterima. Jimat untuk 3 suku bulan. Jimat jimat...


Masih berdoa mintak-mintak la menang I-Pad

Dec 14, 2011

Mak Kena Stroke


Kejadian yang terduga terjadi dalam family kami. Dengan tak de angin, tak de berita, tak de apa yang berlaku, mak tiba-tiba diserang stroke.


Panik? Of course panik. Tiba-tiba je mulut mak senget. Tiba-tiba mak cakap pelat. Tapi mak tak sakit. Mak masih boleh bergerak. Mak masih boleh buat karipap lagi. Mak langsung tak sakit.


Sampai satu tahap saya yang pelik kenapa mulut mak senget and mak cakap pelat.


Bila berlarutan sampai subuh esok nya, saya tanya khabar mak dalam bilik, mak terus nangis. Mak cakap gagap. But masa pagi ni, saya ok ok saja. Saya tak gelabah. Saya tahu mak kena stroke. Saya pujuk mak kejap. Then saya call Kak Ana. Saya call Cik Yah. Saya call sepupu saya yang pernah kena stroke.


Yes, waktu ni saya ok ok saja. Saya setel kan mak pergi hospital. Saya jumpa doktor. Saya masih lagi ok ok. Sebab nya saya tak nak mak bertambah panik bila tengok saya pun turut sedih.


Sehingga la saya bertanya pada diri sendiri. Bila aku nak nangis ni? Kenapa aku tak boleh nangis tengok mak macam ni? Sakit jugak dada nak suruh air mata ni  keluar.


Serius. Adik beradik lain tengok mak semua nangis. Kenapa dengan kolam air mata aku ni.


Tunggu punya tunggu, rupanya saya nangis bila memikirkan mak tak boleh uruskan diri sendiri lagi untuk ketika ini. Ya Allah!!! luluhnya hati bila mengenangkan perkara ni.


Doktor advise suruh beli wheel chair. And for a while, doctor tak kasik mak pergi toilet. So, mak kena buang air kat pampers untuk seketika.


Dan air mata ni bertambah bercucuran bila mengenangkan arwah abah. Ya Allah, rasa nya mahu saja diri ini pergi dekat dengan abah. Saya nak mengadu dengan abah. Saya nak cakap kat abah, mak sakit bah. Mak sakit tak boleh gerak. Abah boleh dengar tak? Abah boleh nampak tak mak terlantar.


Saat ini saya memang nak sangat-sangat mengadu kat abah pasal mak. Nak sangat abah jadi pendengar. Sebab saya tak tahu nak mengadu kat siapa tentang perasaan yang saya tanggung sekarang.


Nak mengadu kat adik beradik? Diorg pun tengah berkonflik sedih memikirkan mak. Semua pun nangis. Semua pun takut mak dah tak kenal dengan anak sendiri. Semua pun terkejut.


Wal hal saya dah pesan. Korang kalau jumpa mak, jangan nangis. Tapi siapa lah kami untuk menidakkan perasaan yang ada ni terhadap ibu kandung sendiri.


Selagi hayat dikandung badan. Selagi boleh berbakti. Selagi boleh mencurahkan kasih sayang. Selagi itu saya akan laksanakan. Jangan sampai mak dah tak de. Menangsi air mata darah sekali pun dah tak guna lagi.



Dec 9, 2011

No In Good Mood

No in good mood. Mak tiba-tiba diserang stroke. Cuma tak kritikal. And for the first time, mak kena serangan jantung. Doakan yang terbaik dan dipermudahkan segalanya. Mental tak bersedia untuk apa yang terjadi sekarang dan segala kemungkinan yang akan datang.


Moga segala dugaan ini ada hikmah di sebalik nya