LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 1, 2013

Kena Sengat

Sepanjang minggu Maulidur Rasul hari tu mak buyung sangat sibuk menyelesaikan tempahan apam polka dot. Alhamdulilah. Rezeki bertambah. Rezeki  buat anak-anak dan suami.


Siapa sangka siapa menduga. Jumaat tu, tiba-tiba masa nak hantar order kat rumah client, sejurus pegang streng kereta, tangan saya macam kena karen. Terus kaku. Kebas. Tak boleh gerak. Sakit. Pergelangan tangan bertukar jadi biru. 

 
Dan of cos la saya panik. Saya perlu siap kan 1000 pcs lagi tempahan menjelang Sabtu. Harus la saya panik. Saya nak guna tangan saya.


Kebetulan masa ni dah pukul 12 tengah hari. Terus call suami suruh datang kat saya. Ye la time ni kan time dia keluar lunch. Serta merta saya nak ke klinik. Saya sangat takut tengok tangan yang dah membiru.


Weols suspek tangan saya disengat binatang. Tapi tak tahu apakah jenis binatang tersebut sebab memang tak nampak apa-apa pun.


Sampai kat klinik, doktor tanya bla bla bla.... Terus inject ubat. TANPA!!!! Doktor tanya saya mengandung atau tidak. Dan saya juga dengan rasa tidak bersalah pun tidak menyatakan yang saya sedang mengandung 5 bulannnnnn!!!!


Walaupun kandungan berusia 5 bulan, tapi badan saya kurang menunjukkan saya mengandung. Hanya mata yang pandai menilai sahaja tahu saya mengandung. Huhuhu. Apa yang penting, baby membesar dengan jaya nya dalam perut ni.


Saya juga tak menyatakan yang saya adalah sangat banyak alergik ubat. Banyak ubat yng tak boleh masuk dalam badan saya. Kalau salah, memang padah. Pasti membengkak di sana sini seperti melecur terbakar.


Dan ye saya. Memang saya terima padah nya. Sudah la ubat yang doktor bagi entah apa-apa tu menyebabkan kebengkakan sana sini pada tubuh badan. Dan harus la kemenyesalan bertambah-tambah bila mana memikirkan ubat yang masuk dalam badan akan memberi kesan pada baby. 


Maaf kan mama sayang....         




Untill now, semua bengkak dah baik. Dah elok. Cuma saya batuk yang tak baik-baik. Memang bertahan untuk tidak makan ubat. Sayang sangat kat baby. 


Tapi masih usaha juga nak baik dengan menelan madu tanpa apa-apa campuran lain. 


Kalau benar la madu ni penawar, apa salah nya kita telan sekali sekala. Harap-harap baby pun sihat ye sayang

1 comment:

Unknown said...

sis makan je madu hari2..nens smpai skang amalkan makan madu..dengan selwat dan niat elok..sgt baik tuk ibu mengandung..;)