Kerana saya juga seorang ibu saya cuba menolak satu je pekerjaan dari rumah yang sangat mulia.
Sebenarnya sejak saya berhenti kerja, ada je beberapa orang yang mencadangkan saya menjadi pengasuh.
Serius, di kawasan perumahan tempat tinggal saya ni memang ramai ibu bapa yang mahu anak mereka dijaga oleh suri rumah berbanding dengan taska. Bukan tak boleh buat duit. Setakat duduk rumah jaga anak orang, hujung bulan dapat bayaran. Mudah kan?
Saya bukan tak berminat. Tapi percaya la. Saya juga seorang ibu yang mahukan kalau boleh tumpuan menjaga anak saya haruslah diperhatikan 24jam 100%.
Kita sedia maklum hati manusia ni sangat subjektif. Kita tak tahu apa yang tersirat. Malah yang tersurat juga kita tak perasan. Banyak benda nak kena diperincikan bila mengasuh anak orang lain.
Makan, pakai, tidur, persekitaran, kesihatan, masa kita lagi etc.
Dan jika segala keperluan dan kehendak ibu bapa yang mungkin sedikit cerewet tak dapat dipenuhi pastinya saya juga mengundang dosa kerana seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.
Oh bukan bermakna saya menulis ni sebab ada ibu bapa cerewet yang nak hantar anaknya kat saya. Tapi saya pernah lihat ibu bapa yang terlalu cerewet yang agak tidak munasabah permintaannya.
Dan bukan lah bermakna saya adalah antara ibu bapa yang terlebih cerewet itu. Nak kata cerewet tidak. Tak cerewet pun tidak. Cuba bertindak secara bertempat dan logik akal jika anak saya dijaga oleh orang lain.
No comments:
Post a Comment