LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 30, 2010

Untuk Anak Bujang Mama



Mak saya sebagai mak nenek bukan main sibuk lagi suruh saya cari anak patung untuk cucu kesayangannya tu. Atas alasan kan bagus kalau anak kau tu ada benda nak peluk. Hmmm macam tahu-tahu je saya kalau tidur kadang-kadang terlupa nak peluk cucu dia. Maklum lah tidur tengah-tengah. Kiri kanan nak peluk. Kena lahh gilir-gilir ye tak.



So, cari punya cari punya cari. Susah nya nak cari yang sesuai. Harap maklum ye. Anak saya ni anak bujang. Bear yang kebanyakan jual kat kedai semuanya beRiben bagai. Saya memang lah cerewet. Tak nak lah nampak sangat kewanitaan saya ni.



Bila dah jumpa. Makkk aiiii!!! Harga mak datukkkk. Mahal. Memang mahal ye puan-puan kalau setakat anak patung rege nya 50 hengget. So, saya riject. Hish mahal la. Kecik je pun. Tapi tu lah. Nenek nya pulak yang dok kalut sibuk sangat nak kan anak patung tu.




So, malam ni tadi keluar pergi JJ teman kan Fatiha nak betul kan jam. Tak plan pun nak cari anak patung ni. Cuma rasanya kalau ada yang berkenan dengan harga ingat nak beli la. Last-last Cik Fatiha kita yang baik hati ni bermurah hati nak hadiah kan Rayyan Adam. Errrkkk mula-mula segan wei. Mahal. Gila apa. Tak nak tak nak sambil geleng kepala. Tak nak jugak. Pergi cari yang murah je. Lantas Fatiha pun kata tak nak beli yang murah. Hahahaha...



Dengan ini saya sebagai mama kepada Rayyan Adam juga mewakili nenek Rayyan Adam yang lorat nak kan anak patung tu, berterima kasih ye kepada Cik Fatiha. Very expensive okey. Kalau aku beli baju aku rege 10 hengget boleh dapat 8 pasang tau Fatiha. Ni yang aku jeles ni. Lepas ni beli kan aku baju pulak eh. Ni kes jeles dengan anak sendiri.




Oh ye. Buat Rayyan Adam anak mama sayang. Lepas ni dah tak de alasan eh mama tak peluk sayang lagi. Mama nak peluk ayah pulak banyak-banyak.


Pinjam Oh Pinjam

Hmmm bagi salah. Tak bagi salah. Kawan nak pinjam duit. Tak bagi kesian. Memang janji nak bayar balik tarikh sekian-sekian. Tapi tiba masa duit nya tak cukup nak bayar balik. So, bayar secara ansuran. Ha kan kita dah serba salah nak bagi tahu. Kalau boleh nak la banyak mana aku bagi kau, banyak tu jugak kau bagi aku. Tapi tu lah. Nak cakap serba salah. Sebab tu kawan. Hish kalau adik beradik tak pe gak. Boleh ampun.



Bila bayaran dah setel, nak buat loan lain lagi. So, buat perjanjian yang sama. Perasaan ni pun sama jugak lah. Serba salah nak bagi. Sebab dah janji tarikh tu yang dijanjikan. Cuma takut janji tak dikotakan. Tiba masa kita yang terkontang kanting. Ye lah. Yang kita bagi memang lah bukan duit saving kita. Sebab nya kalau boleh duit saving tu tak bak tengok langsung pun. Kita bagi duit belanja sebulan. Karang kalau tak boleh bayar. Takkan nak terkial-kial kita korek duit saving. Kan dah cakap duit saving tak nak kacau. 



Hmmm... Masa nak pinjam takkan kita nak tanya. Apa cagaran yang kau nak bagi kat aku. Kan ke macam poyo. Then, takkan nak terang kan kat orang tu. Wei, aku banyak komitmen la beb. Aku nak bayar rumah. Aku nak bayar kereta. SSPN anak aku lagi. Ni lagi la aku dok berulang KL-Melaka. Tol, minyak. Habis makan aku. Bil-bil utiliti aku. Eh takkan nak senaraikan kot komitmen kita kan peminjam. Nanti kata, ala baru nak pinjam sikit dah banyak cekadak.



