Perihal kandungan kedua lagi. Perkara yang paling menakutkan bagi setiap insan bernama wanita ialah perihal korek mengorek di 'kediaman peribadi'.
Aduh!!!
Kandungan ketika ini telah masuk ke usia 3 bulan. Scan kali ini alhamdulilah menunjukkan baby sangat comel berada di tempatnya. Ini juga kali pertama kami bertemu secara rasmi. Sebelum ni seperti diketahui masalah utama, tidak jumpa di mana degupan jantung baby.
Bila nampak baby dalam keadaan fizikal yang sedang membentuk dengan sempurna, saya sangat-sangat berbesar hati dengan kurniaan Ilahi dan memang tak sabar ingin berjumpa di alam yang nyata. In shaa Allah.
Tapi.... Saya masih lagi diancam keguguran bilamana darah (lendir coklat) masih berleluasa di kawasan 'kediaman rasmi'. Makanya pemeriksaan lanjut perlu dilakukan kerana dikhuatiri berlaku kecederaan di kawasan pangkal rahim.
Lalalala....
Bermula lah episod doktor meminta maaf kepada saya sebanyak-banyaknya kerana terpaksa membuat ujikaji menggunakan senjata-senjata yang ada untuk mengorek.
Tansion hakak dik!!!
Senjata pertama ialah jari jemari doktor perempuan tersebut. Nasib baik lah doktor itu sangat comel lote. Sudah tentulah jari jemarinya juga comel macam orangnya. Buatnya kalau yang mengetes tu doktor lelaki yang gagah perkasa. Hakak tak rela dik....
Seterusnya senjata yang memang diiktiraf pakar perubatan ialah.....
Binatang di bawah

Suka tak???? Suka tak????
Memandangkan doktor tu kecil molek, sedaya upaya dia melawan arus tolakan saya sampaikan ada bunyi ketidakberjayaan kemasukan kali pertama. Jadi kemasukan kali kedua dilakukan semula.
Adohai!!!!
Doktor perlu mengorek sehingga alat tersebut jumpa kawasan pangkal rahim saya. Yeza.... Memang ada fresh blood di situ. Beserta dengan lendir yang banyak.
Menurut kata doktor, 1 daripada 4 wanita yang hamil akan mengalami situasi ini. Dalam masa yang sama, kes saya 50-50. Nak kata selamat pun tak jugak. Nak kata tak selamat pun tak jugak. So saya hanya perlu bersedia dengan segala kemungkinan.
Sebelum masuk kawasan labour room ni saya memang dah membaca sedikit sebanyak tentang kes saya. Dalam kepala otak memang menimbun soalan-soalan yang saya perlu tahu tentang situasi saya. Alhamdulilah doktor pun ok and jawab dalam bahasa biasa-biasa yang memudahkan pesakit untuk memahami nya. Maknanya bukan dalam bahasa kedoktoran sangat lah. Kang dia cakap ikut bahasa saintifik bukan nya hakak faham pun.
Doktor membekalkan ubat untuk menguatkan rahim. Dikhuatiri rahim saya kurang kuat. Tapi doktor kata, terpulanglah nak makan ke tak ubat ni. Doktor tidak memaksa....
Dengan doa yang tidak putus-putus, mama doakan semoga anak mama sihat-sihat sahaja di 'dalam' sana sehingga hari kelahiran kamu sayang. Semoga jantung anak mama akan terus kuat berdegup secara sihat dan sihat sempurna seperti manusia biasa sayang....
Bertahan ye...

1 comment:
in shaa allah..semuanyer selamat yer..doa banyak2..
Post a Comment