Sebelum terlupa atau pun ingatan ni ditelan zaman. Apa yang saya alami sekarang, rasa macam nak dibukukan je.
Tapi tak pe lah. Sekadar buat kenangan bahan bacaan saya dan anak-anak saya kelak. Bukan lah nak membanding-bandingkan ke apa ke.
Sepanjang mengandungkan Rayyan Adam, saya diserang sakit pinggang. Kalau ada alat yang boleh gosok pinggang ni, memang saya akan beli waktu tu.
Sudahnya, setiap kali pun saya akan minta tolong suami gosok kan pinggang saya ni. Benda ni bukan sengaja atau mengada-ngada.
Now, Rayyan Adam....
Setiap kali nak tidur minta gosok belakang badan dia. Huh!!! Dan suami salahkan ibu mengandung ni yang minta gosok pinggang suatu ketika dulu. Hohoho!!!
Dan apabila mengandung anak nombor dua ni....
Bontot saya selalu sengal. Sakit. Minta digosok. Hohoho!!!
Awal-awal lagi suami saya cuba bersedia mental akan permintaan anak nombor dia kelak sebelum tidur.
Tolong la jangan salah kan ibu mengandung ni lagi kalau ada kejadian yang tak diingini. Hahahha!!!
3 comments:
haha..xpe2..mengertii..;P
hahah! bila difikirkan balik mmg ade kaitan la perangai mak ngandung dgn anak2 esok. :)
biasa tu.. apa yg mak suka sebenarnya itu yg anak tu suka esok.. ehehehe
Post a Comment