Pinjaman ASB

Plan nak buat loan ASB. Ala yang ala-ala main saham. Entah le. Ada orang cakap melabur. Tapi kan  yang sebenarnya ni kan pinjaman kan. So, sekarang ni ada ke siapa-siapa tahu bank mana yang best. Ingat nak buat dengan RHB. Ok tak?



Jun 29, 2010

Award A+++



Hari ni menerima award dari mamamya




*What do u feel to know u get this award?
 
Of coz la seronok. Ingat senang orang nak bagi award????


Kawan Lama

Kawan lama tak jumpa. So, bila jumpa of coz la kita ni exited. Nak-nak kalau dulu-dulu masa sekolah memang rapat.



Sebelum ni kalau sms tak reply ok la kot sebab maybe dah tukar nombor kot. Nak buat macam mana kalau orang suka tukar-tukar nombor ni.



Then, bila ada peluang terjumpa kat mana-mana. Kat tepi jalan ke, kat fb ke. Tanya lah kenapa sombong sangat sekarang. Sinis je jawab nya. Bukannya sombong, tapi lebih baik diam.



Eh. Apa kena mengena. Kalau macam tu seribu kali kau sombong, sejuta kali lah aku ni lebih baik tak payah tegur.



 Saya ni memang sayang kawan-kawan. Tak kisah lah kawan masa bila. Semua pun saya sayang. Nak minta tolong ke apa ke, selagi boleh saya tolong. Saya ni muka je tau sombong. Ramai yang kata macam tu. Muka ni memang tak de manisnya. Tapi tu bukan bermakna sombong.



So, saya nak nyatakan kat sini yang saya sayang kawan-kawan.



Jun 28, 2010

B.O.T.A.K






Kan Best Kalau Mak Ada

Ni kira dah tengah malam. Makan malam pun sudah. Tapi makan yang entah apa-apa. Sekarang ni memang tengah mencari kunyah-kunyahan. Nak cari makanan yang merapu.



Mak...Kan best kalau mak ada sekarang. Senang je nak order apa-apa. Tengah-tengah malam macam ni kalau teringin nak makan bubur pulut hitam. Order je. Hidangan pasti tersedia dalam beberapa minit.



Lepas tu kalau tetiba nak makan lempeng dengan sambal tumis. Mak petik jari je sediakan. Nak makan pengat ke. Nak makan mee bandung ke. Waaaaa... Malam ni dah mula jadi macam orang gila cari makanan. Tapi tak de. 



Mak datang sini kejap!!! Oh ye. Mak saya tukang masak ye untuk pengetahuan. Sebab tu saya senang-senang je order makanan kalau tetiba mengidam. Ye. Sangat senang. Chef berpengalaman akan penuhi impian anda.



Hmmm satu lagi kan. Tak terperanjat la eh kalau anak tukang masak pandai masak macam saya. Hahahaha. Motif apa kau nak bagi tahu ni? Kau nak bagi tahu kau pandai masak? So, kau nak perasan la ni?



Allah Selamat Kan Kamu



Besday ke 10 untuk syarikat saya bekerja. Selamat selamat selamat


My big bosss


Ada sikit bacaan yasin, tahlil dan doa selamat





Opismate Rini bawa anak dara nya Wan Nadhira Insyirah. Alalalalalala comel nya kalau buat menantu. Adam nak tak sayang? Hahaha


Errrkkk aunty ni pun sibuk nak jugak buat menantu untuk baby dia Aqil. Adam sayang, cepat rebut dengan Aqil!!!




Jun 24, 2010

Perancang Keluarga

Saya tengah merancang keluarga saya sekarang. Saya dan suami tapi terutama saya lah yang mahu merancang bila saya akan pregnant lagi. Now memang saya amik cucuk depo yang tempoh 3 bulan tahannya.



