Pagi Jumaat tanggal 2 November 2012 seperti biasa selepas menghantar Rayyan Adam ke sekolah, saya di rumah mengemas apa yang patut.
Dalam pukul 9 pagi mendapat panggilan dari akak ipar. Dia tanya ada dapat apa-apa panggilan tak. Saya bingung dan hanya tertawa. Mana ada apa saya kata.
Dia pun mengkhabarkan berita kurang baik dari kampung. Pakcik saya, adik mak meninggal akibat kemalangan jalan raya.
Ya Allah terkedu!!!
Terfikirkan mak yang tengah minum pagi. Tak tahu macam mana saya nak sampaikan berita sedih ni kepada mak.
Lantas, saya suruh mak bersiap. Saya berbohong mengatakan saya ada hal yang perlu diselesaikan di luar. Mak tanpa ragu-ragu bersiap. Selalunya mak memang macam tu. Dia akan lekas bersiap kalau saya ada hal di luar.
Sambil mak mandi saya mengemas kain baju. Mengemas secara sorok-sorok. Dalam pada tu hp mak saya pegang. Saya takut ada orang lain call mak menyatakan berita buruk tu ke telinga mak.
Pada saat ini, apa yang menakutkan ialah kesihatan mak. Saya memang sedih dengan berita kehilangan ni kerana segalanya seperti mimpi.
Tiba-tiba abang saya call menyatakan yang dia nak bagi tahu mak sendiri tentang perkara ni. Saya pun menarik nafas lega kerana saya terlepas beban. Rupanya abang saya hanya bagi tahu mak yang pakcik saya kemalangan. Tidak dibagi tahu keadaan sebenar.
Mak pun pelik kenapa saya masukkan 1 beg pakaian besar ke dalam kereta. Tiba-tiba mak menangis. Sekejap. Mak tanya. Cik Yep (arwah) teruk ke. Saya hanya membatukan diri. Terus mengemas apa yang perlu sambil menunggu suami balik. Emergency Leave.
Sepanjang perjalanan ke Johor, mak tenang. Cool. Dalam pada tu suami menasihatkan saya supaya berterus terang. Tapi saya tak kuat. Saya sedih. Saya sedaya menahan air mata. Cuba bertabah.
Sampai je kami terus ke rumah arwah. Mak terus syak. Dan... Mak meraung sebab orang dah ramai di situ.
Mak tanya, apa yang dah jadi??? Kenapa orang dah ramai kat sini????
Saya terus diam dan hanya mengalirkan air mata. Saya tak sanggup untuk berkata lagi.
Adik mak yang sorang lagi dan beberapa orang sedara mara memujuk mak yang masih di dalam kereta. Cuba menenangkan mak. Mak pesakit strok. Semua orang sayang mak untuk tidak membagi tahu cerita sebenar.
Syukur. Mak memang dari dulu tiada masalah jantung. Jadi mak dapat menerima hakikat sebenar yang dia baru sahaja kehilangan adik nya.
Sedih sangat mengenangkan Cik Yati (isteri arwah) untuk menerima hakikat yang kekuatan nya telah pergi sekelip mata. Anak yang paling kecil, 9 tahun seperti tidak mengerti apa yang terjadi lagi. Main basikal dengan kawan-kawan seperti biasa. Anak yang sulung, 25 tahun pun baru je lepas belajar. Apa pun kehidupan memang perlu diteruskan.
Mak cakap, dah takdir nya macam ni. Muda ke, tua ke, tetap akan mati. Mak pernah merasa kehilangan suami dan anak. Mak tahu betapa gelapnya dunia melihat orang yang kita sayang pergi buat selamanya.
Di saat ini saya masih lagi berada di kampung. Suami perlu balik Melaka kerana kerja.
Apa pun semoga Arwahyarham Ahmad Bin Ibrahim ditempatkan di kalangan orang yang beriman di sisi Allah di sana. Semoga segala amalannya yang baik di dunia ini diterima dan diberkati.
Sedikit keratan akhbar tentang berita kemalangan tersebut yang mengakibatkan pemergian arwah Cik Yep. |
2 comments:
salam takziah utk as sekeluarga. semoga roh arwah tenang di sana. alfatihah
salam takziah..alfatihah..
Post a Comment