Setakat ni okey. Cuma masa dos pertama dan kedua dulu agak kucar kacir lah hidup. Dengan period yang tak menentu. Period yang berpanjangan. Sampai kena amik ubat lancar darah. Bagi darah turun dengan sempurna. Sebab darah macam tersekat. Pulak tu lama pulak tu. Sampai lebih 15 hari berpanjangan. Tapi bukan lah darah yang heavy.



Now, semuanya macam dah okey. Tak de lah merunsingkan sangat. Cuma tarikh setiap kali period masih tak tentu hala. Saya akan cuba disiplin catit tarikh period saya lepas ni sebab nak tahu dah kembali normal ke belum.



Ada jugak sebelum ni saya makan pil perancang cap MARVELON. Memang tak boleh belah. 1, sebab saya memang tak suka makan ubat. 2, sebab pil tu buat saya migrain. Masa makan pil ni hari tu saya selalu MC.




Tu yang saya sambung semula cucuk depo. Saya dah mula berkira-kira kalau lah dah ada rezeki saya duduk serumah dengan suami dan anak saya kelak, saya akan terus pregnant semula. Maksud saya dalam jarak umur anak 2 atau 3 tahun it's okey kan. Salah satu nya ialah faktor umur kau bercakap macam kau tu dah tua kan




Hahahaha. Bukan. Sebab nya kalau boleh tak nak lah umur 30 baru start mengandung balik. Karang anak nombor 3 nak start bila pulak. Perancangan tu kan penting. Bila dah bersalin anak nombor dua nanti saya ingat nak cuba kaedah perancang keluarga yang lain. 




Maksudnya, saya nak cuba try IUD or pasang implan kat bawah lengan. Cumaaaaaa.... Macam takut nak pasang-pasang benda pelik ni kat dalam badan. Lagi-lagi IUD. Saya ada baca jugak orang kata time period ada macam benang terkeluar kat faraj kita. Haaaa... Macam seram kan dengar. 




Yang implan pulak saya tengok lah prosedur pemasangannya. Oh macam seram jugak. Hahahahah. Semua seram. Habis kau nak yang mana satu. Faktor saya berminat tentang kedua-dua kaedah sebab saya nak cuba protect dalam tempoh berapa tahun yang saya nak. So, bila tiba masa saya bukak la balik.



Lagi pun saya baca testi yang mana dah pernah cuba benda ni, ia takkan mengurang kan susu. Dan saya plan jugak untuk baby yang kedua saya nak BF my baby secara eksklusif. Insyallah. Ni semua hanya rancangan. Sebab tu saya nak mensurvey dari sekarang apa yang elok untuk saya, baby dan keluarga saya. Tapi kalau macam tak okey, saya terus kan je la cucuk depo ni sebab dah serasi.



Playground @ Stadium Hang Jebat



Puas hati aku letak gambo banyak-banyak. Huh!!!!


Ssssyyyyy Rahsia Tau

Sssssyyyyy rahsia tau. Konsepnya macam ni. Ni kalau aku cerita kat kau,, kau jangan cerita kat siapa-siapa tau. Okey aku janji tak cerita kat siapa-siapa.



Tup-tup cerita dah bercerita siti situ sana sini. Alamak. Dah gelabah. Siapa yang cerita ni. Ha nak buat apa dengan orang yang dah tahu cerita ni terlebih dahulu. Faham kan? 



Semua ni cerita orang tak jujur. Banyak tempat kalau nak tak jujur ni. Tak jujur baca sms orang. Baca ym orang. Baca skype orang. Tak jujur sama dengan mencuri kan. So, boleh tak sama kan orang-orang macam ni.



Pendek kata. Lantak kau lah. Ada aku kisah. Bukan aku bersalah pun. Ha macam tu lah lebih kurang konsep nya. Mari kita berusaha teruskan hidup dengan lebih baik. Teruskan mencari kebahagiaan kita sendiri. Kita kecap apa yang kita nak tanpa hiraukan apa orang nak kata. Kita ada kehidupan kita. Hanya Tuhan saja yang Maha Tahu rahsia sebenar diri kita.


Moody

Hari ini saya rasa mood saya sangat tak best. Adakah sebab mahu PMS. Semua nya jadi sensitif. Semuanya jadi tak elok. So, saya mahu tumpukan pada kerja saja. Kalau boleh la. Hari ini saya meminta, cepat lah 5.30 atau lagi best cepat lah esok petang. Saya mahu jumpa si jantung hati saya. Saya memang dah tak best dah ni. Macam nak mati je rasanya. Kan bagus kalau Tuhan kasi mati kejap je. Tapi lepas tu  nak hidup balik. Hmmm saya dah merapu. Saya memang berkeadaan moody tanpa sebab. Memang tak de sebab apa-apa. Bukan gaduh dengan suami. Bukan gaduh dengan kawan. Bukan anak tak dengar cakap. Ohhhhh...



Jun 23, 2010

Jodoh

Bila Tuhan dah kata itu adalah jodoh kita maka adalah yang Tuhan nak tunjuk bahagian masing-masing. Pasti ada hikmah di sebalik cerita jodoh kita.



Mana yang belum kahwin pasti tertanya-tanya siapakah jodoh aku. Bila jodoh aku nak datang? Okey ke jodoh aku nanti. Ya. Saya dulu adalah begitu. Tertanya-tanya. Now dah jumpa pun jawapan jodoh yang Tuhan nak bagi kat saya. Alhamdulilah.



Adalah dulu sorang kenalan yang dah bergelar Hajah. Bila dia tahu saya nak amik keputusan nak bertunang dia ada nasihat supaya saya buat istikharah. Minta petunjuk Tuhan betul ke pilihan saya ni. Betul ke keputusan saya ni.



Tapi sila tahu ye. Saya tak buat pun nasihat dia. Walaupun berkali-kali dia nasihat kan saya. Sebab nya... di kala itu saya tak mahu ada pandangan lain dalam hati saya. Saya dah tetap kan hati saya. Ya. Ini lah pilihan saya yamg tepat. Suami saya. Saya memang takut nak buat. Takut terpandang or termimpi orang lain. Tak ke haru. 



Tapi untuk mereka yang baru nak buat keputusan tentang jodoh, saya nasihat kan buat lah solat istikharah ni. Eh ni tapi saya suruh bukan sebab saya menyesal dengan jodoh saya. Cuma nak bagi tahu benda ni tak rugi pun. Kalau dah itu yang Tuhan janjikan, maka itu memang untuk kita.



Tak semestinya kita bercinta bagai nak rak, dah plan ni nak kahwin. Tup tup tiba masa kahwin dengan orang lain. Memang banyak terjadi benda macam ni. Pendek kata, apa yang Tuhan tentukan, itu lah yang terbaik buat kita. Kalau Tuhan nak uji pun sebab Tuhan sayang kita. Betul tak.



Ini tak kira lah kan jodoh kita siapa. Kahwin dengan perempuan tua ke, kahwin dengan lelaki tua ke, kahwin dengan duda, dengan janda, laki orang. Ya. Itu semua ada cerita terbaik yang Tuhan nak bagi. Cuma kena sabar. Sabar tunggu habuan dari Tuhan.



Ingat. Tak semestinya orang yang kita nak akan jadi pasangan sehidup semati. Kalau bukan itu orang nya pasti akan ada bahagia yang lain. Akan ada sinar mentari pelangi yang akan mewarnai hidup kita. Jangan disesalkan jodoh yang tiba. Jangan disesalkan jodoh yang pergi. 



Sukma 2010 - Stadium Hang Jebat

Entry dah lapuk. SUKMA pun dah habis. Tapi kan dah kata entry bergambar adalah terlewat daripada biasa. Semuanya kerana kelembapan siput yang bawa internet nak upload gambar.




Keadaan sangat lah panas masa ni. Tengok saja lah minyak-minyak di muka masing-masing



Seee my hero pun tak ternteram sangat tempat panas macam ni. Sentiasa haus. Minta susu.



Masa ni acara apa pun dah tak ingat. Yang penting olahraga acara akhir lah. Tu kat bawah ramai-ramai tu penyokong Melaka bukan main ramai lagi.



Sila tahu masa ni kena berdiri sebab nyanyi lagu Melaka yang menang emas malam tu. Gila bangga suami nyanyi lagu dia. Saya sepatah haram tak tahu.





Cuma 1 je yang paling saya tak boleh belah ialah sangat kesian tengok kanak-kanak dan sekali lagi kanak-kanak eh menjaja makanan dan minuman di tengah-tengah keriuhan orang ramai. Hati yang halus ni ada sedikit terusik.


J-Card Day @ Equine Park



Sila tahu ianya jatuh pada hari yang belum bergaji. Maka hanya boleh cuci mata saja tengok apa yang ada. Tu pun pergi lunch time. 1 jam sudah.




Tu saya cuma beli bekas yang bertutup oren. Singgit lebih 1. Beli 3. Boleh lah buat-buat taruk milo ke apa ke. Tapi tadi hampir terbeli kasut Hush Puppies. Nasib kau lah kasut tak de saiz aku. Kalau tak memang kasut raya aku dah siap dah.



Para-para ibu sila tahu Mami Poko murah ye 66 pcs saiz M RM43.90. Tu pun saya tak beli sebab harga kat Melaka sikit lebih kurang sama. Drypers pun murah la. Kalau tak silap RM35.90. Ni kalau tak silap sebab serius saya lupa. Pet Pet RM29.90. Huggies tak tengok langsung sebab saya dah riject pakai Huggies. Saiz M dia kecik. Bocor. Ni yang saya tengok semuanya untuk bundel yang besar-besar je tau. Tapi memang yang paling murah Mami Poko. Pergi lah sila berebut sekarang. Sampai pukul 12 malam kang mesti ada lagi.


test



test test test testis testis





Kalau Lah Tinggal Dengan Pengasuh

Semalam kami suami isteri terfikir kalau lah Rayyan Adam tinggal kan kat rumah pengasuh macam mana lah agaknya. Maksud nya bukan mak saya yang jaga. Saya upah orang lain. Orang yang tak dikenali. Orang yang kita tak tahu kisah sejarah dia macam mana. 



Sepatutnya kita kena lah positif kan kalau dalam masa-masa tertentu kita terpaksa jugak nak tinggal kan anak kita kat orang lain. Cuma macam ni. Rayyan Adam sekarang ni tak boleh tinggal bersendirian. Kecuali dia tidur.



Dia akan menangis macam orang kena dera berjujuran air mata kalau dia tahu keliling dia tak de orang. Tu yang saya tak boleh jaga dia seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Kena buat kerja lain kalau dia tidur. Nak masak, nak basuh, nak kemas, even nak kencing pun kena tahan.



Tu satu hal. Satu lagi kalau dia tidur memang telinga dia bukan tidur sangat. Telinga dia sangat peka terhadap bunyi-bunyian di sekelilingnya. Contoh kalau dia tengah tidur, saya nak amik kesempatan nak masak. Sanagt lah terlalu berhati-hati. Tak de nya nak bunyi kelentang kelentung. Kalau tak sengaja mengeluarkan bunyi masakan alamatnya dia akan automatik bangun. Lepas tu kelam kabut lah dia cari kita kat dapur dalam keadaan y ag amat sedih sebab dirinya ditinggalkan keseorangan.



Sekarang ni kalau nak buat susu pun kena bawa dia sekali. Kalau saya memang dukung lah dia ke dapur. Kalau nenek, masukkan dalam walker buat susu depan dia. Kalau ayah, bawa segala bahan ke depan then buat susu depan dia. Ha bayang kan la macam mana anak saya sekarang tak boleh bersendirian.



Dia akan aman dengan dunia dia kalau kita ada depan mata dia. Tak kira lah kita tidur atau tak. Dia boleh main dengan tenang. Dia takkan ke mana-mana. Yang dia tahu kita ada dengan dia.



Pokoknya sekarang siapa je yang boleh tahan dengan keadaan baby yang macam ni gayanya. Kita tengok kat surat khabar pun ada jugak mak bapak yang hilang sabar. Kalau lah kena yang jaga, aaaarrhh  pergi lantak kau lah nak nangis ke apa ke. Ada aku kisah. Ha kami tak nak macam tu lah. Kesian kat anak kita kalau pe'el nya lagu tu.